14 Akhirnya dapat juga invitation Makan Malam bersama YAB Perdana Menteri dan rakan online!

Salam. Ingat lagi aku ada post blog pasal makan malam bersama perdana menteri hari tu? Aku ada suruh korang isi form kat web site 1Malaysia kan? Masa Nadirah telefon aku cakap dia dah dapat invitation tu, aku sedih sebab aku tak dapat-dapat gak invitation tuh! Mana tak bengang, aku isi dan beritahu orang lain. Tapi orang lain yang isi melalui blog aku dapat invitation tu! Gua panas hati la der.

*********************************

Boleh tanya Nadirah Geb Geb dan Kiki Santek macam mana frust nya aku! Frust menonggeng! Fullstop!

So, dah 3 hari tak online, rupanya dah masuk email dari YAB Perdana Menteri untuk majlis makan malam tu! Aku rasa, ada orang yang tak datang dan aku diinvite sekali lagi! Tak kesah la jemputan lambat atau cepat, janji dapat dan aku nak pergi! Ko hado? Bukti :


So, sesiapa lagi yang pergi sila la beritahu aku supaya kita boleh berjumpa disana! Seronok sangat dah ni! Harap-harap sepupu aku akan turut serta bersama ke sana! Jumpa anda disana! Yeah!

p.s : hurm...nak tanya soalan apa ye, ada cadangan???

4 Gamaliel & Audrey Tapiheru - Medley @ Harmoni SCTV. Masih ingat 2 beradik ini?

Hobi semalam ialah menengah youtube dan melihat video-video panas yang menarik! Sudah tentu, aku tuju ShaneDawson, video acapella Mike Thompson dan macam-macam lagi. Aku nak tanya, masih ingat Audrey dan Gamaliel? Hanis Zalikha pun ada post entry pasal dia orang dulu-dulu! Adik beradik yang punya suara merdu! Nyanyi lagu telephone, just dance, Whole New World, Lucky dan banyak lagi!

Aku jumpa satu video baru dia orang yang menarik minat aku! Yang aku perlu percaya mereka memang dilahirkan untuk menyanyi dan membuat persembahan! Konsert apa ntah aku pun tak tahu. Live at SCTV Indonesi! Sedap! Suara Gamaliel tak ubah macam Anuar Zain! Audrey pun begitu! Sedap! Korang boleh layan videonya dibawah! Dah dengar dia orang nyanyi, sila bagi comment anda!


Gamaliel & Audrey Tapiheru - Medley @ Harmoni SCTV




Amacam? Menarik? Ada bagus?

1 Harry Potter and the Deathly Hallows: Part I



Teruja menantikan movie terakhir Harry Potter! Aku memang minat sejak cerita pertama lagi. Buku, majalah, DVD, semua dah ada! So, aku menanti last chapter keluar! Btw, nak tanya, nak download secara illegal boleh? Kat mana ye? Bagi tahu sikit!

p.s : nak download full movie secara illegal dah ada ke?

9 Kenapa hari hari semalam terasa sama.

Salam semua. Beberapa hari tiada update baru. Hampir 5 hari. Bukan sebab aku merajuk dengan blog atau ada yang cuba hentam aku kat blog. Macam biasa. Ada pasang, ada surut. Ada siang, ada malam. Ada terik, ada mendung. Aku manusia biasa yang juga jalani kehidupan biasa tanpa ada sebarang perkara luar biasa berlaku kebiasaannya. Hari-hari sama.

Walaupun aku rasa setiap hari itu panjang dan perlukan pengisian yang sempurna, aku selalu tak dapat sempurnakan! Sebab pagi bangun lewat, tengah hari makan lama sangat, petang sibuk main game. Tak produktif langsung! Setiap hari benda yang sama. Cuma pengisian aktiviti kadang-kadang berbeza. Badminton, taman, pantai, basikal dan berkebun!


Ada orang cakap, kehidupan aku best! Semua dapat! Semua indah! Aku tanya balik, siapa cakap, siap bilang lagu tu? Yang tak pernah kenal aku luar dalam mungkin senang je cakap "ala, hidup dia best, banyak duit, senang, itu, ini, bla, bla..." Yang hakikat kenal aku? Sendiri tahu, apa aku rasa dan macam mana aku laluinya.

Aku bukan orang yang senang-senang cerita masalah direct. Semuanya. Sebab aku ada perasaan yang mana aku perlu juga angkat maruah dan harga diri agar orang lain yang dengar masalah aku tak senang keluarkan perkataan "kesiannya.." "sedihnya.." Sebab tu aku banyak berselindung. Kehidupan tak semestinya perlu dicerita luar dan dalam sewenang-wenangnya. Kena fikir juga, consequence nya.

****************************************

Kalau aku ada kawan baik pun, belum tentu dia tahu kehidupan aku sebenarnya. Sebab aku bukan nak orang dekat dan sayang aku sebab kesian kan dan simpati kat aku. Aku punya cara untuk beri tahu. Dan kadang-kadang cara aku tu tak betul, ada salah anggap. Tuduh aku macam-macam. Dan berlalu. Tak pa, hari ni hari aku. Esok, kau rasa juga. Hidup ni kan macam roda. Bila pusingannya berada dia atas, atas lah. Bila dibawah, kau diam, kau tengok apa kau dah pernah buat sebelum ni.


Rata-rata kenalan rapat aku ucap "sabar lah". Dan sebab sabar lah, aku diam dan tak pernah aku keluarkan. Sebab aku tahu, dosa, malu, aib dan maruah! Tapi sabar ada tahap, aku punya tahap masih jauh, sebab tuhan takkan uji hambanya, kalau dia sendiri tak mampu menanggungnya. Kan? 

p.s : apa aku mampu cakap, aku cakap. Tak mampu, aku diam atau aku bagi hint je. Jangan cakap lebih2, nanti ada orang yang dengar!

26 Aku tak harapkan dekan, 3.5 atau 4 flat!

OK, ini memang entri frust menonggeng sebab aku dengar ramai yang fail paper law for student part 3. Sigh, aku kah? Simpang malaikat 44. Sumpah dan sejujurnya aku takut sangat-sangat! Nak kata boleh jawab, ye aku boleh jawab. Tapi tak tau la betul atau tak! Jawab memang jawab! So, nak hibernasi dan diam-diam supaya tenang sikit otak pikirkan result ni!


p/s : aku nak lulus je!!!No repeat, no sem 4!

23 Gambar keluar stadium awal sebab Selangor kalah teruk!

Ok, aku godek handphone then jumpa satu gambar aku punya semangat pakai baju jersi Selangor, siap headband! Tapi aku keluar awal 30 minit sebab separuh masa kedua Selangor dah kena bantai 4-0! Gila weyh! Akhirnya, Selangor lungkup 6-0 dengan Singapura! Malu tok sah cerita sebab aku gila eager nak tengok sampai habis, aleh-aleh, separuh masa kedua dah tinggal sikit je orang!

***********************************************************
Aku suka statement sorang sorang penyokong ni! "Alasan penat sebab semalam main kat Kelantan? Bola Sepak kat pekerjaan mereka, mereka kan professional! Kena nak bagi alasan penat? Itu kan kerja!" Nice gila ayat dia weyh!

punya semangat tapi balik awal! :P

p/s : aku terfikir untuk buat ruangan sukan kat blog ni!wahahahaha

16 Duduk bawah pokok sambil ngumpat-ngumpat anak orang lain!

Salam semua. Aku nak update pasal perlawanan bolasepak antara Selangor dan Singapura. Tapi disebabkan kemaluan yang amat. Aku tunda lagi untuk hari mendatang. Kenapa kemaluan? Lu pikir la sendiri ye! Kena baham 6-0! Hebat! Hahahaha, itu semua nanti aku story morry! Banyak gambar jakun aku nak upload! Nantikan ye!

************************************************************************
Apa kata hari ni aku cerita apa yang berlaku kalau aku pergi amik adik aku balik sekolah. Rata-rata mak-mak ni duduk bawah pokok dengan dia orang punya geng motor. Duduk-duduk sambil ngumpat. Aku dah perhatikan ada satu geng mak-mak motor ni selalu sangat dok gelak kuat-kuat sambil tutup-tutup mulut sebab takut orang nampak gigi dah kosong.

Aku bukan main tuduh sebarangan sebab aku pernah duduk tepi geng-geng mak motor ni, aku dengar apa dia orang bualkan! Nak cakap lawak! Kadang-kadang ada gak! Mana tak nya, dok sembang pasal hal rumah la, pasal suami la, pasal itu la, ini la. Tak lupa ada selit-selit hal anak jiran sebelah rumah.


Lagi hebat kalau mak-mak ni dok bercerita anak orang ni kena tangkap khalwat, anak orang ni masuk lokap, anak orang ni hisap dadah, anak orang ni main pompuan. Amboi, anak orang je korang lenjan cerita sensasi! Anak kau? Baik sangat la? (itu aku cakap dalam hati). Mak-mak ni hebat! Luar dalam dia tau! Anak tu dengan sapa, anak ni dengan sapa, bila kena tangkap! Semua lengkap! Pemberita agaknya!

Paling kecoh kalau mak-mak ni dok cerita pasal suami dia orang! Haih, dok cakap suami dia macam ni la. Yang lagi sorang sibuk cakap suami dia hebat! Eh, cerita batin yang censored pun ada gak! Aku duduk kat situ sambil tunggu adik aku pun dah boleh sengih-sengih! Hahahaha. So far, cerita dia orang ni selalunya pasal anak-anak orang and anak-anak jiran! Hebat dok mengata! 

p/s : seronok gak aku tengok dia orang ni mengumpat sakan! Nak join, aku muda lagi!hahahaha

p/s : mengumpat ni macam dadah! Ketagih! 

4 Live Menonton Piala Sultan Selangor Malam Ini.


Salam semua. So, aku nak say hi kat Stadium Shah Alam malam ni. Selangor lawan Singapore untuk Piala Sultan Selangor. Pak cik aku dapat 10 tiket free and kami berkampung kat sana malam ni! Hahahahaha. Teruja sebab dah lama tak jejak kaki kat Stadium dan tengok match bola sepak live! Masa belajar kat MRSM dan UiTM memang tak dapat join langsung! Kekalahan Selangor semalam sangat mendukacitakan sebab aku target nak tengok final Piala Malaysia kat Bukit Jalil nanti. So, impian ranap!


So, siapa-siapa nampak aku malam ni kat Stadium Shah Alam, jangan lupa tegur! Doakan Selangor menang weyh! Adios! Selamat berjimba di malam minggu! Selepas kekalahan semalam, aku doakan Selangor menang malam ni! Hooorayyyy! Nantikan update aku untuk gambar-gambar sepanjang perlawanan tu nanti! Hahahaha. 

p/s : jakun sedikit sebab dah 3 tahun tak berkunjung ke Stadium Shah Alam!

2 Hari muhasabah diri. Baik dan buruknya.

Salam semua. Kadang-kadang kita perlukan masa dan tika untuk duduk diam-diam, sorang-sorang untuk tengok diri kita ni betul atau salah. Apa yang dah berlaku, adakah ia wajar sebegitu atau sebaliknya. Sebab, masa kita muhasabah diri ni, kita dapat tengok siapa kita sebenarnya. Baik?ouhhh, jauh sekali. Buruk, itu yang paling ketara. Melalui muhasabah diri jugak kita dapat segera set mind kita biar betul, tak senget benget!

Tapi, kalau kita dah muhasabah, tapi merasakan yang tindakan lampau tu kena dan memang tepat dengan perkara itu, alhamdulillah! Tapi jangan terlalu yakin sebab kadang-kadang kita rasa ia betul tapi bagi orang lain, ouh...teruk betul! So, kena fikir dalam-dalam dan masak-masak! Tapi jangan sampai hangus.

Pagi-pagi dah duduk sorang diri kat mcd! Kat hujung penjuru hadap surat khabar tentang bajet 2011. Tentang dunia dan tentang apa-apa je yang menarik minat aku baca! Tapi tu la, tujuannya lebih kepada kenali diri dan cuba kawal perilaku yang kadang-kadang terlebih bahhh.

p/s : malam ni tonton bola sepak kat Stadium Shah Alam. Piala Sultan Selangor! Selangor lwn Singapore!

4 Selangor Bloggers : Ping Site terbaru untuk anda.


Salam. Perkhabaran gembira untuk semua. Website baru untuk ada cuba ping! Mudah! Macam Gengblogger je! Jom! Mari ramai-ramai kita ping di http://selangorbloggers.com/ Boleh guna twitter untuk sign in! Simple je web site ni! Ringan!


7 Malaysia-International Fashion Week 2010


Salam. So, nak khabarkan tentang Malaysia-International Fashion Week yang akan berlangsung 2-6 November ni di Pavilion, Kuala Lumpur! Tertera seperti di atas! Teruja sebab aku memang suka fashion tapi cita-cita tu hanya sekadar pada bibir dan mata! Tak dapat nak langsaikan! Oh, ini rahsia sebenarnya! 

Presented by Maxis

15 Jeritan batin akhirnya kedengaran.

Salam. Ni sambungan entri dibawah pasal urut mengurut. So, aku tak tau nak teruskan atau tak cerita ni sebab aku macam seram-seram. Malam tadi adalah pengalaman yang menakjubkan! Merasa macam mana urat kat kaki, lengan, kepala, celah sana sini ditekan dan dibetulkan. Nak cakap tukang urut, ya! Nak cakap tukang urat, teeeetttt, macam pelik je bunyinya! Nak kata dukun, tak de pulak dia punya asap kemenyan ke, limau nipis atau kain-kain kuning!


So, jeritan batin aku malam tadi memang superb! Hahahaha. Gila sakit kau! Before turn aku malam tu, ada sorang laki ni umur dalam 26 ke 30 macam tu la. Mak aih, pinggang dia sakit, then pakcik tu gi cari urat dia, tekan sana, tekan sini. Brother tu punya meraung, lagi la! Macam orang nak bersalin kau tau! Tapi siap gelak-gelak! Maaf, tak de gambar nak dipaparkan sebab aku rasa semacam je.


AKu puya turn pulak. Mula-mula aku biasa je. Sakit-sakit macam biasa. Then sampai klimakas aku rasa, punya la high pitch aku lontar! Ambik kau! Keluar suara jantan weyh! Terkedu mak cik aku! So, kesimpulannya, urut semalam memang agak seram, sakit dan luar biasa! Tak urut pun actly, just dia tekan sana sikit, sini sikit.

p/s : pak cik ni famous, ramai orang kenal dia tau! Dia boleh ubat kanser, sakit misteri da dan pak cik ni buat keris jugak!

11 Mari mengurut badan cara tradisional!

Salam semua. Ini adalah entri ringkas sebab kejap lagi nak berurut badan! Nak cakap aku takut, mungkin la! Tapi ni bukan kali pertama aku berurut! Dah banyak kali, cuma kali ni tukang urut tu agak menyeramkan. Just bayangkan, aku tak cakap apa sakit aku lagi tiba-tiba dia dah cakap aku sakit itu ini! Betul pulak tu! So, petang tadi aku buat appointment! Malam ni baru turn aku berurut! Tukang urut ni dia pandai cari urat! Katanya! Nantikan cerita urut aku ye! :)


p/s : petang tadi, aku tengok pak cik umur 40an menjerit-jerit kena urut! Seram weyh! 

3 Sukan Komanwel - 2 Emas Sudah dijangka.

Teruskan membaca kalau anda rasa anda sudi membaca karya sukan daripada pengulas sukan  tidak ternama :


Salam. Ni sambungan lagi kepada entri terdahulu berkaitan review aku tentang atlet kita di Sukan Komanwel New Delhi, India. So far pingat yang atlet dah ada ialah 5 emas, 5 perak dan 5 gangsa kalau tak silap aku. Malam tadi aku menyaksikan bagaimana kehebatan Datuk Nicol Ann David menumpaskan Jenny Duncalf dengan straight set! Hebat! Ke kiri ke kanan semua dapat diambil! Dan dalam masa 37 minit or 38 minit emas confirm milik Malaysia! Itu kisah skuasy!


Acara team event campuran badminton memberikan juga pingat emas untuk Malaysia selepas kemenangan 3-1 keatas pasukan tuan rumah India! Ternyata, tiada masalah untuk memungkinkan Malaysia menyapu semua emas yang dipertandingkan bagi acara badminton! hebat! Datuk Lee Chong Wei saja je main-main pada set pertama! Main-main pun still menang 21-18 aku rasa. Then set kedua sekejap je!

Kekalahan Wong Mew Choo juga aku tak sangka! Boleh makan kot Sania Nehwal tu! Tapi Sania ni hebat jugak! Perlawanan malam tadi antara Mew Choo dan Sania Nehwal nampak seimbang! Masing-masing ada kelebihan tersendiri! Untuk pengetahuan juga, Sania ni baru je kalahkan Mew Choo dalam pertembungan final Grand Prix India. So, Mew Choo dan 2 kali kalah kat tangan Sania. Harap, acara perseorangan, dia boleh menang!


Gila la aku! Semua nama aku hafal! So, semalam aku memang habiskan masa tengok sukan Komanwel dari petang hingga ke tengah malam! Aku tengok bagaiman Siti kasidah kecundang dalam acara angkat berat 69kg kebawah. Kekalahan satu-satunya perenang negara yang masuk peringkat akhir, kehebatan team hoki lelaki membaham Scotland 2-0 dan macam-macam lagi! Tak lepas peluang gak aku tengok team Malaysia menang acara basikal gandingan Azizul Hasni, Josiah dan Rizal Tisin! 

p/s : amacam? aku boleh jadi pengulas sukan tak?hak3

3 Makan malam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia bersama rakan online.

Salam semua. Macam biasa la. Mesti aku tuju blog-blog yang ada kat sidebar sebelah kanan blog ni! Nampak blog denai hati tulis pasal makan malam bersama Perdana Menteri dan rakan online. So, aku masuk dan teruja. Memandangkan aku tengah cuti semester dan tak tahu apa nak dibuat, aku sekarang memang gigih mencari apa jua aktiviti untuk penuhkan cuti ni! Nak kerja, itu nanti-nanti aku fikirkan!



So, aku just daftar di [sini] sebelum 17 oktober! Dapat tak dapat tu belakang cerita, janji daftar! Doa-doa nama aku dapat dalam beribu-ribu yang daftar tu! Nak sangat pergi! Tapi remaja umur 19 macam aku ni layak ke nak hadir? Hurm.. Takpe, aku nak sangat datang! Harap aku yang bertuah untuk makan malam bersama YAB Perdana Menteri! Teruja tak ingat dunia ni!

Korang try la daftar! Mana tau, rezeki kat korang! Datang, makan malam dan ada sesi dialog! Rugi tu! Ini mungkin pengalaman saki seumur hidup! Perlu berdoa banyak-banyak dah letak harapan agar terpilih! Kalau aku terpilih! Sudah tentu tak tidur malam nak memikirkan siapa yang aku akan jumpa kat sana kan? hahahahaha.

now, nak tunggu dapat email dan sahkan kehadiran!harap aku terpilih!

p/s : follow la mana-mana laman komuniti online YAB Perdana Menteri di twitter, facebook atau subscribe rss 1 Malaysia.com!


1Malaysia Menjana Trasformasi

13 Sebenarnya, apa yang aku mahukan dari blogging ni?

Salam. Ini update ringkas sebab aku dah merenung diri ini dan blog aku. Kesudahannya, aku mengambil keputusan untuk menjadikan blog sebagai catatatan harian aku yang perlu kelihatan hebat, mantap, cantik dan berisi. Tapi isi itu lebih kepada apa yang sebenarnya aku gemarkan. Bukan lagi motif berblogging kepada duit dari Nuffnang semata. Aku akan cerita apa yang sebenarnya aku nakkan dalam blog ni. Jangan tanya aku kenapa aku tak kejar duit dah.

Kalau masih ada rezeki dari Nuffnang atau dari mana sekalipun, aku tetap terima dengan hati terbuka. Kalau pun aku tulis tips, info blogging, itu merupakan entri hobi aku. Cinta aku dekat blog ni kadang-kadang membuatkan aku lebih gemar untuk cerita apa yang sebetulnya aku nak. Kalau bermain keywords sekalipun, itu adalah suka-suka.

Lama dah aku fikir pasal blog ni. Sebab satunya, kawan-kawan baik aku lebih suka kalau blog ni ditulis macam dulu-dulu. Maksud dulu-dulu ialah waktu aku memang bodoh dna jahil tentang blog! Waktu aku tak kenal apa itu SEO, apa itu SERP, apa itu traffik. Kadang-kadang bagus juga kalau kita kembali kepada asal. 


p/s : aku akan lebih kepada blog personal aku.cari la!

1 Kutipan pingat Sukan Komanwel India 2010 (01)

Salam semua. Nak cakap sedih pun ye, gembira pun ye! Ye la, Chef De Mission cakap sukan kali ni kita aim 10 pingat emas je! Oh, sikit betul! Tapi nak aim banyak-banyak pun tak guna, nanti orang cakap kita mendongak langit! Poyo nak aim beratus-ratus pingat emas, tapi hampeh bawak 2, 3 ketul balik Malaysia!


So, setakat tengah hari tadi, Malaysia tempat ke 4 dengan 1 emas menerusi acara angkat berat 56kg! Kejayaan sama di Komanwel Melbourne! Tahniah! Hari ni, sasarannya 1 lagi emas menerusi Rizal Tisin! So, kita tunggu dan lihat!


Acara lain yang menampakkan kilauan emas ialah dari Squasy - Datuk Nicol, Bandminton - Datuk Lee Chong Wei, KK & TBH! Selain tu, lawn bowl, bowling, Azizul Hasni, memanah, Gimnastik dan lain-lain lagi. So, harap-harap lepas la 10 emas sasaran tu! Adios!

p/s : liputan dari saya ini akan menjadi bersiri!nantikan update seterusnya!

3 Kalau dah namanya kawan baik, memang indah lepak bersama!

Malam ni aku lepak dengan kawan-kawan baik aku time sekolah rendah dulu! Dia orang ni masih setia dengan aku! Setia dengar masalah aku dan mereka sedia maklum dengan keadaan serta situasi aku! Aku rasa selesa sangat! Semua cerita keluar! Maklum la, lama tak jumpa! Aku kan study kat Melbourk! Hahahaha. Okay, sambung borak la! 


p/s : lebih indah kalau blog ni lebih menceritakan perihal hidup aku. Kan namanya personal blog!hahahaha

3 Siapa mahu belanja tiket final ATP Kuala Lumpur?

Whoa. Salam semua. Mostly kawan-kawan rapat aku memang sedia maklum bagaimana kecenderungan aku terhadapa tennis! Aku sanggup masuk tidur awal kul 8 malam then bangun tengah malam semata-mata nak tengok tennis sampai pagi! Tak kesah la ujian ke, exam ke.. Kalau aku tension, sure-sure aku cari court tennis dan main sampai puas!


Masalah sekarang ni, aku tension sebab aku nak tengok final tennis ATP Kuala Lumpur kat stadium Putra Bukit Jalil Ahad ni! Tolong la! Some one yang baik hati, belanja tiket ni untuk hadiah birthday present aku! Nak sangat tengok live final betul-betul depan mata aksi tennis peringkat antarabangsa! Kalau sudi, private message me via email, twitter or facebook ye! Tak pun sesiapa yang ada tiket, tapi tak tahu nak ajak sapa, ataupun tak nak pergi! Bagi la kat aku!

P/s : muka sangat berharap sekarang ni!

12 Mari belajar buat blockquote cantik-cantik - tutorial ni!

saya mengerti kalau semua yang berlaku ini adalah ujian yang getir dan memeritkan. tapi, kena ia begitu memeritkan sehingga aku kadang-kadang tak mampu mengharunginya!

Nampak quote kat atas tu? Nak kata cantik, biasa je kan. Tapi kalau korang terus baca tutorial ni. Korang akan ubah blockquote korang yang putih bersih dan suci tu bertukar menjadi warna warni! Sehebat pelangi! Mari teruskan dengan pembelajaran kita hari ni ye!

Perkara pertama yang perlu dibuat ialah sila ikut arahan dan jangan memandai nak gatai tangan ubah tang tu, tang ni, tang depan, tan belakang! Just ikut arahan ni ye kawan-kawan!

  1. Log in blogger!
  2. Sila click design, diiukuti button edit hmtl.
  3. Selepas itu korang akan nampak satu skrip html yang memeningkan! Jangan panik! 
  4. Seterusnya ialah cari button tick "expand widget templates" 
Kebahagian yang lebih rumit ye kawan-kawan! Sekarang, dengan perasaan yang yakin, sila copy code dibawah ini dan seterusnya tekan ctrl+f. Masukkan code dibawah ini yang telah anda copy sebentar tadi!

]]></b:skin>

Selepas itu  masukkan pulak code dibawah ini diatas code yang korang dah cari tadi! Senang je! Letak betul-betul dekat bahagian atas code ]]></b:skin>

     blockquote {
    margin: 10px 10px 10px 20px;
    padding: 10px 15px 10px 15px;
    line-height: 1.6em;
    color: #000000;

    background: #e0ffff;

    border: 2px solid #4aa02c;
    border-left: 20px solid #4aa02c
    }

Dah selesai tu, korang boleh ubah warna font, warna borde, background ke ikut suka hati korang la nak ubah macam mana. Boleh refer sini untuk code warna yang menarik dan menawan! Untuk ubah warna font, background dan border, sila ikut petunjuk dibawah ini!

color: #000000; -> warna teks dalam kotak.
background: #e0ffff; -> warna background kotak.
border: 2px solid #4aa02c; -> warna border

Selamat mencuba, ada masalah sila hantarkan pertanyaan anda di formspring, facebook, atau twitter! Good luck!

*follow hakimfaridzul via twitter @hakimfaridzul*

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets