13 Kementerian lelaki. Apa fikiran anda?

Whoa! Salam semua. Seperti biasa. Setiap hari ada saja benda and entri yang saya nak di kongsi bersama. Kalau anda semua perasan. Lately ni, entri-entri mungkin berbentuk pemikiran. Persoalan yang perlu kita jawab bersama dan rungkai. Adakah benar atau palsu semata-mata. Atau impian yang tidak akan jadi nyata? Justeru, entri kali ini yang  sudah 3 hari di draft, akhirnya publish juga. Hahahahaha.

Tajuk di atas ialah Kementerian lelaki. Masa on the way nak ambil adik-adik balik dari sekolah, seperti biasa saya akan on radio dulu dan semestinya Fly Fm kan? So, time tunggu tu, dengar berita bahawa ada pihak yang telah mencadangkan supaya ditubuhkan Kementerian lelaki. Terfikir dan termangu sebentar. Apakah? Perlukah? Relevankah cadangan ini?



Bagi pendapat peribadi saya, saya amat bersetuju jika kementerian ini ditubuhkan. Ye la, untuk wanita, mereka sudah ada Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Apa salahnya jika ditubuhkan satu kementerian khas untuk lelaki. Pertama sekali untuk perkara ini ialah nama kementerian itu sendiri. Saya berpendapat biarlah nama kementerian ini berbunyi Kementerian Kepimpinan dan Hal Ehwal Lelaki, tak pun Kementerian Pemantapan Lelaki dan Keluarga. Apa-apa je la yang relevan.

Mungkin anda juga boleh menyatakan idea disini!
Seterusnya, memandangkan banyak sangat masalah yang berlaku melibatkan pihak lelaki belakangan ini seperti : 

1 - Isteri pukul suami

2 - Hak kaum lelaki dipertikaikan

3 - Kaum lelaki di pandang rendah dan sebagainya~



Maka dengan itu KAUM LELAKI juga perlu dibela dan diletakkan di satu tempat dimana hak kaum lelaki juga terjaga dan terpelihara! Bukan saya nak mengatakan kaum lelaki lemah dan sebagainya. Tapi, dengan adanya kementerian ini, akan ada peruntukkan, belanjawan, program, aktiviti untuk kaum lelaki aktif.
Ye la, takkan la hal-hal kaum lelaki, Kementerian Wanita Keluarga dan Masyarakat nak jaga? 

  • Jika kaum wanita ada melacur, begitu juga lelaki! 
  • Jika kaum wanita ada yang meninggalkan keluarga tanpa berita, begitu juga lelaki. 
  • Jika ada wanita tua hidup melarat tanpan bantuan, begitu juga kaum lelaki. 
  • Jika ada kaum wanita yang mengalami masalah sosial dan perlu diberi perhatian, begitu juga kaum lelaki.


Justeru kita perlukan Kementerian Lelaki untuk menangani masalah yang melanda kaum lelaki juga! Anda fikir, ada kebaikan juga jika kementerian ini ditubuhkan! Betul atau tidak? Tepuk dada, tinggalkan pendapat anda!




11 Zahirkan pandangan anda sebagai muslim!!!

Whoa! Salam semua. Semalam memang sangat-sangat serta amat-amat busy. Setelah seharian tak update blog. Terasa seram sejuk pula ye. Apakah? Nothing, just terasa macam ada something yang tak lengkap semalam. Ye la, berblogging ni dah macam satu kemestian, macam agenda atau perilaku yang perlu dilakukan setiap hari. Kiranya macam mandi and makan. Tiap-tiap hari kena buat kan? 



Pagi ni pun baru balik dari hantar servis kereta. Tengok kat chat box ada la beberapa pengunjung. Apa lagi, saya pun terus membuat lawatan hormat kepada mereka. Click nama Jaa, baca entri terbaru dan terus scroll kebawah melihat entri terdahulu. Tiba-tiba saya jumpa ini dan berminat untuk review video ini. Mungkin anda pernah melihatnya. Tapi video ini baru pada saya dan amat menyinggung perasaan saya di pagi Jumaat yang barakah ini! Wah! Ustaz sudah mari!



Saya pun bukannya seorang yang warak ataupun alim ulama untuk bercerita mengenai agama ni. Tapi rasanya tidak salah jika saya mahu berkongsi pendapat dan luahan hati saya secara peribadi mengenai video ini. Rakan-rakan karib sudah sedia maklum saya bagaimana. Bukanlah seorang yang kuat agamanya. Tapi insyallah, semakin hari semakin kuat hendakNya.

Baiklah, ini pendapat peribadi saya. Video diatas sangat memilukan hati saya. Azan iaitu seruan ilahi bagi umat Islam diperkotak-katikkan! Saya benci dengan semua yang ada dalam video tersebut! Sebab :

  1. Mereka tidak ada kesedaran tentang menjaga hati masyarakat islam.
  2. Mereka tidak pernah memikirkan apa perasaan mereka, jika agama mereka dipermainkan juga!
  3. Mereka langsung tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat Melayu dan penganut agama Islam dinegara ini khususnya.
  4. Dimana ilmu Pendidikan Moral mereka selama ini?
  5. Mereka tidak sedar atau pura-pura tidak tahu bahawa video ini boleh menyebabkan masalah perpaduan yang serius.
Hari ini, saya bukanlah nak menjadi seorang nationalist atau seorang ustaz. tapi saya kecewa kerana mengapa video ini boleh dirakan dan diletakkan di Youtube? Mereka bakal meranapkan perpaduan yang cuba diterapkan oleh pemimpin kita. Jika mereka bukan penganut agama Islam, tak perlu lah nak mempermainkan ajaran agama yang lain. Bukan menjadi masalah mereka untuk menganut agama lain. Malaysia kan negara demokrasi. kau nak anut agama hape, kau punye suka la! Jangan la main-main kan agama orang lain! Bodoh! Tak de otak kah?



Wah! Keluar dah bahasa kasar! Memang bengang dan anda perlu sebarkan blog ini kepada rakan Islam yang lain! Saya lihat di video ini, hanya ada 741 views sahaja! Justeru, mana lagi penganut agama Islam yang lain? Sedar la bahawa agama kita dipermain-mainkan! Wasalam! (entri ini sangat beremosi bagi saya)

33 KAMI BENCI KEKEJAMAN POLIS MALAYSIA! - JUSTICE FOR AMINULRASYID (apa pandangan anda???)

Whoa! Salam semua! Sehat? Sudah dinner? Alhamdulillah! Ada baca surat khabar atau dengar berita baru-baru ni? Ada apa-apa yang menarik perhatian anda untuk dikongsi? Okay-okay, mari kita berbincang isu ini! Isu pelajar berusia 15 tahun mati ditembak polis 2 hari lepas di Shah Alam. Anda tahu bagaimana kejadian ini berlaku? Anda tertanya-tanya kenapa pelajar ini ditembak? Lihat ini (click berita ini) dan cuba bezakan dengan keterangan rakan mangsa dan juga persoalan saya diakhir entri ini!!!!

Group KAMI BENCI KEKEJAMAN POLIS MALAYSIA! - JUSTICE FOR AMINULRASYID telah mencecah 17,169 setakat jam 8.45 malam ini.

Biar saya bawa anda semua ke Shah Alam. Kita dengar dan baca apa yang diperjelaskan oleh rakan mangsa! Menurut rakan mangsa :



Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.






Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi.


Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami.

AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam.

Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah.

Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.



Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai.

Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah.Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala.

Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang...
laporan ini sampai disini sahaja! Tidak dapat dibaca sehingga habis!



Dibawah ini ialah gambar laporan yang dibuat di pejabat polis dan gambar ibu mangsa yang mahu anak dia dibela dan nama keluarga dibersihkan kerana ada yang mendakwa anak dia yang berumur 15 tahun ini seorang penjenayah!















Alasan pihak polis menembak remaja ini adalah kerana remaja ini memberikan ancaman kepada mereka! Ancaman?? Saya tak faham..secara logik..saya akan terasa diancam jika kereta yang dipandu menghala ke arah saya..saya merasa diancam jika saya yang "dikejar"..mengapa polis merasa diancam apabila mereka mempunyai pistol dan pada waktu kejadian saya berani katakan polis tidak dapat melihat sebarang senjata yang boleh membawa ancaman kepada mereka. siapakah yang terancam? sedangkan mereka yang mengejar arwah. disini kita boleh lihat arwah merupakan seorang budak, bawah umur, yang telah ditembak mati oleh polis. tapi pada waktu kejadian, sekiranya saya adalah polis, saya melihat sebuah kereta cuba melarikan diri dari saya. tindakan saya? sebagai logik dengan menggunakan MPV saya mampu untuk mengatasi kereta iswara itu. namun hairan mengapa MPV polis yang semestinya baru gagal mengejar kereta itu. kalau benar parang itu wujud,ia berada di belakang bonet! dan kalau benar mereka ini penjenayah, apakah hak polis untuk menembak kepala budak tersebut? dimana, polis hanya menjumpai parang jika benar hanyalah selepas menembak mati budak itu, dan bila masa polis dapat bukti yang mengatakan mangsa adalah penjenayah?

Oleh itu, saya mahu mengikuti kes ini dan berharap andaikata pihak arwah benar, biar lah keadilan diberikan kepada keluarga arwah. kita sama-sama doakan agar roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh!

7 Road Trip with My Broadband

Whoa! Salam semua. Masa tengah melayan match tennis kat channel ESPN. Teringat pula yang saya belum lagi membuat lawatan dan kunjungan hormat ke blog kawan-kawan hari ini. Jika minggu lepas tajuknya my dream destination. Kali ni tajuknya Road Trip with My Broadband!

Nak cerita kepada anda bahawa broadband nowdays sangat la penting! Lagi-lagi manusia yang macam saya! Erk. Ye, macam saya! Tiru macam saya! Kemana-mana kalau boleh nak dihangkut laptop! Tapi kalau ada laptop, tak de internet, no point gak kan? 

Ramai cakap mereka berpuas hati dengan P1 Wimax. Broadband paling unggul sekarang ni! Pantas! Senang dapat coverage! Terasa nak satu pula lepas ni! Bestnya kalau ada. Boleh surfing internet dalam kereta, dalam bas balik ke universiti, kat court tennis pun layan la gak!

Bagi anda yang memang hantu internet dan memang gemar meroyan di internet serta peminat setia untuk berblogging! Sure, broadband akan membantu anda mengatasi tahap kegilaan anda sebab broadband ni cinonet je! Maksudnya kecik! So, mudah bawa kemana-mana. Selit celah-celah pocket je dah boleh simpan! Mudah bukan? Tak perlu la nak tarik wayar panjang berjela-jela semata-mata nak internet connection! Semuanya mudah dengan P1 Wimax! Ur ideal broadband! Ngeeee

Ini dia The WIGGY! Comel dan bakal menyenangkan anda mengakses internet! Cepat dapatkan dipasaran ye!


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

21 Video dan gambar kelakar ahli parlimen!

Whoa. Salam semua. Anda rasa ahli parlimen kita hebat? Ye la. bertekak-tekak di parlimen. Ejek mengejek dan sebagainya? Berhenti! Jangan teruskan niat anda untuk terus mengatakan bahawa ahli parlimen kita hebat. Masa tengah dok melayan encik Batman ber ym. Usha-usha juga berita di TV 3 then ada slot yang berita dunia yang pendek-pendek sebelum iklan dan sesi sukan. Ingat? Apa saya jumpa dan lihat? Menarik sangat untuk dikongsi!


Mari-mari, saya bawa anda ke Ukrain. Kita melancong sebentar! Siang tadi waktu disana. Ada sidang parlimen macam biasa. Berdebat dan meluluskan serta memberi cadangan di parlimen. Apa berlaku? Ini yang kelakar sangat untuk di kongsi! Ahli parlimen disana lagi ekstream wo!!! Main baling-baling telur! Baling-baling bom lagi! Erk. Bom? Ini bukan bom-bom yang meletup tu la. Bom asap je. Hebat bukan? Teruja sebentar melihat video mereka!

gambar dari http://www.aolnews.com/ 

Persoalan dari saya tentang mereka ini! Tak malu ke berhadapan dengan rakyat? Anda ahli parlimen untuk negara, then anda main baling-baling telur? Isk-isk... Malu saya nak mengaku mereka ini sebagai ahli parlimen! Nah, layan video sumbangan encik youtube ini! Video keganasan mereka!


20 Prinsip cinta saya. Anda bagaimana?


Whoa. Salam semua. Amboi, buat muka kat entri saya ye? Cakap entri kali ni jiwang? Oh, tidak sama sekali. Cuma entri kali ini lebih romantik untuk dikongsi bersama agar kita sama-sama bahagia hingga ke anak cucu cicit dan seterusnya ye. Mari-mari, dekatkan mata anda, buka luas-luas agar apa yang saya cuba kongsi ini bakal mengubah hubungan anda menjadi lebih bahagia dan ceria selalu. Bak kata patah-patah, kalau benda baik baik kita kongsi bersama. Tips cintan cintun ini baik ke? Eh, lantak lah. Mari-mari abang, kakak, mak cik mahupun yang dah berumur tu, jangan la segan, baca je. Mana tau, lepas ni lagi initim! ahahahaha

Tajuk "prinsip cinta saya" menyebabkan anda kata saya jiwang? Cakap lah apa yang anda nak cakap sebab anda akan cakap saya lah doktor cinta anda! Ahaks! Justeru biar saya takrifkan apa itu cinta. Oh, tidak mampulah. Terlalu abstrak. Tak pe, biar saya kongsi pepatah omputih ini kepada anda sebagai pembuka selera sebelum ke bahagian utama :

" loving someone doesn't need a reason. If you can explain why you love someone, it's not called 'love'...it's called 'like'. " 

Setuju dengan statement di atas? Setuju kan? Itu yang saya cakap saya tak mampu takrif apa itu cinta. Tidak tahu pula anda bagaimana? Mungkin anda ada takrifan sendiri yang nyata lebih hebat dan canggih dari saya. Boleh panggil anda proffessor cinta juga kalau mahu! Mahu?

Ok, bermula sekarang. Sila pejamkan mata dan dengar ini. Erk, maaf-maaf. Buka mata dan baca ini. Prinsip cinta saya ada satu iaitu... Jeng, jeng, jeng. Whoa, suspen ni ye. First time bagi tau orang tips cinta. Malu campur segan pun ada ni. Aish, berdetak-detak jantung macam nak terkeluar dah ni.


Prinsip cinta saya satu. Iaitu, jadikan kekurangan dan kepelikkan pasangan anda sebagai satu keunikan. Dapat? Nak ulang? Jadikan kekurangan dan kepelikkan pasangan anda sebagai satu keunikan. Nak explain ke? Baik lah.

Begini. Kalau anda gemar perhatikan pasangan anda, eh, bukan perhati benda tak sepatutnya ye. Kalau anda perhatikan tingkah laku, kerenah dan cara pasangan anda dalam pelbagai perkara. Mesti ada kelemahan yang anda bakal discover kan? Jadi, untuk membuatkan anda jatuh cinta dan terus mencintai. Jadikan lah kekurangan itu satu keunikan yang anda akan ingat selamanya.

Contoh nya ialah saya. Saya amat susah dikejutkan tidur oleh dia! Dia selalu kejut pagi guna panggilan dan apa jawapan saya? Uh, ah, uh, ah dan bla-bla-bla. Merepek dan biarkan begitu saja. Saya tahu dia geram. Ye la, bayangkan petang atau tengah hari, saya kata "kenapa tak kejut?". WTH laki ni, aku dah kejut, kau buat-buat tak sedar kan? Ish!


Ha, itu dia! Penangan uh ah uh ah dan merepek awal pagi menyebabkan dia cakap saya lain dari yang lain! Wahahaha. Anda bagaimana? Mesti ada kekurangan dan kepelikkan yang boleh dijadikan keunikan juga kan? Cari la. Dan anda akan menghargai, menyayangi dan mencintai pasangan anda disebabkan keunikan yang tersendiri! Betul, ini tak tipu! Tips ini juga boleh menyebabkan anda baik dengan si dia dalam masa singkat kalau bergaduh sebab anda akan ingat keunikan dia yang membuatkan anda sengih-sengih sorang! Cuba dan alami sendiri! Cewahhhh!!!


35 ayah ibu berbaju sekolah? biar betul???

Whoa! Salam semua. Dah lama tak berblogging dan jarang-jarang datang menyinggah di blog-blog anda! Maafkan saya ya! Lama? Erk, baru 2 hari. Agagagagaga. Sudah-sudah. Mari-mari, dengar apa yang saya nak kongsikan bersama-sama anda! Jika saya suruh anda imaginasi tentang rupa ayah dan ibu anda yang berumur 40++ atau 50++ memakai baju sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Apa yang anda gambarkan? Seorang lelaki berjanggut dan bermisai tebal memakai baju sekolah siap lencana? Seorang perempuan memakai tudung putih bulat macam budak-budak sekolah?





Semalam, syarikat family saya iaitu Kumpulan Mesra merangkumi

# Mesra Consult Sdn Bhd
# Mesra Kini Development Sdn Bhd
# Mesra Niaga Network
# Mesra Urusbina Sdn Bhd
# Mesra ZMD Architect Sdn Bhd
dan
# Mesra Rasa Sdn Bhd

telah menganjurkan hari keluarga ataupun nama glamournya family day di Nilai Springs Golf and Country Club. Walaupun saya tak dapat join acara-acara sebelah pagi disebabkan tuntutan MUET yang sengaja dijatuhkan pada tarikh semalam (tak puas hati dengan Majlis peperiksaan Malaysia), saya sempat untuk dinner bersama mereka. Tema tersangat lah kelakar sampai pada mulanya, saya gelak guling-guling tak hengat dunia.

Tema : Kembali ke sekolah.

Kalau dah tema sebegitu rupa. Apa lagi saya perlu bantah? Ikut dan lihatlah mereka ini. Mengalahkan anak-anak dan remaja-remaja bersekolah sesi malam hari. Ibu saya juga, tidak terkecuali. Tahulah dia bos, gangster betul lagaknya! Ehehehehe. Apa-apa pun, ibu dan mereka-mereka ini sangat sporting! Hebat-hebat belaka mereka ini! 





click ini untuk lihat blog kakak! 






Maaf la ya. Gambar tu senyum lebih-lebih pulak. Almaklumla... Teruja tengok mak sendiri dan anak-anak bergambar memakai baju sekolah! Gambar adik-adik dan yang lain akan menyusul nanti. Tiada dalam simpanan buat setakat ini!



Malam tu ada cabutan bertuah yang memang cambest untuk direbut. AntaranyaSony HD LCD Tv, Air-cond Samsung, Microwave, Hamper besar gajah dan macam-macam lagi. Maaf ya, kali ni banyak gambar tak dapat di snap! Camera habis battery lepas 30 minit acara bermula. Sedih-sedih. Tak pa, nanti saya upload lagi gambar kalau saya dah terima gambar dari photographer2 malam tu. Nantikan.



p/s : ibu saya mencari pekerja baru yang ada kelayakan "Town Planning" untuk bekerja di Mesra Consult!

26 tolong check grammar boleh???

Whoa! Salam semua. Hari ini saya just nak berikan rakan-rakan bloggers dan pembaca sebuah ucapan tanda sayangnya saya dan terima kasihnya saya kepada anda! Rakan-rakan bloggers sangat-sangat friendly dan tak lokek ilmu! Meh, saya selitkan sikit rakan-rakan bloggers yang memang friendly dan tak lokek ilmu serta banyak bagi support serta nasihat! Klik link mereka untuk berkenalan! Post ini mungkin juga sebagai revision untuk Muet esok! Wish me luck!

p/s : kalau ada salah grammar maafkan ye..












To My Friends Who Are...........SINGLE







Love is like a butterfly. The more you chase it, the more it eludes you. But

if you just let it fly, it will come to you when you least expect it. Love can
make you happy but often it hurts, but love's only special when you give it
to someone who is really worth it. So take your time and choose the best.

To My Friends Who Are............NOT SO SINGLE 



Love isn't about becoming somebody else's 'perfect person.' It's about


finding someone who helps you become the best person you can be. 


To My Friends Who Are............PLAYBOY/GIRL TYPE




Never say 'I love you' if you don't care. Never talk about feelings if they

aren't there. Never touch a life if you mean to break a heart. Never look
in the eye when all you do is lie. The cruelest thing a guy can do to a girl is
to let her fall in love when he doesn't intend to catch her fall and it works
both ways... 




To My Friends Who Are............MARRIED



Love is not about 'it's your fault', but 'I'm sorry.' Not 'where are you',
but 'I'm right here.' Not 'how could you', but 'I understand.' Not 'I
wish you were', but 'I'm thankful you are.'


To My Friends Who Are............ENGAGED 


The true measure of compatibility is not the years spent together but how


good you are for each other. 


To My Friends Who Are............HEARTBROKEN 


Heartbreaks last as long as you want and cut as deep as you allow them to

go. The challenge is not how to survive heartbreaks but to learn from them.


To My Friends Who Are............NAIVE



How to be in love: Fall but don't stumble, be consistent but not too
persistent, share and never be unfair, understand and try not to demand,
and get hurt but never keep the pain. 


To My Friends Who Are............POSSESSIVE 



It breaks your heart to see the one you love happy with someone else but


it's more painful to know that the one you love is unhappy with you. 


To My Friends Who Are............AFRAID TO CONFESS

Love hurts when you break up with someone. It hurts even more when


someone breaks up with you. But love hurts the most when the person you
love has no idea how you feel. 


To My Friends Who Are............STILL HOLDING ON

A sad thing about life is when you meet someone and fall in love, only to


find out in the end that it was never meant to be and that you have wasted years on someone who wasn't worth it. If he isn't worth it now he's not
going to be worth it a year or 10 years from now. Let go..... 

TO ALL MY FRIENDS.......




My wish for you is a man/women whose love is honest, strong, mature,

never-changing, uplifting, protective, encouraging, rewarding and unselfish. 

23 petua menghalang dan menghadang HUJAN

Whoa! Salam semua! Sebelum nak merepek pasal petua menghalang hujan, tadah tangan anda dulu dan doa biar saya dapat band 4 untuk MUET ( malaysian university english test) sabtu ni. It is a must to achieve band 4 for my degree (law). Terima kasih daun keladi, doalah setiap hari! Nanti saya pula doakan anda juga! ahahahaha


Berbalik semula ke dalam entri. Ye, ye, dah tahu dah, mesti korang dah cakap-cakap, apa lagi la mamat sorang ni nak merepek kali ni. Tak habis dengan hantu tetek nenen dia, tiba-tiba kembali dengan cerita petua menghalang hujan? Kawan-kawan rapat dah tahu dah petua ni! Sebelum masuk ke part yang lebih serius dan merapu, korang jangan la report kat JAKIM yang saya ni bawa ajaran sesat ye. Ni sekadar kongsi dan bahan sengih-sengih di malam hari dari saya sebagai blogger kecil-kecilan!hehehe

Sebagai permulaan kita mulakan dengan petua pertama iaitu jampi serapah!

Ini dari arwah atuk aku yang aku belajar dulu time kecik-kecik muda remaja! Masa mula-mula tahu jampi serapah untuk halang hujan ni, terketawa pun ada. Gelak guling-guling weyh. Yang penting, kena fokus time bace jampi serapah ni. Pandang langit sambil menyebut :

Disini bakar kerang,
Disana bakar siput;
Disini terang benderang,
Disana hujan ribut!





Puh kanan, then puh kiri! Selamat mencuba step pertama ni. Saya pun kurang pasti berjaya ke tak. Seingat saya, selama mencuba jampi ni, hujan je event-event kat rumah nenek tu. Ishk-ishk..Cuba la, jangan segan-segan ye. Mana tau, berjaya!Ahaks! Haih, apa la dosa kerang dan siput ye..hurm..

Petua kedua untuk anda ialah pelita manderam di dapur!



Petua ini selalu diamalkan oleh makcik-makcik aku yang memang gemar manderem-manderem nih! Tapi, syarat utama nak guna petua ini ialah anda mestilah anak dara ye! Faham! Anak dara! Jangan la yang teruna nak gatal try, silap hari bulan mahu datang hujan ribut, taufan dan malapetaka kat rumah anda nanti! Step nya ialah pasang lampu pelita minyak tanah dan letak kat dalam kabinet dapur rumah anda! Hati-hati, petua ini mungkin menyebabkan kebakaran rumah! ahahaha. Seingat saya, petua ini pernah menjadi ketika majlis berkhatan anak makcik saya. Time tu dah siap pasang awal-awak pagi. Tiba-tiba hujan lebat tengah hari. Disiasat oleh pihak forensik, rupanya pelita tu padam dan pak cik saya try hidupkan semula! Nah, amik kau! Hujan lebat datang mencurah ke ladang gandum! Ops, merepek dah!

Petua terakhir dari saya yang mana paling mujarab sekali setakat ini. Iaitu petua spender atas bumbung!






Ini dari nenek saya dan mesti dicuba untuk yang berumur 18 tahun keatas, 18sx ye. Walaupun agak menggelikan dan berunsur lucah. Mungkin petua ini juga yang berjaya menyelamatkan beberapa perkahwinan makcik-makcik aku. Nak cuba la tu kan? Meh, dengar dekat-dekat! 



Macam ni, amik spender or panties korang tuh, niat dalam hati jangan la bagi hujan esok hari sebab ada event penting! Lepas tu korang aim atas bumbung dan campak! Mudah kan??? Actly, tak tahu la dah berapa banyak spender mahupun panties kat atas bumbung rumah nenek aku tu weyh, dulu ada tukar bumbung, ntah berapa banyak orang tu jumpa pun aku tak pasti!!! Malu pulak mengaku kebenaran! ahahahaha



Yang benar nya, nak hujan ke, tak hujan ke, itu semua hak pencipta. kan hujan tu rahmat! ye tak? ini hanya lah kepercayaan orang dulu-dulu yang aku masih ingat walaupun aku bukan orang dulu-dulu ye. Ya-ya, tahu dah, korang cakap ini khurafat! Aku pun setuju weyh! Just untuk santapan malam supaya anda tidur sambil sengih-sengih! Selamat malam!!!!

p/s : encik batman friendly weyh!



8 My Dream Destination

Dream??? Maksudnya mimpi kan? Justeru kalau bermimpi saya nak melacong ke Hawaii!!! Ala, yang korang cakap-cakap pulau maksiat tu la. buat tak tau pulak dia ye! Pulau cantik, pantai indah, awek cun, terumbu karang yang memukau, hiburan yang mengujakan, makanan sodap! AH, perfect la kiranya!











Dah la antara pulau terchantek didunia. Nak sangat-sangat pergi weyh. Mahu juga rasa pantai di Amerika! Batak dah ni. Mana tau, tiba-tiba boleh jumpa selebriti-selebriti barat yang melancong. Silap hari bulan, boleh genggam anugerah Oscar weyh! Teruja habis dah ni cerita pasal my dream destination!



Bermula bermimpi sekarang, pakai seluar pantai without baju, hot kan? Seluar bunga-bunga warna striking lagi! Bawa papan luncur, jalan dengan awek-awek hot, berenang ke tengah laut, tak pun bersidai kat tepi pantai sambil menjemur diri yang sudah hitam ini. Tunggu ombak besar datang, meluncur dengan penuh gaya! Argh!



Kalau petang pulak, boleh jalan-jalan tengok sunset ataupun matahari terbenam. Whooooa!!! Kalau ada pasangan lagi bagus weyh, boleh bercintan-cintun kejap. Boleh jiwang-jiwang. Main cak-cak kat sebalik pokok kelapa! Indah! Harap juga mimpi ini jadi kenyataan. Bak kata omputih, nothing impossible!


Nak juga rasa meluncur ombak. Ye la, ombak kat Malaysia ni besar time musim tengkujuh je, tu pun macam nak makan orang weyh! Takut, tapi kalau kat luar negara tu, ombak macam baik je... Gulung pun gulung manja weyh! Apa-apa pun ni mimpi kan? Dream. Jadi, saya mahu bermimpi ke Hawaii untuk bercuti dan semestinya dengan :



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets