2 Lomo Camera for RM 49.90 only!

Whoa. Salam semua. Seperti yang aku ada cakap semalam kat last entry, aku akan buat satu entri pasal lomo. Ni ha, sekarang ni aku agak gila-gila sikit dengan lomo. Teruja la jugak dengar orang cerita dan aku nak jugak dapatkannya. Ok, cerita sikit pasal lomo ni, senang cakap, kamera lomo ni adalah satu kemera yang menghasilkan gambar cantik tanpa perlu diedit. Faham? Tak yah menggilakan otak semata-mata guna photoshop untuk nampakkan gambar tu cantik.

So, aku ada kenal sorang sis ni and dia jual lomo camera jenis underwater. Means waterproof! But then, still boleh guna atas air.hak3. Murah. Just RM49.90 only including postage. Banyak colour. Anda ada special edition nye harga RM59.90. Korang tengok dekat bawah ni. Ada banyak warna :



But the, yang betul-betul ada stok, ialah warna biru, kuning, merah, pink, putih dan special edition. Ish, geram aku, macam nak semua warna sebab colourful sangat! Yang special edition tu just ada corak-corak sikit je.Hak3. But then, still awesome! Cantik tapi aku rasa sesuai untuk perempuan je kot. Nah, take a look sikit!

cutenye, maaf, gambar kecil

Mesti korang nak tahu spesifikasi kamera ni kan? Aku just copy paste je info dari tuan penjual camera ni. Mana la tau, korang arif gila pasal lomo ni, nak usha-usha sepsifikasi nya. So, boleh tengok ini. Berikut ialah spesifikasinya :


its RM49.90, postage included. and dont worry, she will return the change :p

  • Description : 35mm underwater film camera without flash
  • Material : Plastic
  • Product Size : 120 x 80mm (4.7" x 3.1")
  • Color / pattern : choose from the pics, and i will tell whether its available or not.
  • Max Depth : 10 feet (3 meters)
  • Best distance : 4 feet
  • Packing : Each camera is packed with an original paper box packing
  • Gross Weight : Approx. 185g (6.5 oz)
  • Focus : Free
  • View Finder : Eye level finder
  • Film to be used : 35mm format color or black/white film of ASA 100/ISO 21 (outdoor) or ASA 400/ISO 27 (under water)
  • Shutter : Leaf shutter
  • Lens : 28mm, f/9
  • Battery : No battery needed
  • Include : Original paper packing box, English and Chinese user manual, wrist strap, detachable waterproof casing
Yang warna pink ni pun smart gak. Nampak ayu beb. Cun melecun la.hak3

So, macam mana? Aku teruja gilos! Nak jugak camera ni dalam cuti ni or before ke India nanti. Nak sangat la. hahahahahaha...Owh, korang tak teruja lagi ye. Ni, aku tunjuk sikit gambar hasil dari kamera lomo ni. Cantik. Korang mesti fitnah cakap aku tipu sebab gambar ni nampak macam dah diedit. Sila la tengok dan teruja ye. Cantik, tertarik lomo memang da booommm!hak3





Menarik kan? Teruja tak. Dah-dah, jangan nak bukak mulut luas-luas sebab teruja. Katup sikit. Leleh air liur tu.hak3. So, aku tolong sis ni untuk promote business dia je. Kalau korang teruja, boleh la add sis ni kat fb, sila klik ini untuk berhubung dengan sis ni. Dia ramah. Kalau korang tak nak deal dengan dia. Insyaallah, aku boleh tolong dealkan. Sebab aku pun nak beli gak!hak3. Budak-budak UiTM Kedah, boleh jumpa aku kalau nak beli camera ni. Dah, tu je untuk pagi ni. Wasalam!

0 Mari sertai aku sebagai WWF. Sayangi binatang.

Whoa. Salam semua. Dari pagi sampai ke petang tak de entri. So, ini entri pertama hari ini. Aku nak ajak korang semua sama-sama join aku and kawan-kawan aku jadi WWF. Tau apa itu WWF? Pernah nampak gambar panda albino yang hitam putih tu? Ala, gambar panda yang besar, pandang arah korang. Punggung tonggek-tonggek sikit!hak3. Ish, gambar macam kat bawah ni la.


comel kan panda tonggek ni???

Kenal?hik3. So, aku bukan cerita pasal aku join dan support Save The Day yang dianjurkan oleh WWF Malaysia. Aku nak cerita sikit apa yang aku dan kawan aku buat untuk menyokong WWF ini! Mari, bukak mata luas-luas dan baca apa aku nak tulis sebab aku nak korang semua sayang-sayang kat binatang. Tak kira terancam atau pun tak. Faham?

Ok, semalam kolej aku dah puas dengar kucing mengiau-ngiau dari petang sampai malam. So, aku decide la nak gi tengok kucing tu. Comel! Tapi sayang entah sapa dumb kucing dua ekor tu kat situ. Aku pikir mak dia lahirkan anak luar nikah!hak3. So, aku kesian dan bagi breast feeding, eh, silah, aku guna straw dan suapkan susu kat mulut kucing-kucing ni. Maaf tiada gambar sebab agak lucah. So, ini anak kucing yang aku susukan!hahahahaha


Puas dah aku susukan. Nampak? Tidur kan?hik3. Petang tadi pulak misi WWF aku berjalan lagi. Kali ni bukan lagi kucing, tapi burung. Burung apa? Burung murai... Burung apa. Ah, pi lantak la kau nak burung apa pun. So, time aku tunggu roomate balik bersukan, aku lepak kat tangga dan dengar burung menyalak bercicit. Eh, ala, bunyi-bunyi yang burung buat tu. Aku dah lupa la namanya.hak3. So, aku usha dan jumpa burung dalam longkang. Tak boleh terbang. Aku suspek, kepak dia patah. Eh, takpe, esok aku buat x-ray, nanti aku bagi tahu ek. Ini burung malang tu. Nama dia Mimi. Roomate bagi nama!

ini burung bernama Mimi. Motif nama masih belum diketahui

So, so far dan 2 binatang lemah aku dan kawan-kawan selamatkan. Bukan nak menunjuk, tapi cuma aku nak korang begitu juga. Sayangi binatang. Cuma korang berada di tempat mereka, sadis kan kalau tiada siapa datang membantu. So, bantulah selagi korang mampu. Esok aku cadang nak keluar. Nak beli sangkar, makanan burung dan makanan kucing.hik3. Hari menyelamatkan binatang tiba-tiba muncul 2 hari ni. Psssttt, aku nak join WWF ni la, teruja tengok website dia. Chow~


p/s : esok aku update entri kamera lomo. Murah je. RM 49.90!

0 400 followers angka untuk aku terus maju!

Whoa. Salam semua. Ok, nak tarik nafas dalam-dalam dan lepas dalam keadaan bersyukur. Boleh bayangkan keadaan itu? Pertama sekali aku cukup gembira hari ni. Bukan sebab aku menang loteri Fifa World Cup atau pun berjaya bet siapa menang Wimbledon. Aku nak cakap pasal blog picisan ini lagi! Hak3.

Angka 400. Bukan nak berlagak tapi berkongsi kegembiraan. Alhamdulillah. Mungkin penulisan aku semakin baik ataupun aku hanya syok sendiri yang followers baru mencecah 400. Yang followers dah ribu-ribu atau juta-juta tu, jangan la baca entri ini. Malu je! Hak3. So, nak share happiness ni bersama.


Sebelum ni, aku memang kejar followers, dulu prinsip "i follow u, u follow me". But then, aku realize, kalau macam tu, bukan orang ikhlas follow blog kita. Tak pe, bermula dari nothing kepada yang something. Nak berjaya bukan senang. Bukan sehari kau publish satu entry dan 10000 orang follow. Bukan itu.

Blogging ni luas. Cari ilmu dan gunakan. Bagi aku ilmu blogging tu best! Kau akan realize yang kau berjaya aplikasikan ilmu-ilmu yang kau kutip tu kalau followers kau bertambah dan traffik kau naik dan maintain. Kepuasan blogging ni pelbagai. Abstrak. terpulang kat masing-masing nak olah. Serius, aku sedang mentelaah ilmu blogging secara perlahan.

So, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua followers aku, pembaca dan stalker yang selalu menyambut entri aku dengan hati terbuka. Thanx. Korang la semangat aku untuk terus berblogging dan mencari ilmu blogging ni. Sangat-sangat hargai! Ini dia, follower bertuah ke 400! Aida Rasyidah Azman. Selamat menerjah blog beliau! Klik ini.
ini dia followers ke 400th.


Aida Rasyidah Azman, pertama sekali maaf sebab ambil gambar ini tanpan memberitahu. Kedua, terima kasih kerana sudi jadi geng cepit! Hak. Thanx a lot. Rajin-rajin  la singgah dan memberikan komentar anda! Sangat dihargai ye! Terima kasih sekali lagi! Ada masa, boleh hang out Shah Alam!hak3. Wasalam.

p/s : alhamdulillah. assigment semakin membuak!hahahaha

0 Perlu ada pada setiap lelaki.

Whoa. Salam semua. Ok, hari ni aku nak kongsi sikit-sikt tips untuk jejaka di luar sana. Jejaki pun boleh baca, supaya korang boleh usha pakwe-pakwe kat luar sana, ada sikap ini atau tidak!hak3. Ok, ini bukan jiwang tapi sekadar pendapat yang hendak dikongsi melalui pembacaan.

Aku rasa, ada beberapa perkara yang perlu ada pada lelaki. Antaranya ialah :

  • Maskulin 
Nak cerita pasal maskulin ini bagi aku ialah seorang lelaki yang dilihat dapat melindungi wanita. Means, kelakian dia cukup untuk menampakkan dia seorang lelaki dan juga wanita di sampingnya rasa selamat untuk bersama. Ada?

  • Aura sensual
Eh2, tak yah nak pikir bukan-bukan sebab aku nak cakap pasal aura sensual ni ye. Pemahaman aku melalui pembacaan, aku rasa aura sensual ni ialah aura yang membuatkan perempuan untuk melekat dengan seseorang lelaki tu. Setiap perempuan punyai berbeza kehendak aura sensual. So, pernah tengok pakwe muka macam nak pecah rumah tapi, makwe, pergh! cun melecun! Maknanya, lelaki tu punya aura sensual yang memikat wanita tersebut!



*sekadar hiasan*
  • Peramah
Mesra dengan semua orang! Tapi bukan keterlaluan. Kadang-kadang wanita benci lelaki yang control macho ni. Peramah merupakan kunci asas yang menggambarkan lelaki itu mampu tarik perhatian dengan cara yang betul. Tapi kalau dah terlebih peramah, orang meluat gak. So, biar peramah tu "yang sedang, sedang saja!)hak3

  • Berpenampilan menarik
Bagi aku tak semestinya kacak itu menjadi ukuran untuk kelihatan menarik di hadapan wanita. Andai kata kamu pandai menyesuaikan diri di setiap tempat, berpewatakan menarik dan bijak bergaya. Ya, anda mampu untuk menarik minat kaum wanita. Sekarang  ni, ramai wanita prefer seorang lelaki yang pandai menjaga kebersihan dan penampilan dirinya!

  • Berdikari
Ramai wanita nakkan seorang lelaki yang boleh apa sahaja. Means, mereka boleh menyelesaikan masalaha dan memberikan idea yang bagus untuk membantu. Lelaki perlu berdikari. Sebab sepatutnya, wanita yang bergantung dengan lelaki, bukan lelaki bergantung dengan wanita.

*sekadar hiasan*

So, amacam? Ada pada anda? Kalau ada tingkatkan ia! Pupuk semua sikap diatas ini. Ini hanya pandangan aku yang merepek dan kelaut semata-mata. Aku pun bukannlah lelaki yang didambakan wanita.Hak3. 

p/s : soalan di formspring semakin merepek! otak kering? ok je, banyakkan membaca dan anda akan ada idea yang bernas untuk mengupdate entri! Selamat hari isnin semua!

2 Apa itu Intense debate dan Com.luv?

Whoa. Salam semua. Ok, aku rasa aku berjaya ikut cara yang Ariffshah terangkan kat blog dia tentang cara nak pasang intense debate dan com.luv ni. Senang je. Tapi pening-pening gak la sebab ringkas dan padat caranya! Hak3. So, aku dah berjaya, dan aku nak berkongsi!hik3. Mari, kita belajar apa itu intense debate dan comment luv.



Actly, aku bukan la reti sangat nak explain menatang ni since aku baru je guna. So, kalau nak cerita lebih pun tak boleh. Tapi aku just nak cakap beberapa kebaikan intensedebate ni and com.luv. Sila lihat gambar dibawah : 


klik untuk tumbesaran

Bagi aku, best guna comment luv ni. Ada backlink which aku senang nak trace semula post entri korang. Lepas tu, kalau la ada orang baca entri ni dan nampak backlink korang tu menarik. Mesti dia terjah blog korang. Betul tak? Ada reply comment which korang tak yang meyusahkan diri korang untuk type nama pengomen untuk reply kat korang nye entri. Mudah kan? 

Kalau nak belajar ni. Aku tak tahu nak buat tutorial sebab aku follow apa Ariffshah ajar kat blog dia (klik ini untuk ke tutorial pemasangan comment luv).hak3. Setakat kawan-kawan kat UiTM ni, mybe aku boleh tolong korang buat comment luv ni! Amacam, aku nak tolong ni since, sharing is caring!hak3

So, aku sarankan agar korang semua pasang menatang ni sebab aku rasa best dan berbaloi-baloi! Dapat backlink! kalau nak tahu, pengomen suka comment luv ni sebab dia orang boleh tinggalkan jejak iaitu backlink mereka! Cuba dan rasainya! Kengkawan UiTM Kedah, insyaallah aku boleh tolong kalau korang tak reti. Kawan yang lain pun sama juga!!!

5 Senarai ilmu+personal blog terbaik bagi aku!

Salam semua. Hari ni luar biasa dan sakit hati sikit memandangkan pagi buta dah kena bangun sebab ada orang ketuk pintu bilik macam nak roboh dan semua roomate membuta tak sedar diri. Tapi itu bukan kontent entri aku hari ni sebab, aku rasa, berblogging ni, perlu ada ilmu yang dikongsi, sebab ada yang membaca dan cuba berkongsi ilmu. Itu yang penting! So, aku nak blogger-blogger yang baru macam aku ni, cuba cari ilmu blogging jika korang memang minat betul-betul!

Masa aku start blogging dulu, aku teruja sebab, kira macam ada laman web sendiri!kan? So, suka hati je nak tulis apa yang korang nak. Nak ngumpat, nak kutuk orang, nak caci maki semua boleh. Even, cerita kuali hangus pun kalau boleh nak share kat blog. Ya, itu untuk personal blog. Lama-lama, aku realize yang berblogging ni macam sharing, so, share la apa yang boleh dimanfaatkan bersama.


Nowdays, dah ramai bloggers yang hebat. Means hebat tu, bukan sebab traffic dia beribu-ribu sehari, tetapi lebih kepada perkongsiaan ilmu yang bermanfaat. Since, aku mula nak belajar ilmu blogging ni, aku cuba untuk cari ilmu-ilmu yang dia orang sharing. Tentang SEO, tentang SERP, tentang Traffik, tentang keywords dan macam-macam. Kalau korang betul-betul minat blogging, serius, blogging lebih dari sekadar menulis! Dan aku memang nak ilmu blogging!

Nak cerita bloggers yang menulis dan berkongsi ilmu ni susah. Sebab, aku suka bloggers yang bercerita dekat dihati. Bukan sekadar update blog, share dan tarik traffik. Aku suka bloggers yang lebih kepada bercerita dan berkongsi sebab aku boleh imagine bloggers tu duduk depan aku dan bercerita! Syok kan? Imagine bloggers yang jauh kat Russia ke, kat Sheffield ke, kat Australia ke, ada depan mata buat tutorial! Hak3. Tau sapa? Teka lah.

Bawah ni sedikit senarai blog yang aku rasa mereka bercerita dan berkongsi secara berkesan. Means, mereka memberikan ilmu dan mengajar melalui blog seolah-olah mereka didepan mata kita. Dekat dihati, macam TV9!hak3

Kenapa aku listkan blog kat atas? Sebab, aku rasa cara mereka menulis dekat dengan hati. Means, apa yang mereka cuba sampaikan sangatlah jelas dan kita boleh faham tanpa putar belit otak. Aku suka penulisan yang telus. Tapi, kadang-kadang perlu juga entri kelaut kan?hak3. Nway, untuk bloggers baru-baru macam aku, try la jenguk blog-blog dia orang! Belajar ilmu blogging! Good luck!


8 diam, dan tertutup

Perlahan aku letakkan badan aku. Empuk. Mata aku bundar. Penat seharian mundar mandir mencari teman. Elok, aku dengar lagu Anuar Zain. Sebak tiba-tiba. Bertakung dan berair. Tahan, tapi tumpah. Merembes. Haih, hidup begini bikin aku kuat. Untuk sendiri. Melayan diri, bowling, wayang, shopping, eating, reading. Ya, semua sendiri. Semalam, aku ingat semuanya. 



Resah memikirkan orang lain yang tak pernah memikirkan diri ini. Tertunduk aku. Malu. Pandang ke lantai. Gelak sendiri semalam. Peduli apa nak kata. Kadang-kadang, waktu kau sendiri kau akan sedar yang kau boleh berseorangan. Percayalah. Semuanya akan adil. Hari ni aku rasa, esok lusa. Mungkin kau. Diam, langkah berat. Aku senyum walau hati punah.

p/s : aku ada bercadang nak tulis novel. insyaallah~

12 Belajar steps tarian Bad Romance - Lady GaGa

Whoa. Salam jumaat semua. Entri ini ditaip ketika aku masih belum mandi, gosok gigi dan sebagainya. Aktiviti hari cuti memang begitu! Celik mata dah buka laptop, online dan blogging! Tutup mata, pun masih menghadap laptop!hak3. Aku dengar ramai yang stress ni. Betul ke? Dah-dah, mari kita belajar menari bersama!

Aku selalu tengok video Bad Romance Lady Gaga tu. Almaklumla, roomates fanatik Lady Gaga!hak3. So, hari ni aku nak kongsi sikit video step menari Bad Romance. Sila lihat video dibawah ini!


Amacam, menarik? So, lepas ni boleh join aku menari lagu Lady Gaga kat tepi tasik UiTM ke. Kat mana-mana la. Tepi jalan ke. Hak3. Ini entri kelaut. Bosan jugak kalau hari-hari nak ilmiah je kan? Tepu otak ni. Yela, tiap hari sumbat nota law, noat itu, nota ini. Sesekali bergembira pun okay gak! Salam Jumaat semua!

19 Skandal Ariel Peterpan : video bersama LELAKI juga ada!

Whoa. Jangan tersedak membaca tajuk diatas. Bukan setakat perempuan habis disapu, malahan lelaki juga turut di sapu bersama. Petikan m-star tentang 4 video bersama lelaki. Klik ini untuk membaca! Difahamkan, daripada 32 video klip panas itu, 4 daripadanya merupakan aksi ranjang bersama lelaki!

Tulisan merah dibawah ialah petikan m-star tentang kenyataan pihak polis indonesia. Aku makin bingung plak. Lelaki ke, perempuan selera si Ariel ni??? Pelik, tapi itu zamaz sekarang, lelaki perempuan habis disapu! Polis cakap, dia nak setel dulu tang perempuan dulu!hak3



Ariel Turut Beraksi Lucah Dengan Empat Lelaki?
JAKARTA: Ketika industri hiburan di Indonesia kecoh dengan penahanan Ariel kerana melakukan adegan porno dengan dua artis secara berasingan, bekas penyanyi Peterpan itu rupa-rupanya turut melakukan aksi serupa dengan lelaki.
Ketua Penerangan Awam, Ibu Pejabat Polis Jakarta, Marwoto Soeta mengaku menemui sejumlah pita yang merakamkan aksi Ariel dengan golongan berkenaan.
Namun Morwoto menjelaskan, setakat ini pihak penyelidik akan memberi tumpuan kepada tiga video porno penyanyi itu yang didakwa dilakukannya bersama model Luna Maya dan artis Cut Tari.
“Setakat ini pihak kami telah menemui 32 buah video yang mana empat daripadanya adalah aksi dia dengan laki-laki,” katanya kepada portol inilah.com semalam.
Laman portal itu turut menerima maklumat selain gambar-gambar Ariel dengan wanita, penyanyi itu turut merakamkan gambarnya dengan beberapa lelaki yang belum dikenalpasti identitinya.
Semalam, pihak polis Jakarta mengesahkan video porno yang tersebar dan diperkatakan umum ketika ini adalah milik Ariel dan dia akan didakwa selepas beberapa pemeriksaan forensik dijalankan.
Selepas ditahan polis pada Selasa lalu, Ariel di tempatkan di sebuah penjara sementara menanti hasil pemeriksaan ke atasnya selesai.
Selain Ariel, Luna Maya dan Cut Tari turut dipanggil polis untuk membantu siasatan kerana mereka juga dikatakan terlibat “berlakon” dalam aksi di ranjang itu.


Kita nantikan je siasatan terhadap Ariel ni. Nantikan apakah betul atau sekadar super impose atau pelanduk dua serupa. Aku hanya membawakan berita ini kepada anda! Renungkan dan nilai la sendiri! Aku tak faham la. Nak buat seks pun, buat la. Tak yah la rakam-rakam. Haih, nak buat kenangan pulak kan? Dah kantoi baru sibuk nak cover la, itu la, ini la.

Cuba la rasional sikit apa yang nak dibuat tu. Dah rakam video, pandai-pandai la simpan. Ini tak, letak sana sini. Nowdays, ramai orang boleh ambil kesempatan atas kita. Renugkan!

5 Skandal Ariel Peterpan : dominasi keyword minggu lepas

Whoa. Salam semua. Aku pernah jugak bercadang sebelum ni untuk buat sendiri analisis blog kecil ni. Sebab, bagi aku, analisis itu penting untuk kita tengok performance blog kita. Bagi aku, walaupun UV aku sikit dan pageview aku juga sikit, aku tetap nak buat analisis. Ye la, sebagai catatan dan nota supaya aku terus maju dalam blogging ni!hak3

Mungkin ada readers yang cakap, eleh, blog kecik picisan cam tu pun sibuk nak tunjuk analisis.hak3. tak kesah la, ini sebagai catatan aku sendiri yang aku kira aku akan buat untuk setiap bulan. Menilai, sejauh mana aku berblogging ni. Kalau sebelum ni, aku ada cerita sedikit tentang apa itu SEO dan SERP. Walaupun hakikatnya, aku sendiri kurang mahir bab-bab ni.

Ariffshah datang blog aku, dan tinggalkan url tips dia tentang SEO dan SERP ni. Jenuh aku baca. So, dah boleh faham la jugak. So, nak cerita keyword minggu lepas. Aku kira keyword "Skandal Ariel Peterpan" telah memberikan impak yang agak besar kat blog ni. Sampaikan aku ada dapat UV sampai 600++. Alhamdulillah.hak3. Lihat gambar dibawah ye. Statistik carian kat google! :


So, amacam?hak3. Bermain dengan SEO. Pengalaman yang bagus dan berharga aku kira. Korang cuba la try, mana tau dapat kan?? Mesti gembira dan syok sendiri macam aku!hahahahaha. Eh, tak lupa gak kat keyword Azrinaz Mazhar Hakim!dapat la gak traffik dari situ!hak3.bukti :



Macam mana? Ye, sob3. Aku tak hebat pun nak dapat traffik ribu-raban macam blogger-blogger hebat tu. Keyword aku menjadi pun dah kira alhamdulilah! kan??? So, korang semua try la main-main dengan keyword ni. Mesti ada sikit la kena! Good luck! Esok tak de kelas langsung! Heaven!

p/s : 
1) Bandwith broadband menghampiri garisan penamat!
2) Masuklah kontest aku tuh.
3) Happy birthday untuk www.suterablogger.com
4) Aku nak tukar domain la. Amacam?

3 Nostalgia : Pangkin bawah pokok jambu batu.

Whoa. Salam semua. Actly, aku dah lama plan dan terfikir untuk buat satu ruangan bertajuk "nostalgia". Entri-entri dibawah kategori nostalgia ni adalah tentang kenangan masa lalu aku. 3 minggu bertangguh sebab aku nak buat tips la, contest dan macam-macam lagi. Hak3. Kalau nak tahu, idea ni muncul time aku ngah mandi dan syampu rambut.hak3. So, buat kali pertama, aku publish entri untuk ruangan nostalgia ni. Enjoy!

Ok, aku teringat lagi pangkin bawah pokok jambu ni. Mungkin ada yang nak tanya, pangkin tu apa kan? So, pangkin tu serupa macam tempat duduk-duduk ataupun pondok untuk lepak-lepak. Pangkin ni, arwah atuk aku yang buat. Indah. Aku suka. Sebab, aku kira aku banyak habiskan masa di pangkin ni time aku kecik-kecik dulu. Seronok.

Masa kecik-kecik, atuk aku suka bawak aku jalan-jalan. Naik moto, ronda-ronda kampung. Ingat lagi, atuk aku perutnya buncit! Selalu aku duduk kat bakul dalam bakul motor tu, aku sandar kat perut atuk! Macam cushion! Comel kan? Balik jalan-jalan, atuk, aku ngan kakak mesti lepak kat pangkin. Pangkin bawah pokok jambu batu. Gelak-gelak, atuk suka bagi teka teki!

aku dengan kakak

Nenek, macam biasala. Apa lagi, buat air, cekodok ke, lempeng ke, apa-apa je la. Sedap! favorite aku lempeng cecah sambal tumis. Sedap. Aku suka. Lepak bawah poko jambu batu tiap-tiap petang. Indah kan? Pokok jambu ni besar jugak! Teduh, redup! Nway, aku ingat lagi, aku pernah jugak kena gigit ngan kerengga sebab dok gatal panjat-panjat pokok jambu batu ni.hak3

Walaupun atuk aku baik sangat-sangat. Aku selalu buli-buli manja atuk aku. Korang tau tempat rokok orang-orang tua tu. Ala, yang dia orang buat rokok sendiri. Guna cengkih, tembakau dan etc. Aku selalu sorokkan bekas rokok atuk aku ni. Pastu, puas atuk aku cari. Kesiannya...hehehehe. Aku bukan apa, cuma tak nak atuk aku merokok. Tu je! Baikkan cucu macam ni?hehehehe

Haih, nak nangis la pulak. Best! Walaupun atuk aku buncit, suka isap rokok tembakau yang kecik tu, aku rindu dengan atuk aku. Rindu sangat. Haih, hidup itu indah kalau setiap saat kita hargainya! pangkin bawah poko jambu batu, always, a big memory for me! Wasalam!

7 Tips 2 : SEO dan SERP. Pengetahuan untuk bloggers baru macam aku.

Whoa. Salam semua. Hi, semalam malam, ada orang cakap entri aku kelaut! Yup, aku ngaku dan terima kasih sebab cakap entri aku ke laut.hak3.tak terasa pun, tapi betul cakap dia sebab aku hanya sempat cakap yang aku sakit perut dan guling-guling. So, aku harap entri kali ni tak la kelaut sangat. Walaupun aku dah kaji menatang ni lama la gak!hak3


Ok, mulakan dengan apa itu SEO dan SERP. Mybe kalau beginner macam aku ni, korang tak pernah nak peduli ape itu SEO dan SERP. But, aku ni cukup patang kalau aku tengok orang lain dok bercerita pasal SEO dan SERP, tapi aku tercengang-cengang! Aku memang hangin!hak3

SEO ialah search engine optimization! faham? secara bahasa kasarnya agar semua faham, SEO ialah carian oleh engin carian yang paling optimum! Senang cakap, apa yang orang selalu cari kat search engine! Faham? Mudah kan????? SERP pulak ialah search engine results page. Maksudnya, keputusan pencarian kat search engine! Ala, kalau search tu, keluar macam-macam web yang ada kena dengan keyword kita type! Faham?


Kenapa aku nak bagi tahu SEO dan SERP kat bloggers baru macam aku ni? Sebab nya ialah, rugi kalau korang tak explore benda-benda ni! Boleh up traffik korang! Kalau duit boleh dapat hanya dengan blogging, apa tunggu, rezeki tu. Kenap nak lepaskan macam tu.Kan? So, belajar la SEO ni sikit-sikit macam aku.hak3 Main dengan keyword yang orang cari selalu~

Penting SEO ni ialah, kalau orang search sesuatu, jumpa blog korang! Contohnya, masa isu Kapal Rachel Corrie, Mavi Marmara, Ariel Peterpan, French Open, Azrinaz Mazhar Hakim dan macam-macam lagi hari tu, blog aku cukup banyak anonymous masuk. Sebab, dia orang cari benda-benda tu. Sampaikan time aku keluarkan entri Ariel Peterpan tu, 650 UV sehari. Hebat? Tak la, cuma bermain dengan SEO semata-mata. Syukur, menjadi!

So, ini adalah pandangan peribadi aku semata-mata tentang apa itu SEO dan SERP. Sebab, pernah dah ada kawan-kawan aku tanya apa itu SEO dan SERP. Harap entri ini bagi sikit info buat anda semua. Yang dah hebat, tegur la kalau entri saya ni ada silap ye! Hak3. Nak belajar SEO dan SERP, sila la bertandang ke DJ, Sis Intan, Bean, Melz dan ramai lagi yang hebat-hebat tu! Sekian! ^_^

7 Kalau perut meragam, tandanya nak????

Whoa. Salam semua. Mungkin ini entri ringkas dan tergesa-gesa. Actly, aku baru ada idea nak update blog. Tetiba perut aku sakit sangat-sangat. So, ini jadinya! Entri bodoh yang tak bermanfaat langsung. Esok aku sambung idea aku tadi ye. Maaf. Kalau sejuk-sejuk macam ni. Aku memang sakit perut. Haih~

p/s : alhamdulillah, ada juga orang nak masuk kontest aku!thanx ye. Yang lain, selamat mencuba!lama lagi tarikh tutup! 5 Julai tarikh tutup!

34 Contest : India ada, Malaysia tiada.

(ini entri sticky post, scroll ke bawah untuk entri terbaru) Whoa. Salam semua. Ok, seperti yang dicanang-canangkan. Aku Nak buat kontest memandangkan aku akan ke India bulan Julai ni. Insyaallah. So, aku rasa syarat kontest ni senang je. Sila tengok syarat-syarat di bawah ini dan sila tanya di formspring, kalau ada segala kesulitan ye. 


Syarat :

  1. Anda mestilah geng cepit (followers) blog picisan ini ye.
  2. Sila buat satu entri bertajuk "India ada, Malaysia tiada".
  3. Entri anda mestilah kreatif dan menarik untuk dibaca.
  4. Gunakanlah sebarang gambar untuk mencantikkan entri anda tersebut.
  5. Sila letak gambar di bawah ini dan link kan kepada blog "ini cerita si cepit"
  6. Letakkan link entri anda sebagai comment di entri ini.
  7. Tarikh tutup ialah 3 hari sebelum aku berangkat ke India iaitu 5 Julai. Ditutup awal untuk mendapatkan size t-shirt anda!

Hadiah :

  • Tempat pertama : Ole-ole dari India+t-shirt bernilai RM 100 ringgit!
  • Tempat kedua    : Ole-ole dari India+t-shirt bernilai RM 70 ringgit!
  • Tempat ketiga    : Ole-ole dari India+t-shirt bernilai RM 50 ringgit!

Berminat? So, mula generate idea dan otak anda mulai sekarang untuk membuat entri seperti di atas! Aku amat menghargai penyertaan korang ni! Sayang lebih la! Lagi satu, ole-ole diatas mungkin akan di patri atau di tulis nama blog anda! Bestkan? Join ye! Sebarang pertanyaan sila kemukakan di formspring aku! Wasalam!

14 Cadangan Contest Hadiah Dari India

Whoa. Salam semua. Actly, contest ni aku nak buat dah lama. Cuma, aku agak ragu-ragu dengan peserta yang nak masuk nanti. Sebab, before ni, aku pernah la buat kontest, but then itu percubaan pertama yang aku kira gagal dan kurang berjaya.hak3. Kini aku kembali dengan azam yang jitu dan semangat yang berkobar-kobar!bahahahaha.

So, menjelang bulan Julai ni, aku dan sekeluarga akan ke India untuk holiday dan makan angin sikit kot. So, aku juga ada bercadang nak belikan sesuatu untuk readers dan followers yang selama ini menyokong penulisan aku yang tak seberapa ni. Tapi, aku mana la mampu kan nak beli untuk semua. Walaupun readers dan followers tak la sampai beribu.


Aku dah ada beberapa cadangan kat otak untuk buat contest ni. Tapi, belum lagi finalized nak choose yang mana. So, aku akan publish untuk kontest tu paling cepat pun malam ni. Aku nak buat kontest yang simple-simple je. Sebab bagi aku, takkan ada orang nak masuk kontest susah-susah kan?Aku pun malam nak masuk kontest kalau susah-susah dan leceh.hak3

Nantikan malam ni ye. Ouh, mesti tertanya-tanya hadiah apa kan? Hadiahnya ialah cenderahati+t-shirt+ole-ole dari India! Special untuk anda! Aku ada bercadang juga untuk memberikan kepada 3 pemenang! So, nantikan contest tu ye. Aku harap korang semua masuk! Wasalam!

8 Aku nak jadi paparazzi. Boleh ke?

Whoa. Salam semua. Ini entri nak tanya pendapat korang semua. Entri yang perlukan anda respond. Aku ni tak la suka sangat mengata belakang, tak juga suka mengutuk apabila perlu dan tak juga bergosip selalu. But then, aku minat nak jadi paparazzi! So, apa pendapat korang semua kalau aku jadi paparazzi?hak3.


Sebagai permulaan untuk aku jadi paparazzi yang berjaya satu hari nanti, aku nak mulakan ruangan gossip budak-budak pre-law kat UiTM aku ni. Aku suka memerhati dan menulis. So, aku rasa, aku ada sikit-sikit bakat untuk menjadi paparazzi berjaya secara kecil-kecilan!

Now, dalam blog dan ada draft 3 entri untuk paparazzi session aku ni! Tak sabar nak spublish. So far, aku rasa penulisan aku kat draft tu hanya bagi hint-hint sikit je pasal individu seseorang. Tak la aku reveal seratus peratus. So, aku agak baik kan???hak3

Nantikan page terbaru aku kat sidebar kiri ye! Akan ku reveal satu persatu!hak3. Best gak jadi paparazzi ni kan?huhuhu, jangan ada yang serang aku macam Britney Spears serang dah la ye~hak3. So, korang bagi la pendapat untuk page terbaru aku yang akan aku bagi nama "paparazzi"!

Oleh itu, sila la berikan anda punya cadangan atau bantahan ye! Aku suka denagr pendapat-pendapat orang ni. mana la tahu bagus, boleh gak jadikan sebagai pengajaran!hak3. Dah-dah, aku kat kelas ni. korang baca auto post la!hak3

8 Lagi gambar menghina islam. Aku memang panas!

Whoa. Salam readers. Sebelum aku emo lebih cerita pasal kutuk-kutuk islam ni. Biar aku bagi introduction kat korang semua. Kalau sebelum ni, dah heboh ada karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W. Gambar keldai la. Gambar itu, gambar ini. Tadi, time aku dok asyik layan youtube tengok skill-skill tennis, ada notification kat facebook keluar cakap yang ada orang comment kat gambar aku. Aku tengok da keluar gambar ini : 


Berangin satu badan beb. Aku tak tahulah apa motif sebenar dia orang kutuk-kutuk islam dan menyebarkan gambar sebegini rupa. Kalau petang tadi, aku ada jugak berdiskusi dengan KON (pemilik Geng Blogger) dan Hanis Aleeya pasal zionis, Israel dan Yahudi. Kita sembang itu dan ini. Semuanya berilmiah. Aku still tak faham apa yang mereka nakkan dari Islam.

Memang benar kaum yahudi ni dilaknat oleh Allah. Dah perangai macam ni. Tak habis isu kapal Mavi Marmara dan kapal Rachel Corrie. Timbul lagi isu di Iraq, Palestine dan banyak lagi. Siapa harus dipersalahkan? Anda fikir dan kita cuba berdiskusi disini. 

Tinggalkan comment tentang perasaan anda terhadap gambar ini. Apa yang anda akan buat? Berdiam diri atau bersuara lantang sedangkan tiada siapa mendengar suara anda. Dunia semakin kucar kacir. Adakah petanda kiamat hampir tiba? Renungkan.

8 Tolong rakan saya. Kasihanilah dia wahai pembaca!

Whoa. Salam semua. Semalam aku ada review pasal DVD Ariel Peterporn Peterpan tu kan? Ramai masuk blog ni untuk entri panas tu.hak3. Kalau korang search kat google. Sila search "skandal Ariel Peterpan" dan korang akan nampak blog picisan ini di kedudukan kedua. Bukti, sila lihat gambar di bawah ye :


Bukan nak bangga, tapi aku cuba belajar dengan SEO.huhuhu. Percubaan sebelum ini juga berjaya seperti isu kapal Rachel Corrie, Mavi Marmara, Azrinaz dan lain-lain lagi. Bloggers yang baru macam aku ni, mari la, sharing-sharing info sikit pasal SEO ni. Aku pun bukan reti, baru nak belajar.

Aku rasa cukup la dengan pendahuluan aku. Ok, sekarang masuk isi. Ni ha, kawan aku, Fariz Razali. Kawan lama yang dah aku kenal hampir 7 tahun, satu asrama, satu sekolah dan satu universiti minta tolong aku untuk dapatkan undi  untuk video dia. Bukan video porno okay!hak3 Cerita ringkasnya, dia debater, masa Youth10 hari tu, ada pidato kot. Then, untuk pilih pemenang, kena la like or thumbs up kat video dia ni. Kalau rajin lagi, sila la pergi kat youtube ye! klik ini untuk tonton!


So, aku mintak jasa baik korang semua yang aku tahu baik-baik belaka untuk thumbs up dan comment dia nye video pidato. Bukan apa, kan elok tolong menolong ni. Cuma klik je kot.hehehehe. Korang tak lokek kan nak tolong-tolong orang ni. So, aku harap entri aku ni boleh la membantu kawan aku sorang ni. Gigih dia pujuk aku suruh tulis entri pasal dia. Blog aku bukannya ramai orang baca pun. Haih~


Tak salah bagi aku tolong kawan punya kawan kan? Pahala pun dapat. Lagipun, dia punya pidato pun berilmiah! Mybe ada something yang korang boleh dapat melalui pidato ni. So, sila beri kerjasama untuk klik "like" atau "comment" video dia ye. Tolong menolong amalan murni! Thanx semua!


39 DVD skandal Ariel Peterpan dijual di pasar malam. Aku dah jumpa!

Whoa. Salam readers. Jika entri aku semalam ada sentuh tentang Buffered Earnings, hari ni aku nak share sikit pasal si Ariel Peterporn Ariel Peterpan. Ala, mesti la korang faham aku nak cerita pasal apa kan? Cerita scandal dia tuh. Dah kantoi satu dunia dah! Popular sekelip mata!


Semalam, aku pergi pasar malam kat Sungai Layar, pasar malam yang terdekat dengan UiTM ni. Ini antara aktiviti mingguan yang aku selalu layan memandangkan aku suka makan dan roomate juga sangat suka makan! hak3. Beli makanan banyak-banyak pastu melahap dalam bilik! Mati kalau dia orang tahu aku cakap pasal dia orang.^^

Kalau korang dah biasa ke pasar malam. Biasa la, dah nama pasar malam kan? Mesti ada jual cd mahupun dvd cetak rompak. Aku bukan la penggemar cetak rompak, tapi, bagi aku, murah dan berbaloi-baloi.hak3. Time aku usha-usah DVD kat situ, abang kedai DVD tu hulur kat aku ini. Sila lihat gambar dibawah!



Hak3. Dah di DVD kan! Sedap lagi! hak3. So, jika anda mencari-cari DVD skandal panas ini. Sila la berkunjung ke pasar-pasar malam ye!huhuhu. Mana la tahu, anda ketemu juga! DVD ni 10 hengget je. Original dari indon tu!!! Yang penting, aku tak beli ye! Cuma dipromote! Kalau nak tahu, cover dia ni buka ori, sebab, kalau aku tunjuk yang ori, terbeliak mata korang. Ni cover yang dah di cetak rompak semula!huhuhu

Aku juga ada dengar yang video-video lucah si Ariel ni ada banyak. Yang aku dengar setakat ni je dah 30 orang! Ramai! Semua artis. So, nantikan aku reveal satu persatu artis perempuan yang bernasib baik tu ye!hak3. Best gak jadi paparazzi ni. Amacam? Ada bakat?hak3


Dengar kata juga, Ariel ni boleh di saman dan di penjara selama 12 tahun kalau video-video ni betul. Mybe sebab memalukan Indonesia dan juga memalukan industri muzik dia orang! Aku juga ada baca yang katanya si Ariel Peterporn ni dah ke luar negara. Mungkin melarikan diri. Apa-apa pun, kita tunggu la apa jadi seterusnya ya!huhuhu. Bye-bye!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets