9 Kurang entri, aku tak menghilang lagi.

Salam semua. Ramai jugak sahabat dan readers yang tertanya-tanya aku kemana? Menghilang? Ada masalah ke sampai tak update blog? Kenapa senyap je cuti ni? Kenapa jarang online facebook. Kenapa itu. Kenapa ini. Terima kasih sebab concern. Lately ni, aku malas nak update blog sebab aku tengah memikirkan untuk buat niche blog. Mungkin 1, 2 atau 3 niche sahaja. Aku baca post-post Ariffshah dulu. Dia ada cakap apa bagusnya buat blog yang ada satu atau 2 atau 3 tema penceritaan yang utama.


Kan bagus. Boleh fokus betul-betul kat area penulisan sebegitu rupa. Tak perlu nak kecamukkan idea dan blog. Sebab readers pening nanti. Itu pendapat aku. Cuti kali ni memang aku diam sikit. Diam dari dunia online. Lebih banyak memerhati orang sekeliling di internet. Membaca, memerhati dan memahami. 

Cuti kali ni jugak aku lebih manfaatkan untuk memahami blog. Banyak e-book tentang blog, niche, script, xhtml dan banyak la. Susah nak faham sebab aku berdiskusi sendiri. Tak de teman yang betul-betul minat blog. :( So, aku cuba absorb apa yang aku boleh faham. So far aku dah boleh betul-betul explain dan faham basic blogging. Semua dah dalam tangan. Alhamdulillah. 

Aku nak try buat template betul-betul aku buat sendiri. Bukan ambil yang sedia ada dan renovate. Nak master benda-benda macam ni. Baru senang. Tak perlu nak mengharap kat orang lain untuk membantu sebab kadang-kadang, orang akan naik menyampah kalau kita selalu minta pertolongan. Usaha kena ada.


So, aku tak rajin update blog bukan sebab ada yang ganggu atau ada yang membuatkan aku untuk kurangkan entri. tapi lebih kepada aku tumpukan pada pembelajaran dan pemaham tentang blog. :) Nak jugak jadi master!

p/s : mudah-mudahan semua yang aku belajar dan faham ni betul dan berguna untuk aku dan korang semua!

4 Nuffnang kini ke China! Luas pengaruh untuk rantau Asia!

Salam semua. Mengkhabarkan berita gembira kepada rakyat tembok besar China yang Nuffnang sudah menapak di China. Dengan umat manusia yang ramai, aku rasa sambutan memang akan superb ramainya! Sedikit screnshot dari web Nuffnang China!


Semakin berjaya Nuffnang! Kita tunggu selepas ni Nuffnang nak kemana pulak ye! Kalau dulu hanya di Malaysia, Singapura, Filipina, Australia, kini Nuffnang sudah bertapak di China. Syabas diucapkan!

6 Nama kau dolah, tetek kau sebelah.

Salam semua. Lama aku tak update blog. Disebabkan banyak urusan yang penting yang aku perlu untuk dahulukan. Antaranya Screening Movie Skyline! Nak review dari aku? Nanti aku buat autopost ye. Betul cakap ramai blogger yang datang malam tu, popcorn nya sedap! Aku habis makan okay! Aku nampak ramai blogger tapi tu la, disebabkan aku jarang join aktiviti Nuffnang, so aku diam sebab takut salah orang! Aku dok main teka-teka siapa blogger tu dengan kakak aku! Hahahahaha

Antara yang aku nampak ialah Redlinda, AnakPerak, Si Ultromen terbang tinggi-tinggi, lilyputih, deydeck, hurm...sape lagi ntah! Hahahahaha. Aku kenal macam tu je. Tak bertegur pun kecuali dengan Ciklilyputih.

******************************************
Lately ni, aku selaly pergi sekolah dok ambik adik aku balik sekolah. Hantar ambik dah macam aku punya tugas. Kadang-kadang tu, aku okay je, kalau time aku busy ke, nak jumpa kawan ke, aku buat dunni je! Ko naik la basikal! Sekolah belakang rumah je kot! So, aku selalu amati budak-budak sekolah sebab aku rindu hidup sekolah rendah!

Ejek-ejek tu dah macam biasa! Rutin harian! Dulu masa sekolah boleh siap cakap esok sambung la ejek-ejek!hahahaha. Kalau dah gadoh lepastu siap ada lagu!

Kalau tak nak kawan sudah,
nama mu dolah, 
tetek mu sebelah!

What the hell, mana la relation si dolah dengan tetek sebelah! hahahaha. Aku memang suka dok main ejek-ejek ni! Nama bapak, nama emak, atuk, nenek semua memang keluar habis! Sebab tu masa sekolah rendah, aku memang kenal betul nama bapak atok nenek kawan-kawan aku! Kalau cikgu tanya dia tu anak sape, cepat je aku jawab dia tu anak si polan-polan! 

Kan berguna gak tu! hahahaha. Ala, korang jangan dok nak cakap aku jahat ke apa, korang pun sama gak! Ye tak, tu kan gurau-gurau manja budak-budak sekolah rendah! hahaha Entah-entah korang lagi hebat!


p.s: rindu betul nak bawak beg besar, baju kemeja putih, seluar biru tua dan kayuh basikal pagi2 pergi sekolah!

7 Free Screening Movie Ticket from Nuffnang lagi!

Salam. Alahi indahnya cuti kali ni. Hari tu dah dapat invitation dari Perdana Menteri untuk makan malam bersama, kali ni dapat tiket wayang percuma dari Nuffnang! Cerita Skyline yang akan ditayangkan pada 12 November ni dipawagam seluruh negara. Tapi aku dapat tengok time 10 November! Awal tu beb! Kalau dulu aku dapat tiket screening movie untuk cerita The Descent two dan lagi satu yg aku tak dapat pergi tu. 

erk, siap ada tema kau!cat2 muka lagi!

Ramai kawan-kawan aku yang baru berjinak dengan Nuffnang masih bertanya dan kurang pasti kenapa aku boleh dapat tiket tu percuma je. Kunci katanya ialah rajin-rajin tengok website Nuffnang! Yang home page! Kat situ akan dipaparkan segala contest dan berita terkini Nuffnang!

Nak menang? Mudah dan perlukan sedikit luck! Korang kena jadi creative je! just tulis beberapa perkataan yang crative dan menang! Contoh, masa aku nak dapat tiket skyline ni, pihak Nuffnang suruh kita bg jawapan untuk soalan ini : 

“How Would You Defend Earth from Alien Invasion” in not more than 15 words.

Aku bagi jawapan : 



Amacam jawapan aku? Macam orang tak de otak punya jawapan kan? Hahahahaha. Kena jadi creative la. Jawap je apa yang korang rasa korang boleh bagi sehabis kreatif! Apa tunggu lagi, pergi home page Nuffnang dan mula kerja kreatif korang semua. Ada kontest Screening Rapunzel si rambut emas panjang mengurai tu yang menawarkan hadiah perfume Nina Ricci dan Nintendo Wii. 

Jangan lupa jugak, Nuffnang dah ada baby baru iaitu Chur-Chup! Boleh jana duit jugak! Nantikan post seterusnya tentang Churp-churp dan juga Rapunzel rambut emas panjang mengurai~hiksss

p.s : layan trailer movie Skyline ni jap! Macam best giler! siapa-siapa yang dapat invitation ni sila bagi tau aku.boleh berjumpa nanti!

3 Penangguhan makan malam bersama YAB Perdana Menteri dan rakan online.


p.s : aku harap PM kita sembuh cepat! Bagus juga ditunda sebab memang orang datang nak jumpa dia pun! wait for another dinner! yeah!

8 Tutorial membuat headline news untuk blogspot.

Whoa. Salam semua. Dah lama tak buat entri tutorial atau entri membina blog bersama-sama. Dulu kawan baik aku ada request suruh buat tutorial letak "like" fb. Tapi sampai la ni, aku tak buat. Btw, dia dah buat sendiri pun! Syabas! Hak3

So, hari ni aku nak ajak korang buat headline macam kat blog aku ni! Boleh letak kat celah bawah "bottom" atau letak ka celah atas "top". Tak tahu apa itu headline? mari aku snap sikit gambar! :


Sudah tahu? Mari teruskan pembelajaran hari ni! So, ikut langkah dibawah dengan berhatihati supaya tidak tersilap langkah!

  1. Log in account Blogger korang, pilih "Layout" - "Page Elements",
  2. Klik "Add a Gadget" dan pilih "HTML/JavaScript",
  3. Tak yah nak mengada letak tajuk itu ini, biarkan kosong je, kemudian copy-paste kode di bawah ini:

<script type="text/javascript">
 var hn_url_blog = "http://BLOGKAMU.blogspot.com";
 var hn_jumlah_post = 5;
 var hn_warna_latar = "#EEEEEE";
 var hn_warna_garis = "#000000";
 var hn_posisi = "top";
 var hn_tampilkan_judul = true;
 var hn_backlink = true;
</script>
<script src="http://copycat91.googlecode.com/svn/trunk/headlinenews.js">
</script>

Kat bawah ni pulak ialah penjelasan yang korang perlu ubah ikut kesesuain headline yg korang nak:

  • hn_url_blog adalah URL blog korang sendiri.
  • hn_jumlah_post adalah jumlah tajuk post yang korang nak keluarkan kat headline news.
  • hn_warna_latar adalah kode warna untuk latar belakang headline news. (code warna)
  • hn_warna_garis adalah kode warna untuk garis bingkai/border headline news. (code warna)
  • hn_posisi ini untuk nak letak kat bawah atau atas headline news kamu kalau atas ("top") kalau nak letak kat bawah ("bottom"),
yang lagi dua tu aku rasa tak yah la korang nak ubah apa-apa. Simple je benda ni! Tak perlu korang nak susah-susah butakan mata cari satu-satu code kat html tu kan? Simple. Selamat mencuba!


kredit kepada : http://infotentangblog.blogspot.com

5 Gambar menghina YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib oleh Mamak Umno

Whoa. Salam semua. Diam tanpa update. Biasalah. Hidup bujang. Kadar pasang surut tu ada. So, Jumaat ni tak sabar nak pergi Majlis Makan Malam dengan YAB Perdana Menteri. Tapi aku ada dengar-dengar yang pm kena Chicken Pox. Betul ke? Harap-harap jumpa la dia nanti. So, ini dia. Sila lihat gambar dibawah :


Aku ni bukan suka sangat berpolitik. Tapi aku suka mengambil tahu isu politik yang berlaku. Aku ni budak bawah umur, masih belum lagi boleh mengundi. So, ini bukan entri politik semata. Aku pergi blog exception dan jumpa entri ini. Terus tertarik untuk menulis. Aku tak faham kenapa perlu diubah suai gambar ini. Motif? Saja nak tunjuk bakat guna photoshop? Nak tunjuk bakat yang kau juga pandai mengedit gambar? Sigh~

Ini kan Perdana Menteri kita. Kenapa la perlu dibuat sebegitu rupa. Aku tak mau cakap banyak-banyak sebab aku rasa tindakan ini kanak-kanak sangat dan YAB PM pun tak heran la. Hak3. Setakat gambar edit. Tapi hakikatnya, beragak la! Ni kan Perdana Menteri. Kau nak edit, edit la.. Tapi perlu kah di upload untuk tatapan umum?

Manusia ni, kadang-kadang makin tua, makin menggila dia punya perangai. Bab edit-edit gambar, remeh la~ Banyak lagi perlu diurusin~hahahahaha

p/s : mamak umno, aku rasa kau perlu minta maaf la..apa da, perangai macam budak tak cukup umur. buat malu jak!hahahaha

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets