8 Ulang tahun kelahiran ke-19, sujud syukur ke-atasNya.

Alhamdulillah. Umur 19 ni banyak mengajar aku pelbagai perkara. Baik dan buruk, hina dan bangga, semua, cukup untuk aku merasakan umur 19 bukan sekadar angka yang berbunyi sembilan belas sahaja. Walaupun aku bukan sesiapa. Walaupun aku tiada apa yang boleh dibangga, tapi aku syukur dengan semua yang pernah datang dan pergi dalam hidup aku sepanjang 19 tahun ni. Rasa kesyukuran tu tak pernah hilang walau aku gembira macam mana sekali pun.

Pengalaman disisih, dihina, di herdik mungkin mematangkan aku secara jujurnya. Namun pengalaman rasa disayangi, disanjung dan dihargai selalu membuatkan aku untuk terus terusan mencari erti hidup sebenar. Belajar untuk orang suka kan kita, bukan membenci kita. Ikhlasnya, aku suka benar berada disamping mereka. (RSC, geng aku kat kampus ni).
Lisannya, kalau boleh memang aku nak berterima kasih kepada semua. kepada yang pernah hadir mewarni hidup aku yang serba sederhana. Terima kasih setinggi-tingginya. Aku hargai perkenalan dan perjumpaan kita! Yang bernama sahabat, korang akan terus aku aku ingat, aku sayang dan aku hargai. Setiap saat bersama, indah itu namanya!

Tak mampu dah nak teruskan entri ni, mungkin esok, lusa atau tunggu kudrat hati ni pulih sediakala. Penat melayan jiwa yang menghadap final exam dan runsingan masalah dalaman. Insyaallah, ulang tahun ke 19 ni akan baik-baik sahaja hendakNya.


1 Keputusan Super Siri Terbuka Jepun 2010

Time kat library tadi, bahagian tempat menonton TV sangat bising! Masing-masing teruja tengok match Lee Chong Wei dengan Lin Dan dan pasangan beregu emas negara. Best! Teruja aku! Sambil baca law sambil tengok TV! Hilang gak stress. So, ni dia keputusan pertandingan yang rata-ratanya didominasi China!


BERGU CAMPURAN
Zhang Nan/Zhao Yunlei (Chn) mn *8 Tao Jiaming/Tian Qing (Chn) 21-19, 22-20 [49 minit]

PERSEORANGAN WANITA
Jiang Yanjiao (Chn) mn *2 Wang Xin (Chn) 23-21, 21-18 [36 minit]

PERSEORANGAN LELAKI
*1 Lee Chong Wei (Mas) mn Lin Dan (Chn) 22-20, 16-21, 21-17 [81 minit]

BERGU LELAKI
*1 Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (Mas) kk *5 Cai Yun/Fu Haifeng (Chn) 21-18, 14-21, 12-21 [46 minit]

BERGU WANITA
*5 Wang Xiaoli/Yu Yang (Chn) mn *3 Cheng Shu/Zhao Yunlei (Chn) 21-17, 21-6 [32 minit]

1 Walaupun mereka bukan berkongsi derita yang serupa

Ok, ini memang kes nak lepaskan tension! Sangat! Kepayahan membaca nota hitam putih kotak kecik-kecik tulisan rapat-rapat! buku Contract, Tort dan Criminal Law! Lemah badan aku! Mata pun dah stok juling-juling air! Penat! Banyak kena telaah sampai aku rasa aku nak give up dan cakap kat diri sendiri esok tolong la lulus! Itu dah cukup bagi aku! Memang betul, kaki aku ni tak layak nak jejak fakulti undang-undang untuk degree nanti sebab foundation pun aku dah tak tahan.

Lusa dah menjengah usia aku ke-19! Aku bingung. Terfikir, apa yang aku pernah buktikan sepanjang 19 tahun hidup ni. Apa yang aku korbankan untuk hidup. Apa yang aku rasa. Aku akui, memang hidup aku rahsia. Tanyalah, sesiapa yang rapat dengan aku pun tak pernah tahu apa hidup dan perjalanan usia 19 tahun aku ni. Kalau tahu pun, simple dan permukaan sahaja. Mungkin QM tahu dasar dan isinya. Kepayahan dan kesakitan yang aku rasa kadang-kadang aku dah tak mampu tanggung untuk seterusnya.

Tapi tu la, Allah sayang. Dia bagi pinjam lagi nyawa ni untuk rasa umur 19 tahun! Untuk rasa adanya kawan dan sahabat yang perlu aku ingat dan hargai! Sahabat dan rakan yang selalu ada dengan aku walaupun mereka bukan berkongsi cerita yang sama. Walaupun mereka bukan berkongsi derita yang serupa. Janji mereka sentiasa ada, itu dah cukup buat aku hargai mereka setinggi-tinggi alam! Cukup buat aku ingat mereka sampai akhirnya.

p/s : maaf, tiada ilmu didalam entri ini, emosi dan keadaan menguasai diri. kalaulah...

5 DiGi iPhone 4 Me

Salam semua. Ini adalah contest dari Nuffnang dan Digi yang memang pemurah nak bagi iPhone 4 untuk kita semua. Syaratnya mudah. Cuma perlu submit dan ikuti blog Nuffnang dan completekan task yang diberi. Ikutkan tajuk, kenapa aku nak iPhone 4? Memamng banyak sebabnya! Panas!


Antara sebabnya ialah :
  • Lebih nipis, malah merupakan smartfon paling nipis dalam pasaran
  • Kamera hadapan & belakang (kamera belakang dilengkapi dengan LED flash)
  • Paparan yang lebih jelas, bersih dan cantik
  • Quad band HSPA dengan keupayaan kelajuan sebanyak 7.2 Mbps (Turbo 3G by DiGi Malaysia - 14.4 Mbps)
  • Boleh digunakan dalam network 802.11n WiFi yang lebih laju (macam laptop)
  • 5 megapiksel kamera dan flash
  • Kebolehan merakan video HD (high definition)

Teruja sangat sebab semuanya dah dipertingkatkan keupayaan nya! Lebih hebat dan lebih canggih berbanding dulu! Selain tu, aku memang teruja dengan Apple Store gak! Banyak aplikasi menarik dan hebat mampu kita miliki dan enjoy! Selain tu, ada iPhone, ada style!

Paling penting, aku nak jadi antara orang yang pertama memilik iPhone 4 ni! Lagi-lagi dari Digi! Kena gigih berusaha walaupun ada final! Contest sehingga birthday aku 28th September ni! Best nya! Digi, please, bagi iPhone 4 ni sebagai hadiah birthday aku! Boleh?hehehehe. 


Boleh la selit wishlist birthday aku ialah "hadiah iPhone 4 dari Nuffnang dan Digi sempena bithday ke 19 aku" till then, aku memang teruja habis dengan iPhone 4 ni! Lama idam, bila la mampu miliki~

14 UiTM kini memandang serius isu plagiarism!

Whoa. Salam semua! Ini namanya orang tak sedar diri! Jumaat dah start final exam, engkau boleh lagi update blog, check email, jenguk facebook, twitter segala. Kita panggil sebagai ubat menghilangkan tension! yeah! Seperti tajuk entri, kini UiTM tampil memerangi jenayah plagiarism secara besar-besaran. Aku tak tahu adakah hanya di UiTM Kedah sahaja atau UiTM seluruh Malaysia. Yang penting, plagiarism sangat-sangat famous isunya sekarang ni!


Bagi pemaham aku, plagiarism ni seperti kau ambil hasil nukilan, karya dan sebarang bentuk idea, ayat, perkataan dan sebagainya tanpa memberikan kredit kepada penulis atau pencipta karya tersebut. Kira kau ambik aku punya entri then claim kau buat entri tersebut dengan copy paste kat blog kau tanpa letak siapa sebenarnya orang yang tulis entri tu. Faham? Kiran ciplak la! Heh! 

Tak silap aku, baru 2 hari lepas atau semalam aku nampak poster plagiarism merata-rata. Bukan main besar! Siap tulis kesalahannya boleh dikenakan tindakan gantung semester, tukar course atau lebih dahsyat disingkirkan terus dari UiTM. So, beware. Nak ambil mana-mana article nowdays, kena pastikan korang claim datang dari mana menatang tuh! Aku ada dengar gak UiTM ada beli software or something macam program untuk check plagiarism ni! Hebat bukan!


Aku anggap plagiarism ni sebagai jenayah halus sebab kau macam mencuri orang punya harta! Lepas tu sedap-sedap cakap kau punya. Ala, macam budak tu (dia yg tidak perlu diberitahu namanya). Hak3. Bukan tujuan mengutuk, tapi sila ambil ikhtibar dari apa yang berlaku. Lagi-lagi kalau kau copy paste entri blogger hebat, then letak kat blog kau. Lepas tu dah kena kutuk, cop sebagai plagiat, kena herdik semua... Baru sibuk mintak maaf dan tutup blog! WTF! Kan? So, better jangan buat!


Aku tak nafikan sebelum aku jahil dengan ilmu tentang letakkan citation, APA dan MLA style tu. Aku dulu memang stock copy paste je! Lagi-lagi dekat assignment kan. Habis semua article aku claim poyo article aku. Sekarang insyaallah, aku akan letak dan claim sape tuan punya article semua tuh. Kalau gambar? erk, tu nak kredit kat google pun tak boleh kan... Sebab memang ada sourcenya.

p/s : fikir dulu sebelum buat! (sapa makan cili dia rasa hangatnya)

3 Blog ini akan tergendala operasinya.

Salam semua. Hi semua! Macam mana raya? Bagi aku raya tahun ni adalah yang paling tidak menggembirakan dan menceriakan aku. Spoil habis! Nak cerita kenapa? Biar aku, dia, dia dan dia yang tahu! Tak usah dikenang benda yang dah lepas. Aku pun dah kat universiti. Dah lupa yang sekarang masih raya! Sejujurnya, aku cuba nak letak masalah dan keadaan tu jauh-jauh dari minda ni. Tapi aku tak mampu dan benda tu senantiasa dingatan.

Lupakan itu sejenak. Aku just nak khabarkan yang blog ini akan mengalami masalah dari segi operasinya kerana tuan punya blog perlu pergi ke medan perang! Berjuang untuk final exam! Yang terakhir untuk asasi ni! Tahun depan insyaallah dah degree.. Syukur sangat-sangat walaupun tujuan asal ketika asasi lain dan degree menyimpang jauh~ Nak buat macam mana, mungkin itu rezeki yang Allah pilih untuk aku.


Blog ni akan beroperasi atau mungkin kadang-kadang beroperasi jika aku punyai kelapangan dan keizinan untuk update! Kena gigih untuk semester ni! Tapi kalau tak beroperasi bukan bermakna aku tiada cerita baru untuk dikongsi dan dibicara. Cuma masa nak type kurang ada. Doakan aku berjaya untuk exam final semester kali ni. Banyak pesanan nak ditinggalkan!

p/s :

1- aku suka kawan-kawan kat facebook nowdays!
2- aku suka lagu Ari Laso - Cintailah sepenuh hati
3- yang mengerti, teruskanlah mengerti betapa perit dan payahnya apa yg aku lalui.
4- terima kasih kamu!
5- kalau lah kau tahu yg aku ada blog~
6- Ada masa aku update blog!
7- Aku sayang kawan-kawan aku!
8- AE dan MF !

Selamat hari raya. Maaf Zahir dan Batin!

7 M Rajoli meninggal dunia : Al-Fatihah buat beliau dan keluarga.

Salam semua. So, ini cerita industri filem negara yang terbaru. M Rajoli pergi meninggalkan dunia seni tanah air. Aku baru sampai dari Shah Alam terus in laptop kat bilik sebab aku rasa seriau semacam kat bilik yg dah lama ditinggalkan. Tup-tup baca metro, terbaca entri M Rajoli meninggal dunia. Bawah ni aku copy berita dari Metro untuk anda baca. Buat keluarga M Rajoli, banyakkan bersabar. Dugaan Syawal yang nyata besar bebannya. Al-Fatihah~

 
KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak. Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.

"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya di sini hari ini. Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.

Harun berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah 'bintang yang sentiasa menyinar'. M Rajoli atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur. Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Oktober 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya.

dalam kenangan

Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 November 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah. Allahyarham terkenal dengan lakonan versatilnya dan pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Congkak dan Lembing Awang Pulang ke Dayang.-Bernama 

Antara drama dan filem lakonan beliau ialah :

2009
:
  Lembing Awang Pulang Ke Dayang - (Pelakon Pembantu)
2009
:
  Skrip 7707 - (Pelakon Pembantu)
2008
:
  Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib - (Pelakon Pembantu)
2008
:
  Histeria - (Pelakon Pembantu)
2008
:
  Congkak - (Pelakon Utama)
2007
:
  Impak Maksima - (Pelakon Pembantu)
2007
:
  Cinta Yang Satu - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Misi 1511 - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Cicakman - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Diva Popular - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Man Laksa - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Persona Non Grata - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Main-Main Cinta - (Pelakon Pembantu)
2006
:
  Castello - (Pelakon Pembantu)
2005
:
  Lady Boss - (Pelakon Pembantu)
2005
:
  Cinta Fotokopi - (Pelakon Pembantu)
2004
:
  Bintang Hati - (Pelakon Pembantu)
2004
:
  Bisikan Remaja - (Pelakon Pembantu)
2003
:
  Lang Buana - (Artis Jemputan)
2003
:
  MX3 - (Pelakon Tambahan)
2003
:
  Mr. Cinderella 2 - (Pelakon Pembantu)
2003
:
  Diari Romeo - (Pelakon Pembantu)
2003
:
  Gila-gila Pengantin - (Pelakon Pembantu)
2002
:
  Mr. Cinderella - (Pelakon Pembantu)
2002
:
  Idola - (Pelakon Tambahan)
2000
:
  Anaknya Sazali - (Pelakon Utama)
1999
:
  Puteri Impian 2 - (Artis Jemputan)
1998
:
  Badai Mentera - (Pelakon Pembantu)
1993
:
  Perempuan,isteri dan.....? - (Pelakon Tambahan)
1989
:
  Awang Spanar - (Pelakon Pembantu)
1989
:
  Oh Fatimah - (Pelakon Pembantu)
1986
:
  Kembara Seniman Jalanan - (Pelakon Pembantu)
1986
:
  Bujang Lapok Kembali Daa - (Pelakon Pembantu)
1984
:
  Tujuh Biang Keladi - (Pelakon Tambahan)
1984
:
  Azura - (Pelakon Pembantu)
1983
:
  Darah Satria - (Pelakon Pembantu)
1983
:
  Mekanik - (Pelakon Pembantu)

2 Shamisha Ekspress Shah Alam - Sungai Petani


Salam semua. Agak lama aku menyepi dari dunia blog. (perasan macam ada orang tunggu entri kau). Bukan merajuk atau nak lari dari dunia blog macam ada beberapa orang cakap, aku cuma memberi ruang dan waktu untuk aku bersama keluarga lebih cuti ni. Mana tau, lepas ni tak sempat. Disamping aku menghadapai beberapa situasi yang aku memang jangka dan tidak jangka. 

Ya, malam ni aku pulang semula ke Kedah. Berjuang kali terakhir untuk Asasi Undang-undang ni. Balik ni study week dan terus final exam. Borang permohonan degree aku dah isi. Sendiri. Tanpa nasihat, pandangan dan teguran sesiapa sebab aku cuba mencari pandangan tapi semuanya bisu. Diam membantu!

Argh, aku yang nak belajar. Bukan orang lain. Biarkan aku corak sendiri. Biar aku olah sendiri hidup ni. Kalau dah tak siapa nak peduli kita, kita jangan mudah mengalah dan salahkan takdir sebab itu mungkin satu cara Allah nak uji siapa diri kita dan macam mana kita menghadapi situasi itu.

Apa-apapun, blog itu secara automatiknya aku kembali berupdate setelah kaki menjejak tanah Sungai Petani. Insyaalah. Doakan perjalanan malam ini lancar dan baik belaka. Selamat jalan! Wasalam~

12 Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin

Salam semua. Utamanya aku nak ucapkan selamat hari raya untuk semua umat Islam yang menyambut aidilfitri ini. Maaf zahir dan batin dari aku sepanjang adanya blog ini. Penulisanku dan ayatku terutamanya. Jagi diri, sayangi keluarga anda, jadikan raya ini lebih bererti.

"Diluah mati mak, ditelan mati bapak"

p/s : indah dunia andai semua ini tidak pernah terjadi. Aku harap ini semua mimpi ngeri, tapi rupanya realiti yang abadi!

5 Apa makna Aidilfitri tanpa sesuatu yang baru.

Salam. Short update je ni sebab rindu gila kat cerita si cepit. Terabai gila! Kalau la blog ni macam budak kecik, dah telanjang bogel, hingus meleler, badan bau busuk dah. Nway, aku masih belum beli baju, seluar, kasut dan etc, etc etc lagi~

Haih, harapnya ada la kasut yang aku dah aim lama tu. Harap juga ada sizenya! Ok, insyaallah, malam ni dah boleh habis shopping. Malam mungkin nak upload gambar rumah baru! Wink! Malam ni tengok anak bulan la! Jom tengok anak bulan!

8 Jemputan majlis berbuka puasa di rumah baru!

Alhamdulillah. Baru ada kesempatan sekejap untuk update entri! Alhamdulillah, 2 hari tidak berupdate, traffic maintain dalam kadar 900++. Alhamdulillah. Sebenarnya, ini merupakan update ringkas dan padat dari aku. Dengar elok-elok pengumuman ini ye:

Anda semua dijemput menghadiri majlis doa selamat, bacaan yassin dan jamuan berbuka puasa di rumah baru saya sekeluarga pada hari esok (selasa) tepat jam 6.00 petang. Alamat seperti berikut :
No. 20, Jalan Sungai Merbau 32/76A, 
Amverton Park @ Bukit Kemuning Golf & Country Resort, 
Seksyen 32, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Maaf sebab beberapa hari tiada entri disebabkan aku terlalu sibuk mengemas rumah, menyusun perabot, memasang segalanya dan macam-macam lagi. Kalau anda tinggal berdekatan dan berkesempatan, jemput datang rumah ye. Bye-bye! 

p/s : sila beritahu kalau anda sudi datang. (tahun ni beraya rumah baru! YeeeeHaaaaa!!!

10 Mari pulang berhari raya.

Whoa. Salam semua. Semalam, seharian tak update entri. Kebusyan melanda sebab semalam kelas terakhir untuk semester ni. Maknanya, sekarang ni tengah tunggu nak final exam which mean 2 minggu lepas raya. Haih. Dah nak habis dah semester ke-3 asasi undang-undang aku ni. Lepas ni degree! Yahoo!!!!


Malam ni misi pulang ke rumah! Misi membeli belah sudah dalam perancangan memandangkan aku belum beli satu benda pun! Semua barang-barang yang nak dibeli sudah ada kat otak. Tinggal cari, pilih dan bayar! Hahahaha. Misi nak gi makan buffet kat hotel-hotel pun macam dah mula menular kat hotel since aku tak berkesempatan langsung nak ikut family buka puasa kat hotek hari tu. Cuma aku sempat berbuka puasa kat Cinta Sayang Golf n Resort dengan roomate tersayang time merdeka lepas.

Btw, bulan ni bulan kelahiran aku! Sila ambil perhatian ye! Hahahaha. 28th September! Mula-mula nak ucap terima kasih kepada seluruh budak pre-law sebab sudi buat dinner untuk aku. (perasan, padahal 28th tu hari last kat UiTM). Hahahahaha. Bangga beb! Kembang kuncup! Ada yang tanya apa wish list aku. Hurm..Nanti la aku update sikit apa wishlist aku tu ye! Kalau bagi tau pun, ada korang nak bagi?hak3
Malam ni aku berlepas dari lapangan bas Sungai Petani menuju Lapangan Bas Shah Alam tepat jam 11. Maknanya sahur dalam bas la ye. Ok la, tu je aku nak cakap. Nak kemas bilik, ambik movie menarik kat kawan-kawan then chow! Buka puasa kat luar lagi hari ni. Do take care guys! Selamat pulang berhari raya!

p/s : terima kasih yang kepada yang bagi nasihat di 2 entri sebelum ni~

19 Aku cepat melatah, jadi aku mohon maaf.

Salam semua. Entri ni refer kepada entri semalam sebenarnya. Haih.... Betul cakap beberapa orang yang komen dekat entri semalam. Ada yang cakap aku cepat melatah. Dan cara aku membalas komen tersebut agak kasar dan juga seperti cara memaki. Even, kawan rapat aku pun cakap biar je la. Kalau dah kau kata kau nak dengar orang komen blog kau. Kau dengar je la. Yang positif kau ambik, yang negatif kau buang jauh-jauh.

Terpanggil untuk membuat entri ni sebab aku rasa memang salah cara aku counter anonymous semalam tu. Maaf. Aku insan biasa yang cepat sangat melatah. Haih, perlu ada penambah baikkan dari segi emosi dan cara mengawal jati diri. Btw, hakikatnya aku memang kuat marah. Semalam tu aku dah cuba kawal sebenarnya. 

Aku minta maaf kepada sesiapa andai entri semalam tu menyebabkan korang semua pandang buruk kat aku. Aku terima sebab itu memang salah aku. Aku akui, sebagai blogger kurang berpengalaman, dari situ lah aku akan belajar untuk lebih berhati-hati dalam memberikan kata dan juga entri.

Akhir sekali. Maaf dipinta andai ada tersilap ayat semalam. Pengalaman mengajar kita apa itu erti kehidupan! Terima kasih kepada yang menyedarkan diri ini. Salam~ 

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets