7 Aku harap kau mengerti maksud semua ini.

Shah Alam, Malaysia - Sydney, Australia

Sejak 2 minggu belakangan ni memang aku tak tau kenapa aku punya rasa rindu. Berat rindu tu. Rindu yang buat aku selalu terjaga dan terkenang, kalaulah masa boleh diputar. Soal rindu aku memang cukup sensitif. Mesti ada sesuatu kalau aku betul-betul rindu. 

***********************************************
Langit gelap. Suram. Macam tu juga apa yang aku rasa petang lembab ni. Lemah. Tak bermaya langsung. Ku tahan air yang bergenang. Luruh juga titik demi titik asbab, aku memang rindukan kau. Asbab aku pernah janji kat diri, yang aku akan hantar kau fly nanti! Asbab aku rasa kau istimewa walaupun ucap kata tak pernah ada. Asbab aku memang betul-betul rindukan kau. Percayalah!

Memang lepas kita tamat zaman persekolahan aku jarang nak bertegur sapa, bersua muka dengan kau. Sebab aku punya niat untuk tahan hati dari terus biar sayang itu hanyut. Sebab kita punya beza. Beza yang aku dan kau boleh fikir memang kita takkan sama. Beza sampai aku rasa memang itu punca penghalang. Beza yang buat aku makin jauh. Jauh untuk terus tak simpan rasa itu.

Aku dah jangka benda ni beberapa hari lalu. Tapi aku diam. Baru hari ni tergerak hati nak post wall kat facebook. Baru hari ni tergerak hati nak tanya khabar. Kenapalah aku lambat. Lambat sampai aku rasa menyesal. Menyesal sangat. Mungkin kau boleh cakap yang kau saja tak nak bagi tau kau pergi sebab kau tak suka farewell dan say bye-bye. Tapi aku suka. Aku nak. Aku nak untuk kau. Sebab jauh dalam hati aku, kau masih istimewa. Istimewa macam dulu.


Reply post kat wall memang buat aku rasa sedih yang amat. Sedih sampai aku tertunduk kejap. Sedih sampai aku tak tau dah nak cakap apa. Sedih. Dan kalau kau punya sedih yang sama. Aku bersyukur. Kalaulah...

Setahun sekali kau balik pun belum tentu aku jumpa kau. Aku berharap aku akan punya kudrat untuk terbang kesana nanti! Tunggu aku datang ye.

Untuk kau, selamat disana. Selamat semuanya. Belajar sungguh-sungguh. Aku tahu, kau akan berjaya. Kau hebat! Kau kecil dan kau hebat! Itu kau! Aku tak boleh nak tulis panjang disini asbab akan ada yang bertanya itu ini nanti. Cukup aku karangkan sedikit rasa hati. Jujurnya aku terkilan. Tapi dah itu keputusan kau kesana tanpa kata. Aku akur. Sebab itu aku kata, kalaulah masa boleh dipatah balik. Aku janji aku yang pertama di balai pelepasan!

-ia tetap sama meskipun waktu dan ketika berbeza dan berubah-percayala-


9 Ikhlas : kau satu dalam berjuta. Fakrul Roslan.

Sticky post 24 hours. Scroll down for new entry. (ada ke entry baru masalahnya) hahahahahaha

Selama hidup, dah ramai aku jumpa manusia yang boleh digelar kawan atau kenalan! Kalau nak dibilang kenalan yang aku jumpa memang tak terkira ramainya. Ntah dah berapa sekolah aku pergi, ntah dah berapa aktiviti aku sertai dan ntah berapa kali aku pernah panggil manusia itu kawan! Tapi ada beza kalau kamu gelar dia sahabat dan kawan! Ada beza yang kamu semua boleh nampak! Ada sempadan untuk kamu letak antara kawan dan sahabat.

Aku jarang nak up entry untuk ucap syabas dan tahniah atas kejayaan menakuk lagi satu angka dalam hidup! Berjaya tambah umur! Berjaya untuk hidup lagi satu tahun kehadapan. Berjaya untuk tempuh hidup lalu dan sekali lagi jumpa tarikh keramat dalam hidup! Oleh itu, entry ini memang ikhlas untuk anda Muhammad Fakkurullah Bin Roslan (910222-08-****) - http://www.fakrulroslan.blogspot.com/


Untuk Fakrul ;

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-20. Tahniah. Berjaya untuk kau takuk satu lagi angka. Seperti biasa ucapan yang tak pernah putus dari manusia yang lain ialah semoga panjang umur dan murah rezeki. Begitu juga aku. Insan biasa yang cuma anggap hubungan kawan antara kau dan aku luar biasa! Sahabat lebih tepat :)

Dalam perkenalan hampir 2 tahun ni, memang banyak benda yang aku nak ingat dari lupa. Banyak benda yang aku nak kenang dari buang. Banyak benda yang aku nak mengerti dari biar ia mati. Banyak tragedi gembira dari sengsara. Banyak adegan tertawa dari kecewa. Banyak hakikat ketenangan dari kesengsaraan. Banyak sampai aku akur yang aku bersyukur ada kau sebagai sahabat!

Masuk kali ni, memang zaman universiti aku kau ada, sebab kita roomate! Balik bilik muka kau, tengok bawah katil muka kau, pandang sebelah muka kau, dan memang muka kau juga kat sebelah meja study! Keluar karaoke muka kau, pergi lepak kat sana sini pun muka kau selalu juga ada. Bukak blog pun nampak url blog kau jugak!

Banyak cerita yang aku yakin dan aku cakap dalam diri tak rugi aku berkongsi dengan kau. Banyak peristiwa yang aku luah dan aku yakin aku tak silap meluahkan dengan sesiapa sebab aku berkongsi dengan kau. Banyak emosi yang aku lahirkan dan aku rasa aku zahirkan tepat pada orang yang mampu pujuk rajuk hati ni untuk terima apa yang dah jadi. Banyak masalah yang datang dan aku rasa dengan menjemput kau untuk sambut masalah tu, aku tak salah mengundang sesiapa.

Banyak-banyak dan memang banyak kalau nak aku tulis kat blog aku ni. Cuma setakat ini sebab makin lama aku nak tulis makin aku teringat esok kelas pukul 8.30 dan esok aku perlu submit jawapan soalan 27 buku akaun warna putih tu! Sekali lagi.

Selamat hari ulang tahun kelahiran. Semoga apa yang kau pernah impi dan mimpi berubah menjadi realiti! Dalam diri ni, aku bersyukur aku punya sahabat seperti kau Fakrul Roslan

"gambar bawah ialah sedikit gambaran sambutan hari kejadian kau di Tasik Shah Alam"









p/s : cari siapa dia Fakrul Roslan :) boleh kenal melalui blog beliau. Dia single dan available. Calon suami berbudi pekerti, penuh sifat kebapaan dan penyayang! 

12 Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) Gambar - Malam tayangan perdana Hantu Kak Limah Balik Rumah.

(Gambar) Sejak perasmian Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) hari tu. Memang semua event sejak belakangan ni buat dekat situ! Sehinggakan malam tadi, tayangan perdana Hantu Kak Limah Balik Rumah bersama Naib Canselor Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar malam semalam pun buat disitu! Merasa gak masuk dewan konvo yang baru menggantikan Dewan Seri Budiman yang dah lama digunakan tu. Cantik! Tersergam indah! Layan dulu gambar Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) UiTM.

 Bahagian Dalam Dewan Agong Tuanku Canselor 


 Sekitar Dalam Dewan Agong Tuanku Canselor

Muka teruja nak tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah!

Aku cuba browse kat internet lebih untuk dapatkan gambar luar, dalam dan depan Bangunan Dewan Agong Tuanku Canselor dan aku jumpa blog pelajar ini yang memang dah round habis satu dewan untuk ambil gambar! Gambar berikut aku kredit kepada http://rjrul.blogspot.com/ Layan gambar yang dia dah tangkap ni :

 Pentas Utama


Pandangan Sisi Dewan

 Bahagian Dalam Dewan

Bahagian Hadapan Dewan

Teruja habis kan dengan dewan baru ni! Bagus Naib Canselor kami ni! Ada juga masa diluangkan untuk bersama-sama pelajar menonton wayang! :) Page beliau pun dah hampir 31 ribu orang like! Beliau ni mudah didekati melalui Facebook! Segala comment, usul dan lain-lain cadangan memang akan segera di pantau dan di ambil tindakan. Syabar Dato'! Berjiwa pelajar! Bak kata Azwan Ali "Kau hado???? UiTM je ada. keh keh keh. Boleh like page beliau untuk berinteraksi! klik [ini]

0 Anuar Zain - Sedetik Lebih OST Filem Merong Mahawangsa.

Anuar Zain, lagu Sedetik Lebih ni merupakan official sound track untuk filem Merong Mahawangsa yang akan keluar tak lama lagi. Filem yang menelan belanja sekitar RM 8 juta dan di hasilkan oleh KRU Studious telah mengagumkan banyak pihak produksi luar negara yang tidak percaya dengan kos pembikinan filem tersebut yang dikatakan murah sedangkan mereka beranggapan filem tersebut seharusnya mencecah RM 105 juta untuk kos produksi.[sumber Utusan Malaysia] Tayangan pada 11 Mac 2011!!!!


Hikayat Merong Mahawangsa - KRU Studious Sdn. Bhd.

Layan Trailer Filem ni dan kamu semua boleh saksikan kehebatanya!


Layan dulu lirik lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain ni :

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
poster Hikayat Merong Mahawangsa
Boleh layan juga video klip Sedetik Lebih - Anuar Zain
p/s : Tak sabar nak menanti filem ni keluar! Mesti gempak! KRU studious selalu membawakan kelainan dalam filem mereka! Syabar 3 beradik! :)

1 Uzair Zain Live di Musa, G-3 Avenue K. Siapa Uzair Zain?

Masih ingat entri [ini] Encik Uzair Zain?. Aku menceritakan tentang seorang penulis yang kini aku boleh gelar dia sebagai seorang penyanyi! Uzair Zain. Yes! Malam solo dia hari tu aku tak punya kesempatan untuk datang biarpun dia memang mahu aku datang saksikan sendiri bakat dia! Maaf sebab tuntutan belajar aku dahulukan! Sooner or later insyaallah aku datang! So, sekali lagi dia anjurkan makan malam sambil mengalun anda dengan 20 lagu-lagu akustik di MUSA, G-3 Avenue K, 156 Jalan Ampang, 50560 Kuala Lumpur, Jumaat ini!

Uzair Zain

Kalau kamu semua pencinta live akustik, cerpen, novel dan sastera, aku boleh katakan anda harus pergi persembahan dia. Tak pun boleh kenal slow-slow dengan dia melalui blog dia [uzairzain.blogspot.com] Baca warkah dia dan reply kepada aku perspektif anda! 

Untuk Uzair : all the best bro! i will check again my timetable sebab takut malam tu ada match! i will confirm with u later! :)

3 Hosni Mubarak Letak Jawatan, Tinggalkan Kaherah Bersama Keluarga.

Akhirnya, Hosni Mubarak meletak jawatan dan akan meninggalkan Kaherah bersama keluarga. Alhamdulillah!



KAHERAH 12 Feb. – Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan jutaan rakyatnya apabila meletakkan jawatan yang diumumkan oleh naib presidennya, Omar Suleiman dalam televisyen negara itu malam tadi.
“Mengambil kira ketegangan yang berlaku, presiden mengambil keputusan meletak jawatannya sebagai presiden dan Majlis Tertinggi Tentera akan mengambilalih pentadbiran negara,” kata Omar ketika mengumumkannya dalam televisyen.
Jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tharir dan yang mengadakan tunjuk perasaan diseluruh negara bersorak dan menari kegembiraan sebaik Omar membuat pengumuman tersebut.

Mubarak, 82, yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.
Di Tunis, rakyat Tunisia turut berpesta meraikan perletakkan jawatan Mubarak selepas empat minggu mereka menggulingkan Zine El Abidine Ben Ali dari tampuk pemerintahan dengan menari dan membunyikan hon kenderaan sepanjang jalan.
Sebelum itu, satu sumber memberitahu AFP, setiausaha agung parti pemerintah Mesir, Parti Demokratik yang baru dilantik oleh Mubarak, Hossam Badrawi meletakkan jawatan.

1 Ops Piramid : Kos operasi sangat tinggi! Sila hargai!

Kos operasi Ops Piramid sangat tinggi! Itu memang kenyataan! Ops Piramid iaitu tindakan kerajaan Malaysia mengeluarkan sebilangan besar rakyat Malaysia keluar dari Mesir berikutan rakyat negara itu yang melakukan mogok dan perhimpunan serta tunjuk perasaan terhadap kepimpinan Hosni Mubarak sehingga mencetuskan keadaan tidak selamat. Oleh itu kerajaan telah melancarkan Ops Piramid untuk menyelamatkan rakyat Malaysia.

Ops Piramid

Sedia maklum bahawa perjalanan dari Mesir dan Kuala Lumpur bukanlah satu jarak yang dekat. Perjalanan menggunakan udara dan air memang memerlukan belanja yang cukup-cukup tinggi. Tiket kapal terbang, sewa tapak, bahan bakar, makanan, sukarelawan, pembantu dan sebagainya memang memerlukan belanja yang cukup besar. Oleh itu, silalah hargai usaha murni kerajaan untuk mengeluarkan pelajar dan rakyat kita disana!

Kenapa usaha-usaha begini disalah erti? Ada yang kata ini semua agenda politik semata-mata. Pelik tapi itulah keadaan dimana jika mata sudah dibutakan untuk menilai erti bantuan kepada rakyat dan kesediaan kerajaan membantu mereka ketika memerlukan pertolongan tanpa pilih kasih! 

Operasi Piramid

Lagi satu aku pelik betul dengan perangai ibu-bapa yang emosi gila-gila nih! Dah kata anak mereka akan dikeluarkan dulu dari Mesir dan ditempatkan sama ada di Kaherah atau Abu Dhabi, tapi tak faham gak! Marah-marah kat wiswa putra cakap itu ini. Fikir anak kau sorang ada kat Mesir untuk diselamatkan? Bersyukurlah sikit kerajaan dah bantu mengeluarkan anak anda semua dari Mesir! Bawak lah bersabar ye!

2 Follow blog ini untuk Update Informasi Pelajar Mesir! PERHATIAN untuk semua!

Kepada ibu bapa, rakan-rakan, saudara mara, jiran tetangga yang punya kenalan di Mesir sila follow blog ini untuk mengetahui informasi terkini pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir! Terima kasih kepada pelajar tahun tiga Universiti Mansoura, Nurul Nadia Md Zin yang mengambil inisiatif bersama rakan-rakannya membina laman blog ini.


3 Kalau nak berjaya, memang perlu korban dan usaha berganda!

Salam semua. Aku tak mendabik dada kalau ada kawan aku cakap "Hakim, kenapa blog jarang sangat update?". Aku cuma cakap aku kurang masa. Tapi hakikatnya, aku memang sedang berusaha keras untuk beberapa perkara. Cuma ye, kamu semua tidak nampak. Kalau kita nak berjaya, tak perlu nak tunjuk usaha gigih depan semua orang. Kita buat semua benda slow and steady tapi menjadi.


Kehidupan sekarang ni tak macam dulu. Ada something yang aku perlu buktikan! Ada someone yang perlu tahu bahawa aku mampu hidup! Aku mampu berdikari! Aku mampu berdiri tanpa dia sisi. Buang aku tak bermakna kau bunuh aku. Jangan salahkan takdir kalau kau yang melukis peta kehidupan sendiri! Tuhan dah tunjuk dah pembalasan sedikit demi sedikit kat kau!

Tapi tu la, sebab kau mendongak langit. Tak pernah nampak kejadian dulu. Tak pernah serik dengan kealpaan kau. Semua orang bodoh, semua orang salah. Aku memerhati untuk setiap ketika. Tak pernah doakan yang buruk untuk kau. Tapi sekurang-kurangnya aku selalu mendoakan kau agar kau diberi petunjuk sebelum kau jatuh terduduk!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets