1 Na Li melangkah ke Final Grand Slam tennis pertama dalam sejarah Asia!


Salam semua. Na Li berjaya menjadi wanita pertama Asia untuk melangkah ke Final Grand Slam Australian Open! Berbekalkan prestasi hebat tahun lepas setelah berjaya melangkah ke semi-final, Na Li berjaya menumbangkan pemain no 1 dunia, Caroline Wozniacki dengan kemenangan 3-6, 7-5 dan 6-3!!!

Tahun lepas Li Na beraksi sehingga separuh akhir

Final nanti, Na Li akan menentang sama ada lawan iaitu Clijsters atau Zvonareva! Aku bet, finals akan pertemukan Na Li dengan Clijsters! No doubt yang Clijsters tu memang hebat, tapi dengan prestasi terbaik Na Li setakat ni, aku target dia boleh menang Grand Slam pertama! Pemain Asia pertama tu! Gempak weyh! So, aku sokong habis-habisan Na Li!!!

Gambar latest Li Na menentang Wozniacki

Untuk Wozniacki, aku memang tak boleh nak cakap apa la, bukan rezeki dia untuk menang Grand Slam pertama even dia dah bekerja keras sangat-sangat untuk itu. Aku akui memang dia hebat! Backhand dia memang superb. Kekalahan dia mungkin ada kaitan dengan pertukaran racket yang dia guna, sebab before ni dia guna racket Babolat.. Apa pun, dia berjaya kekalkan ranking no 1 dunia tu buat masa ni!

profile Na Li, dah berumur dah dia ni, tapi masi ummphhh!

p/s : tak sabar nak balik tengok final! tadi dengar and tengok live score je! :) gembira hari ni! feeling lebih!

4 Kerana itu aku masih mampu untuk rasa bahagia walaupun kadang-kadang duduk dalam derita.

Salam semua. Sedia maklum, yang blog aku ni bukan hanya blog info atau gosip artis berbikini mahupun blog SEO semata. Aku pernah cakap yang blog ni juga merupakan blog personal dimana tak satu, dua atau tiga mesti akan ada enti personal untuk aku catat dan terjemah.

******************************************************************


Aku rasa yang minggu sebelum ni dan minggu-minggu akan datang takkan sama dah. Totally change. Betul cakap orang keliling, sampai bila kau nak macam tu. Sampai bila kau perlu tunggu andai itu yang pasti kau tak mampu miliki. Mungkin entri ni ada banyak ayat bunga-bunga. Maklumla, aku gemar dengan penulisan novel. Kira, aku pun sebenarnya sudah punya beberapa helaian catatan yang aku rasa seakan novel. Asbab, penuh drama dan babak yang aku sendiri tak pernah jangka, dunia realitis sudah jadi saksi untuk semua itu.


Kata orang, kita hidup ni kena betul-betul merancang, tapi bukan ke kalau kita membiarkan kehidupan ini terjadi dengan sendirinya lebih mengujakan. Maksud aku dari segi keadaan kehidupan itu berlaku. Benda-benda yang kita tak jangka. Bukan itu yang lebih bererti dan indah? Aku akui, aku terlalu merancang kehidupan ni. Sampai satu tahap, aku tak mampu dah nak rancang. Cuma kini aku ikut je aliran yg entah kemana bawa aku ke akhirnya nanti.

Dalam diam, aku bukan tak peduli dengan sekeliling. Cuma barangkali, aku lebih suka memerhati. Sebab aku memerhati bukan memerhati kosong. Sebab kalau aku tak memerhati, ayat aku laju je meluncur sampai nanti ada hati yang mati. Baik aku diam, beri ekspresi dan bereksperimentasi! Nice kan? Sudah la, aku penat dengan kehidupan akhir-akhir ni. Banyak sangat benda-benda mengujakan berlaku depan mata sampai aku terkebil tak terkata! Layu tak bersuara...

p/s : barangkali asbab aku terlalu sunyi belakangan ini. :)

14 Laman sosial 1Malaysia.com baru dilancarkan kepada umum.

Salam semua. Laman sosial 1Malaysia.com sudah dilancarkan kepada umum. Dengan fungsi yang mudah dan pelbagai, anda kini mampu mengetepikan Facebook dan terus menggunakan 1Malaysia.com. Kini ia merupakan sebuah laman jaringan sosial khususya rakyat Malaysia! Mudah dan ringkas! Lebih tepat jika aku boleh katakan sama tidak banyak bezanya berbanding Facebook. Cuma ini mungkin buatan Malaysia! Hahahahaha. Sedikit screen shot dari 1Malaysia.com.

1Malaysia.com untuk rakyat Malaysia

Sedikit info tambahan dari sumber amanz.my :

Laman 1Malaysia.com sebelum ini merupakan salah satu blog, yang membincangkan pasal Malaysia, namun begitu, pemiliknya telah mengubah konsep dan segalanya pada laman tersebut kepada konsep laman sosial. Dalam tempoh kurang sehari dilancarkan, lebih daripada 113 orang pengguna telah berdaftar (sehingga artikel ini ditulis), dan angka tersebut meningkat dengan amat pantas sekali.
1Malaysia.com turut sama membawakan pelbagai fungsi sosial, daripada fungsi blog, forum, acara, video dan banyak lagi diintegrasikan bersama padanya. Penggunaan nama domain 1Malaysia.com juga dijangka akan berjaya menarik minat ramai pengguna, selain memudahkan mereka mengingatinya memandangkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Mohd Najib menggunakan domain seumpamanya, iaitu 1Malaysia.com.my.]

Boleh ke sini untuk mendaftar 1Malaysia.com! Selamat mencuba kawan-kawan! Jom kita pakat ajak rakyat Malaysia semua tinggalkan Facebook dan beralih kepada 1Malaysia.com! Dahulukan barangan dan laman web buatan Malaysia beb! Hahahahahaha

4 Pemain bola sepak terbaik dunia 2010 milik Messi.

Salam semua. Beberapa hari lepas, kawan aku ada message tanya siapa kau rasa pemain bola sepak  terbaik dunia 2010? Aku yang blur-blur sebab tengah tidur terus tak reply message tu memandangkan aku penat bersukan. So, pagi ni bukak Berita Harian, oh ye, Messi dapat anugerah itu untuk kali kedua berturut-turut! Tahniah! Berita selanjut petikan Berita Harian:

pemain terbaik dunia 2010

ZURICH: Prestasi cemerlang Lionel Messi untuk Barcelona mengatasi kehampaan Piala Dunia, sekali gus memastikan penyerang Argentina dinamakan sebagai pemain terbaik dunia 2010.

Messi memenangi anugerah FIFA itu untuk tahun kedua berturut-turut, mengatasi rakan sepasukan di Barcelona, Andres Iniesta dan Xavi Hernandez.
"Ia adalah hari istimewa untuk saya," kata Messi menerusi jurubahasa ketika menerima anugerah itu di sini.
Pemain berusia 23 tahun itu meraih 58 gol tahun lalu untuk Barcelona yang mengekalkan gelaran liga Sepanyol dan mendahului pada musim ini.

Namun, Messi gagal menjaringkan gol di Afrika Selatan ketika Argentina tersingkir di peringkat suku akhir. Sebagai perbandingan, Iniesta dan Xavi pula beraksi untuk Sepanyol yang menjadi juara Piala Dunia. - AP 


14 Fasha Sandha minta maaf dan mengaku kesalahan beliau. (Gambar) Fasha Sandha Berbikini di Bali Indonesia.

Salam semua. Semalam kecoh disebabkan gambar Fasha Sandha berbikini bersama pario hijau menyabut awal tahun di Bali, Indonesia. Dan semalam juga kenyataan mohon maaf dari Fasha Sandha sendiri muncul di FB beliau. Beliau mengakui kesalahan dan kekhilafan beliau itu. Bagus sebab dia mengaku bukan mengelak atau memberikan respond berdolak dalik! 



Memang sebagai masyarakat timur dan melayu serta islam, kita memandang serius perkara ini. Tapi kena ingat, bukan Fasha Sandha sahaja yang begini. Ada ramai lagi. Cuma perbezaannya, dia ni artis+selebriti. So, apa yang dia buat memang orang akan cakap dan perhati. Itu memang tak boleh dinafikan. Kalau kau bukan artis, bukan orang terkenal, ada orang kesah? Tak de kan? So, ini memang lumrah manusia, kesalahan itu memang biasa. Yang berbeza ialah, kita mengaku kesalahan dan memohon maaf atau selamba badak je!

Berikut merupakan kenyataan maaf dari Fasha Sandha :

melalui FB beliau~



Bagus tindakan Fasha ni. Terus mengaku salah dan memohon maaf. Bukan macam sesetengah artis, berdolak-dalik, kata super impose la, bukan gambar dia la, itu la, ini la... Apa yang anda fikirkan? 

p/s : nak seksi-seksi pun, biarlah jauh-jauh sikit, setakat kat Indon, ramai orang boleh hidu!
:)

50 (Gambar) Fasha Sandha Berbikini di Bali Indonesia.

Salam. Kawan aku cakap gambar Fasha Sandha berbikini merupakan topik hangat pagi ni dekat Surat Khabar Kosmo. So, ini gambar hangat (berbikini) itu dan berita Fasha Sandha berbikini sambut new year di Bali Indonesia.

Gambar Fasha Sandha Berbikini di Bali Indonesia







sumber juga dari zonartis.com
Berita dari KOSMO :

KUALA LUMPUR - Pelakon Fasha Sandha memulakan tahun 2011 dengan kontroversi apabila gambarnya memakai bikini ketika bercuti di Bali, Indonesia sempena sambutan tahun baru tersebar di Internet.
Sebanyak enam keping gambar percutiannya tersebar dengan empat daripadanya menampilkan Fasha hanya memakai bikini dengan menyarungkan pario berwarna hijau muda.
Difahamkan Fasha bercuti bersama beberapa rakan wanitanya di pulau peranginan tersohor itu sempena sambutan tahun baru selama beberapa hari.
Bagaimanapun, Fasha ketika dihubungi Kosmo! semalam enggan memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut dan hanya menjawab melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
p/s : apa anda fikirkan???

10 Lirik lagu Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku. Juara AJL 25. Free Download lagu.

Salam semua. Lirik lagu Ana Raffali - Tolong Ingatkan aku sebagai Juara AJL (Anugerah Juara Lagu) ke-25 malam ni! Aku masih lagi speechless sebab memang shock lagu ni memang! Tapi, lirik lagu ni memang puitis! Dia punya melodi pun sedap! So masih boleh terima logik akal sebab lagu ni juara AJL 25! Tahniah Ana Raffali!

Ana Raffali -Tolong Ingatkan Aku
Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Boleh download lagu disini (sini)

6 One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race

Salam semua. Pertama sekali jangan tanya aku kenapa nama event ni Om Nom Nom Race! Sila tanya Maxis atau Nuffnang ye! Pada pendapat aku, aku rasa Om Nom Nom Race ni maksudnya Perlumbaan Jalan Makan Makan! Kiranya korang ala-ala macam masuk Amazing Race tapi ini lebih kepada tugasan merasa makanan di gerai atau restoran terpilih! 


So, Nuffnang tanya kenapa aku teruja masuk Om Nom Nom race ni! Jawapannya ialah :

1) Aku pencinta makanan! Tak kira yang masam, manis, pedas, kelat, pedas dan tasteless! Kecuali basi je aku tolak tepi! Hangit pun aku bedal! Yang lain semua dah selamat dalam perut! *urghhh*

2) Aku cukup fit untuk berlari-lari sambil menelan makanan secara serentak! Disebabkan aku budak sport, so, aku rasa aku ada talent untuk makan dan berlari tanpa mengah dan muntah! *bluwek*

3) Dah lama aku tak join event Nuffnang selain dari Gatsby dan screening-screening movie dulu tu! Gian nak jumpa blogger-blogger yang lain! Inilah masanya menunjukkan muka yang mula dikenali! *perasan lebih weyh*

4) Hasrat hati aku yang pernah simpan impian untuk join Amazing Race Asia dulu, tapi kena tolak sebab time tu faktor usia dan kalau terpilih perlu bercuti panjang lebih kurang 4 bulan macam tu! So, inilah masanya menebus impian sempena tahun baru 2011!

5) Nak gak merasa terbang ke Hong Kong bersama rakan-rakan di hotel bertaraf 5 bintang!!! Memang impian dah pasang untuk menang dan future berjoli sakan! *semangat berkobar* cepit boleh!


6) Sebab aku masih setia dengan Maxis dan akan terus setia hingga keakhirnya!


Yang bagusnya juga, aku teruja sebab selain perlumbaan makan ni atau Om Nom Nom Race nama officialnya, aku teruja nak rasa canggihnya i-phone 4 yang menjadi kegilaan sedunia tu! Dengan applikasi yang perlu digunakan iaitu Finder301, I-Phone 4 dan Maxis Broadband yang diberikan untuk perlumbaan ini sememangnya buat aku teruja lebih! *meleleh air liur type ni*slurrrpppp*

application finder301 yang dengar khabarnya bagus dan hebat! *tak sabar nak cuba*

Kenapa aku cakap aku meleleh air liur masa type entri ni? Sebab hadiah yang ditawarkan memang cuku-cukup lumayan beb! Gua cakap, lu memang akan terbeliak bijik mata! Silap-silap, terkeluar terus bijik mata tu! Hadiah berupa :

There are 2 main prizes to be won. The 2 teams who earn the most points will win the following:
1st Prize: A trip to Hong Kong 3 days 2 nights with 5-star accommodation (for the winning team members of 4 pax) worth RM10,000- (And also 1 free smartphone each)
2nd Prize: 4 x free smartphone – 1 per winning member.
All 60 participants will be rewarded with Maxis goodie bags.

Hebat bukan? Teruja? Kalau betul aku terpilih untuk menjadi salah satu dari 60 blogger bertuah ini, aku rasa badan aku cukup elok untuk baju bersize M! Encik Nuffnang, dengar ye, size M! Dan kalau aku nak berkumpulan dengan lagi 3 orang. Aku rasa aku nak teammate dengan 

Aku main petik je diaorang ni! Sebab so far, apa yang aku kenal mereka ni, aku teruja nak berjumpa dengan yang dua tu! Hans dan Nas! Mana tahu, rezeki kali pertama masuk perlumbaan terus menang! So, pilih la saya encik Nuffnang!

6 Datuk Misbun Sidek keluar dari BAM. Lee Chong Wei pun ikut sama (isu)

Salam semua. Isu Datuk Misbun Sidek hendak keluar dari BAM memang jadi isu besar di surat khabar hari ni. Datuk Lee Chong Wei pun akan turut serta keluar? Itu kenyataan yang dibuat oleh Datuk Lee Chong Wei kepada media kerana beranggapan bahawa beliau akan turut serta jurulatihnya itu jika Datuk Misbun betul-betul mahu meninggalkan BAM. Kemana jurulatihnya akan pergi, beliau juga akan turut serta.

Datuk Misbun Sidek dan anak buahnya

Setelah banyak kejayaan yang dirai oleh Datuk Lee Chong Wei di peringkat antarabangsa, beliau amat berhutang budi kepada Datuk Misbun yang telah menjadi jurulatihnya. Kenyataan Datuk Misbun Sidek yang mengatakan ingin keluar dari BAM (Badminton Association of Malaysia) di sebabkan masalah dan konflik yang melanda persatuan itu. Apa konfliknya? 

Apakah yang berlaku sebenarnya? Bukankah Datuk Misbun telah berjaya menaikkan semula arena badminton negara? Telah berjaya melatih anak buahnya Datuk Lee Chong Wei hingga berjaya kini? Adakah disebabkan gaji? Latihan? Atau susunan semula struktur BAM yang baru yang dikatakan tidak disukai oleh Datuk Misbun Sidek?

BAM (Badminton Association of Malaysia)
Aku harap besok atau lusa, semua ini akan terjawab. Rata-rata semua orang menantikan apakah yang sebenarnya terjadi antara BAM - Datuk Misbun. Menjadi tanda tanya sehingga kini! Apa pandangan anda? Wajarkah Datuk Misbun keluar dari BAM? Adakah prospek emas (Datuk Lee Chong Wei) pada temasya Olimpik London akan terkubur begitu sahaja? Fikirkan!

12 Video Karam Singh Walia Hina Orang Melayu (Video)

Salam semua. Gempar hari ni sebab Video Karam Singh Walia. Video Karam Singh Walia dituduh atau memang sengaja atau secara tidak sengaja telah menghina orang Melayu melalui video yang telah dirakam oleh beberapa saksi di tempat kejadian. Video selama 4 minit 25 saat ni mamaparkan video karam singh walia yang dikelilingi oleh sekumpulan orang melayu. Saksikan video itu dibawah :


video Karam Singh Walia menghina orang Melayu?

Karam Singh Walia yang memang suka memberikan peribahasa MELAYU ketika laporan beliau.

Secara jujurnya, aku merasakan yang hakikatnya video yang memaparkan Karam Singh Walia menghina orang Melayu ini kurang betul. Mana kan tidak, bukankah dia yang sibuk mengangkat martabat peribahasa-peribahasa melayu apabila melaporkan berita berkaitan alam sekitar. Selain itu, dalam video ini juga, kelihatan Karam Singh Walia mabuk atau mungkin kurang sedarkan diri kerana personalitinya di video ini kelihatan sangat berbeza.

Hakikatnya, aku sendiri kurang pasti kesahihan berita yang tersebar luas setakat ini. Aku masih ragu-ragu nak katakan yang Video Karam Singh Walia menghina orang Melayu ini benar betul dari pemikirannya untuk menghina atau tidak. Mungkin tak lama lagi keluar pula kenyataan akhbar dan video beliau memohon maaf. Atau??? Oh, nantikan sahaja! Fikirkan!

6 Check Result MUET End Year 2010 - Doa, harapan dan impian.

Salam semua. Hari ni memang penat sangat-sangat! Turun naik tangga, bukit, lurah, longkang semua aku redah. Aku harapkan hidup kat UiTM Shah Alam ni lagi better than Merbok, tapi so far yang aku boleh cakap ialah penat, mahal dan jauh! Tak nak cerita panjang pasal hal UiTM Shah Alam sebab aku nak bagi tahu korang semua pasal Result MUET End Year 2010 yang korang boleh check tak lama lagi. Mybe dalam sehari dua lagi.


Nak cakap aku teruja check result MUET ni, tak jugak. Sebab aku tak ambil semula pun MUET untuk kesekian kalinya. Letih dan penat! Aku tahu, ramai kawan-kawan aku masih lagi berharap dan berdoa agar MUET End Year 2010 hari tu dapat merealisasikan impian korang daftar masuk degree untuk Bachelor Legal Studies! Aku doa korang berjaya untuk MUET lepas. 

Aku faham, ramai yang masih berharap dalam hati. Siapa tak pasang impian untuk buat BLS? Siapa tak mau dengar anak dia belajar undang-undang? Siapa tak nak bergelar peguam kalau pada mulanya, memang itulah yang sepatutnya berlaku mengikut acuan yang sewajarnya. Betul? So, MUET kali ni memang aku berdoa banyak-banyak untuk kawan-kawan semua. Korang boleh punya!


Nak tanya kenapa aku tak re-seat MUET End Year ni? Tak perlu la aku jawab panjang lebar. Cuma aku nak cakap yang aku memang tak mampu untuk bawak LAW. Memang aku dah sedar kemampuan diri sendiri. All the best kawan-kawan! Dah tau result MUET nanti, share-share dengan aku!

6 Blog cepit berwajah baru, apa komen anda?

Salam semua. So, sempena tahun baru ni, blog aku yang dah usang ni pun nak tukar wajah baru gak. Blog cepit yang dahulunya berwarna hijau kini mungkin lebih kemas dan teratur dengan warna kelabu dan pink!


So, kini blog ni bermuka baru seperti yang korang nampak tadi! Terima kasih untuk Arkim (www.otakworks.net) kerana membantu banyak dalam urusan perpindahan wajah baru ni! So, harap dengan wajah baru ni, aku punya semangat yang lebih untuk berblog pada tahun 2011 ni!



12 Kalau semua orang ada entri ini, aku pun nak jugak!

Salam semua. Lebih seminggu aku tak hupdate blog. Sebab utama ialah aku dah masuk belajar semula setelah cuti tanpa kerja dan gaji selama lebih 2 bulan! Dan 2 bulan itu langsung tak produktif! Kosong semata. Celik mata pagi tadi terus aku cakap kat diri aku dah 20 tahun! Banyak benda perlu diubah dan berubah untuk hidup yang lebih bagus dari sebelumnya! Kita kena maju, kalau dulu dah bagus, sekarang perlu LEBIH bagus!

Nak cakap banyak pasal 2010, aku rasa ada beberapa perkara yang berlaku tanpa aku rancang dan aku atur! Semuanya secara spontan. Aku jatuh terduduk, gembira tak terkata dan macam-macam lagi. Sejujurnya banyak benda dalam tahun 2010 yang aku mahu cepat lupakan berbanding aku simpan untuk cerita kat anak cucu nanti.


Impian dan cita-cita masa 2010 so far alhamdulillah. Banyak yang berlaku mengikut perancangan aku. Degree, foundation, blog, money, friends. Syukur, semuanya mengikut apa yang aku nak. Alhamdulillah. Dalam banyak-banyak itu, aku paling suka sebab tahun 2010 lebih banyak memahamkan aku erti sahabat, teman dan kawan! Seronok kalau nak cerita bab kawan ni!

Sejujurnya, tahun 2011 aku belum punya impian tertentu. Setakat jam 11 malam ni, aku cuma harapkan yang tahun baru ni beri lebih kehebatan berbanding tahun 2010. Benda-benda yang berlaku pada tahun lepas aku harap sampai situ je. Tak de dah nak sambung siri untuk tahun 2011. Aku memang berdoa banyak agar benda-benda buruk tahun lepas berhenti setakat itu sahaja!

So, kira aku dah lengkapkan apa yang ramai blogger tulis hari ni! 

p/s : blogger-blogger di UiTM Shah Alam. Aku nak cakap hi hi! hahahahaha

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets