6 Gambar Selepas Malapetaka Tsunami Jepun 2011.

Gambar-gambar ini dirakam selepas kejadian malapetaka tsunami Jepun 2011 yang meragut lebih 15,000 kematian setakat ini. Ambil ikhtibar bahawa semua yang ada boleh hilang dengan sekelip mata sahaja! Amati gambar ini dan renung, adakah anda sudah cukup bersyukur? Mereka yang terselamat terpaksa membina semula penempatan, ekonomi, sosial, keluarga dan sebagainya. Renungkan gambar dibawah.






















sumber dari boston.com

2 Part 2 - Nuffnang Sharing Session at Frames. Intipati perjumpaan!

Ingat lagi entry ini. Entri yang punyalah basi. Tapi masih aku ada hati nak sambung mengenangkan ada ilmu, idea, pengetahuan dan informasi yang aku nak kongsi sepanjang aku makan-makan dan berbual-bual di Nuffnang Sharing Session di Frames tempoh hari.

Ringkasnya, teycindy ada kongsi banyak tips dengan kami semua. Paling untung siapa yang duduk meja depan dia atau sebelah dengan dia! Dia sangat peramah! Gila-gila jugak! Banyak perkongsiaan yang aku kira menarik untuk aku cerita kat korang supaya korang semua jadi top blogger juga satu hari nanti macam mereka tu! Siap boleh declare diri sebagai fulltime blogger lagik! Pergh!


Antara perkara penting ialah (sila catat untuk tujuan rujukan)LOL:

  • Identiti blogger dan blog. Tak nak cakap panjang sebab aku kira blogger lebih mudah dikenali melalui identiti yang dia orang berjaya cipta berbanding blogger kosong macam aku ni yang tahu tulis itu ini tanpa ada identiti (aku masih samar-samar). Contoh : kalau cakap Hanis Zalikha orang akan terbayang entri yang memang sempoi but nice dikarang dan hidup entri tu! Kalau orang cakap ZackZukhairi, orang akan teringat video kartun beserta lagu menyayat hati! OMG (oh menari gila)!
  • Kualiti dan isi. Kalau nak readers melekat dengan korang, pastikan apa yang cuba di tayang sebagai tajuk setimpal dengan isi. Jujurnya, blog aku pun bukan lah penuh dengan kualiti, memang jauh sekali nak ada isi dan facts! Tapi, aku cuba untuk ke arah itu supaya readers tak tertipu dengan entri kita! Lama-lama readers bosan dan blah je dari blog kau! Kan dah sikit visitor! Contoh : kalau tajuk cakap "income blog RM1000", tapi kau tulis dalam tu rupanya kau hanya pasang impian dan angan-angan untuk itu. So, nanti readers akan cakap :hek elehhhhh~~~~ faham?
  • Template kasi cun. Nak tarik readers ni, macam nak tarik pelanggan masuk ke kedai makan! Ada ke orang nak masuk kedai makan yang penuh lalat, kerusi lintang pukang, sampah sana sini, kedai bau busuk? Korang pun tak nak! Macam tu lah persepsi readers jugak! Kalau blog korang menari templatenya, sure-sure readers tu akan rindu nak masuk lagi blog kau! Sebab dia kata, "eh, cantiknya blog dia" Tak pun, "eh, gila kentang la dia punya header! Setuju?
kredit kepada michleong.blogspot.com

3 ni dah cukup buat masa ni. Maaf, bukan aku tak nak berkongsi banyak. Cuma kekangan masa menghantui aku saat ini! Terkejar-kejar assignment, test dan banyak lagi benda... Ni kira aku curi masa sikit nak up entri ni. Takut langsung terlupa! Ada lagi yang aku nak kongsi! Tunggu ye! :)


17 Video Skandal Seks Anwar Ibrahim - Isu Seks Yang Tak Habis-Habis

(Video Skandal Seks Anwar Ibrahim). Salam semua, mungkin aku bukan orang yang ada hak untuk bercerita mengenai politik semata, namun aku ada suara yang aku rasa aku nak juga berkongsi apa yang aku rasa. Apa yang aku perhati dari dulu hingga sekarang. Aku rakyat Malaysia dan aku ada hak untuk mengajak anda semua berfikir dan merenung isu-isu yang semakin hari aku rasa semakin menjelekkan! Jujur!

Masih ingat bagaimana DS Chua Soi Lek turun dari kabinet disebabkan isu video seks? Bagaimana pula dengan isu Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik? Isu Saiful Bukhari yang belum nampak penghujungnya. Isu yang rata-ratanya orang politik kata "alah, ini ada sentimen politik, nak jatuhkan orang itu dan orang ini". Setuju?


Sebagai rakyat yang dipimpin oleh pemimpin, aku punya pendapat, kenapa isu-isu video seks ini kerap kali didengar untuk menjatuhkan orang lain. Apa sebab isu begini timbul? Jujurnya, aku sebagai rakyat ni sering tertanya-tanya, kenapa pemimpin yang seharusnya memimpin perlu ada dalam isu ini. Mana jati diri dan wajah diri yang perlu mereka cermin sebagai seorang pemimpin?

Dan kenapa, kalau anda tidak melakukan, terus sahaja tidak mengaku dan sedia bekerjasama dengan pihak yang berkenaan. Kenapa perlu lari, pusing cerita itu ini dan putar belit fakta sehingga rakyat hari ni dah bosan dengan aksi dan gelagat pemimpin kita! Jujurnya, aku rasa rakyat hari ni ikut je mana pemimpin yang memberi lebih contribution lebih kepada mereka. Bukan sebab mereka betul-betul percaya yang pemimpin itu punya sikap memimpin dan ketua.


Terbaru sedia maklum bahawa sekali lagi, DS Anwar Ibrahim diheret dalam isu rakaman video seks beliau dengan seorang pelacur cina di sebuah Spa. Aku tertarik dengan entri Denaihati mengenai isu ini :

"Terbaru Anwar Ibrahim telah menafikan bahawa beliau adalah pemimpin politik pembangkang yang terdapat dalam rakam video aksi seksnya bersama pelacur dari China di sebuah SPA. Rakyat kecil seperti aku ni tertanya-tanya siapa yang betul siapa yang fitnah ni. Tak akan Anwar Ibrahim yang sedang menghadapi pertuduhan liwat 2 sebodoh itu untuk melakukan perbuatan terkeji dan tak akan pula DS Najib Razak sebodoh itu mencipta konspirasi skandal seks Anwar Ibrahim untuk meraih simpati rakyat.
Negara terus tidak stabil dengan skandal demi skandal Anwar Ibrahim. Cukuplah itu kerana rakyat kecil yang tidak fanatik dengan mana-mana parti sudah bosan dengan skandal seks Anwar Ibrahim." petikan dari Denaihati

Betul aku cakap, rakyat dah bosan! Ayuhlah pemimpin negara, bersihkan yang kotor dan jernihkan yang keruh! Malaysia dah hilang identiti timurnya. Semakin hari semakin dikikis. Dah terlalu banyak isu-isu yang melibatkan pemimpin! Rakyat sudah mula hilang yakin. Doaku : aku harap isu-isu sebegini rupa membuka mata semua orang untuk menilai keperibadian diri dan keikhlasan menjadi pemimpin! Kalau benar semua ni, cepatkan lah pembalasan! Jika tidak benar, bersihkan la negara dari isu-isu ini! Aku menulis atas dasar aku seorang rakyat! Aku mahukan pemimpin yang sebenar-benarnya aku boleh banggakan dia sebagai pemimpin aku!

3 Part 1 - Nuffnang Sharing Session at Frames.

Salam semua! Maaf sangat-sangat sebab lambat update entri ini! Ramai dah tanya macam-macam mengenai Nuffnang Sharing Session tempoh hari! Hari ini baru ada kesempatan untuk buat sedikit update. Aku pecahkan entri Nuffnang Sharing Session ni kepada dua bahagian. Part 1 - hanya gambar untuk tatapan anda. Part 2 - apa yang aku perolehi sepanjang Nuffnang Sharing Session tersebut! Okay? So, ini part 1 punya entri! Hanya gambar semata untuk anda teruja sebelum entri penuh penceritaan selepas ini!

Antara makanan yang dihidangkan untuk kami semua! Tutup mulut siap-siap takut meleleh air liur! :)






Picture dibawah dari http://orangfondue.blogspot.com





Banyak lagi gambar yang ada, tapi itu aku simpan untuk next post. Tak de gambar dalam entri, bosan pulak rasanya kan??? So, malam ni aku cuba cari masa jugak untuk up entri  ke dua Nuffnang Sharing Session sebab aku tak nak cerita tu basi. Kah kah kah. Jujurnya, Nuffnang perlu adakan aktiviti begini mungkin 2 minggu sekali atau sebulan sekali! Seriously bagus korang join aktiviti sebegini! :)

2 Nuffnang Sharing Session di Frames Cafe, Sunway Pyramid (Lot OB.K4N, Oasis Boulevard)

Salam semua. Ada sesiapa esok yang join Nuffnang Sharing Session di Frames Cafe, Sunway Pyramid (Lot OB.K4N, Oasis Boulevard)??? Kalau ada boleh tolong comment di entri ini! Boleh kita berjumpa esok. Teruja nak join Nuffnang Sharing Session since dah berapa kali aku terlepas peluang nak join. Jadi, esok sesiapa yang kesana, mari kita berjumpa! :)


Blogger-blogger berpengalaman cakap yang Nuffnang Sharing Session ni bagus. Berkongsi pendapat. Pengalaman dan ilmu. Baik yang lama dan baru, semua orang ada pengalaman masing-masing kan??? Sharing is caring! Ye dak??? Boleh baca entry-entry mereka yang pernah jadi Guest Blogger dan blogger yang attend Nuffnang Sharing Session ni :

6- JMR

Kalau kita nak maju dalam satu-satu perkara memang kita perlu banyak berkorban! Pengorbanan itu akan buat korang semua rasa puas hati dengan apa yang korang kecapi sekarang atau akan datang. Bukan senang nak berjaya dalam satu-satu bidang. Aku cakap pasal arena blogging sekarang ni, blogger-blogger berpengalaman, dia orang tu dah banyak berkorban untuk sampai ke tahap mereka sekarang. Duit, masa, tenaga dan macam-macam lagi. Dan bagi aku, pengorbanan mereka bukan sia-sia! Berbaloi! :)

7 Perempuan ini mudah jatuh cinta!

Aku ada gang! Tapi bukan gangster mahupun GBS (GengBasSekolah). Jangan takut sebab gang aku semua baik-baik dan happening sangat! Variasi! Warna warni! Ada yang besar, bulat, jendul, kemek, kecik, ketot, kurus melidi dan macam-macam lagi! Mereka ini menyerikan hidup aku sepanjang musim universiti! Kalau hari tu aku dah up entri untuk yang besar. Kali ni up entri untuk si kecil! Sebab, kini si kecil dah berumur 20 tahun! Tahniah untuk si kecil. Liana Azmi!



Walaupun dia lagi tua dari kami yang lain yang masih usia belasan tahun, kami tetap panggil dan ibaratkan dia seperti yang paling bongsu! Sebab mungkin dia ni kecil, mungkin sebab dia ni manja, mungkin sebab dia ni punya hati yang kecil tapi semangat yang besar! Walau apa pun, memang kami dah setuju untuk bagi gelaran bahawa dialah bongsu dalam gang kami!



Hari ini hari bahagia dia! Hari ni juga dia berkongsi tarikh gembira dengan insan yang aku rasa semakin hari semakin jauh jaraknya. Semakin pudar rasanya dan semakin janggal berinteraksi bersama walaupun dia istimewa di dunia dan akhirat. Tak pe la. Aku redha. Berbalik pada si bongsu, semoga kau susah jatuh cinta ye! Itu doa julung dan yang utama! Sebab kau punya cinta mudah sangat melekat dengan sesiapa! Mudah sangat sampai aku perlu cari penyelesaian dengan google hari tu! Keh keh keh



Tiada kata lain selain ucapan tahniah, semoga panjang umur, bahagia bersama Kamil Redza, dapat degree law dengan cemerlang, gembira dunia akhirat, dimurahkan rezeki yang halal dan dikelilingi teman-teman baik hati macam kami semua! Maaf, kesibukkan dan kesempitan  duit menghalang niat murni menternak lemak di Pizza petang ini! All the best! 


Boleh terjah blog si kecik ini disini : http://twinklelilis.blogspot.com/

3 Gangguan perkhidmatan internet - Info Telekom Malaysia (WAJIB BACA)

Anda mengalami masalah gangguan perkhidmatan internet beberapa hari ni? Konon-konon percaya yang Facebook nak shut down sebab, nak buka page Facebook sangatlah lambat, lembab dan lampi! Semua sibuk shout dekat social network yang internet lambat! Facebook lembab! Dan macam-macam lagi! Sila baca petikan dibawah untuk maklumat lanjut :


So, now boleh korang share kepada rakan-rakan, kenapa perkara-perkara kelembapan internet berlaku! Biar mereka tahu mengenai ini! Biar mereka faham! Sharing is caring kan??? :)

2 Saya pulang dengan harapan masalah dapat diselesaikan.

Salam. Short updates dari aku sebelum aku gerak pulang ke rumah. Nak uruskan banyak masalah. Nak tahu banyak perkara yang tak jelas. Nak yakinkan diri untuk terus percaya yang masih ada sayang serta kasih untuk aku. Nak rasa indahnya kalau ada family yang sedia maklum boleh menghiburkan hati yang duka lara. Nak cerita masalah. Nak kongsi derita rasa dan nak cari ubat kecewa lara. Doakan semuanya berjalan lancar kepulangan ini! 


p/s : kamu semua dapat Buffered Earnings dari Nuffnang? Pemurahnya Nuffnang minggu ni!

p/s : sponsored post sudah diterima dan bayaran sudah ada! :)

6 Skim Rumah Pertamaku (SRP) - Untuk mereka di bawah umur 35 sahaja.

Skim Rumah Pertamaku (SRP) atau My First Home Scheme ialah bantuan dari kerajaan melalui Cagamas bagi membantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah.  Skim ini menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.


Menurut Perdana Menteri, Skim Rumah Pertamaku yang berkuat kuasa mulai hari ini membenarkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah, memiliki rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. Langkah ini akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan lebih cepat, selari dengan objektif kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik.


Bagusnya Skim ni, muda-muda dah mampu milik rumah dengan senang! AKu sejujurnya sokong skim ni sebab anak-anak muda macam aku memang sepatutnya punya rumah sendiri selepas bekerja nanti! Skim ini nampaknya dapat membantu anak muda untuk mempunyai hartanah sendiri!


Terdapat 26 bank yang bekerjasama untuk menjayakan skim ini. Antaranya, Maybank, Bank Islam, Bank Muallaf, Hong Leong, CIMB, RHB dan banyak lagi! Memudahkan orang-ramai untuk memilih bank kesukaan mereka. 

9 Belajar erti menghargai, erti budi dan erti kawan sejati.

Salam semua. Cuba pejamkan mata dan berfikir sejenak, adakah tahap menghargai yang pernah anda pamerkan selama anda hidup ni betul-betul buat seseorang terasa dihargai? Pernah atau tidak? Aku hidup 19 tahun lebih ni, dan dalam hidup aku selama ni aku dah rasa diri aku dihargai sewajarnya dan diri aku diletak tepi! Di tolak sana sini. Dibiar tanpa erti. Aku pernah kecewa juga disebabkan cara aku tidak dihargai. Aku kecewa sebab aku memang sewajarnya dihargai. Sebab aku rasa memang aku punya hubungan dengan dia. Tapi kenapa aku dibuang. Cuma, perit kalau aku nak catat satu persatu dalam ni. Kalau nak explain panjang pasal erti menghargai, aku tak tau nak sebut macam mana. Cuma kehidupan seharian inilah yang akan beri korang rasa apa itu hargai, menghargai, dan dihargai!

******************************************************************

Memang betul istilah "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Tapi, selama mana kau nak sentiasa menjadi orang yang menerima budi, dan orang yang sentiasa merasa? Cuba buat perubahan. Cuba biarkan konsep "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa" ni, sentiasa berlaku selang seli dalam kehidupan kita. Bagi aku, kalau korang nak kenal apa itu erti budi, dan rasa adakah budi anda itu dihargai, cuba-cubalah menabur budi kat orang lain. Lepas tu, korang lihat dan nilai. Kalau budi korang tu tak dihargai, jangan cepat melatah, cuba kembali pada diri sendiri, adakah anda begitu juga. Fikir.

****************************************************************
Seriusly, bukan main-main, minggu lepas dan minggu ni cukuplah aku nak stress-stress sebab kawan. Letih. Penat. Ingat, jangan lari dari masalah, tapi cuba belajar untuk menyelesaikannya. Pengalaman akan mematangkan kita. Pengalaman itu yang paling berharga. Tak pe kalau lambat nak selesaikan masalah tu, janji korang tak lari. Sebab sejauh mana korang lari, sejauh itu jugalah korang akan ditinggalkan oleh rakan-rakan. Sejauh itu jugalah korang takkan tahu erti nak selesaikan masalah. Betul cakap kawan aku, selepas ibu bapa, rakan-rakan adalah seterusnya yang rapat dengan kita. Jujurnya, memang banyak masa dihabiskan dengan rakan-rakan. Aku bersyukur sebab aku percaya yang aku punya kawan sejati. Dan aku anggap mereka begitu juga. Terutamanya, RSC (quru, haziq, ghazi, pjol, fiq, mak, qila, ama, pan, yana dan nor), ayie, epul, bing chang, pei ler, syafiq, fariz, amin, faiz, faliq, muna, ira, adah, fazilah, fatah, akim, farid. Mereka ni buat aku percaya yang kawan sejati masih ada dan ya, aku bangga aku ada mereka.

Kawan yang baik ialah
  • kawan yang selalu menegur silap anda. 
  • yang selalu perasan akan perubahan diri anda. 
  • yang cuba buat anda senyum walaupun hakikatnya memang dia tahu yang korang takkan senyum.
  • yang layan kerenah korang walaupun dia orang ada kerja lain sebenarnya.
  • yang tahu erti gurau, lawak, serius.
  • yang faham hanya dengan kerlingan mata korang.
  • yang hidupnya, percaya korang.
  • yang dirinya tegak untuk korang.
  • yang jiwanya seirama dengan korang.
Kalau ada yang cakap sekarang ni dah tak de kawan sejati, aku rasa korang perlukan latihan intensif mendalami erti kawan, sahabat dengan lebih gigih. Belajar melihat sekeliling dengan hati. Celik mata tak semestinya celik hati! :)

9 Harga iPad 2 di Malaysia.

(Harga iPad 2 di Malaysia) iPad 2 dijangka berada di Malaysia dalam bulan Ogos nanti. Sumpah, aku memang tak sabar nak dapatkan satu. Sejak aku tengok kakred melayan iPad dengan anak-anaknya dalam blog dia, memang aku teruja habis nak tahu pasal iPad ni! Dan aim aku semester ni seperti biasa iaitu tukar handphone aku tangguhkan ke sem hadapan sebab duit nak kumpul beli iPad! Bawah merupakan harga (price list) iPad 2 di Malaysia kelak!


iPad 2 dengan Wi-Fi
• $499: 16GB (RM1714)
• $599: 32GB (RM2057)
• $699: 64GB (RM2400)
iPad 2 dengan Wi-Fi + 3G
• $629: 16GB (RM2160)
• $729: 32GB (RM2500)
• $829: 64GB (RM2848)
Dah gatal dah tangan aku nak merasa iPad 2 ni! Hehehehehe

7 Tiru macam saya dan kita untung sama-sama!

Sticky post 48 hours. Scroll down for new entry....TQ




Sepanjang menggunakan telefon bimbit, perkara utama yang kita cari ialah service bagus dan plan yang memang sehabis jimat! Rata-rata syarikat telekomunikasi memang sehabis baik juga mengaburkan mata anda dengan pelbagai plan menarik, package murah, dan penjimatan yang berbaloi-baloi katanya! Mereka kata sms murah, tapi call mahal. Mereka kata hebat, tapi line  tak dapat-dapat! Hakikatnya,anda telah ditipu sebab mereka bukan Tune Talk! Sebab Tune Talk berikan anda rasa sebenar puasnya menggunakan prepaid!Mari aku canangkan!


16 sen seminit ke apa jua nombor, 5 sen setiap sms ke apa jua nombor dan 5 sen per mb untuk data! Bukan ke sudah lebih dari cukup! Bukan ke sudah betul-betul memuaskan hati anda? Tak puas lagi? Mahukan lebih? Macam mana dengan pertukaran mata ganjaran dengan tiket penerbangan ke destinasi pilihan anda? Mahu?


Kalau dengan syarikat telekomunikasi yang lain, kita dapat redeem voucher KFC, McD, tiket wayang, kredit panggilan, dan sms! Dengan Tune Talk, anda boleh menukarkan mata ganjaran anda kepada tiket penerbangan. Hebat! Lagi banyak anda top-up, lagi jauh anda terbang! Boleh rujuk disini untuk carta mata dan destinasi pilihan anda! Mata ganjaran juga takkan luput sampai bila-bila! Anda juga boleh menukar nombor telefon anda bila-bila masa dengan mudah!

mari kira-kira sekarang!tetapkan destinasi kemana yang anda ingin tuju!

ini sebahagian saja, boleh ke sini untuk lebih lanjut

Tune Talk juga memberikan anda RM 100,000 Personal Accidental Insurance Coverage daripada Etiqa! Hebat kan? Mana nak dapat insurance berharga RM 100,000 dengan hanya menggunakan prepaid??? Nan hado kan???

So far aku guna Tune Talk ni, aku boleh cakap memang superb jimat dan berpatutan. Lagi-lagi student macam aku ni. Kawan ramai, dan bukan semuanya guna syarikat sama untuk telefon dia orang. So, guna Tune Talk ni, jimat sebab flat rate! Setiap masa, semua nombor! Tiada diskriminasi! Coverage line pun bagus sebab Tune Talk follow sekali Celcom punya line! Ceruk mana pun, masih boleh dapat!

"Tiru Macam Saya dan Untung Sama-Sama" dibawakan oleh hakimfaridzul.com

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets