4 Hari guru zaman dulu-dulu! :)

Salam semua. Baru ada kesempatan nak update sedikit entri memandangkan hari ni hari guru! Semenjak officially bercuti semester selama 4 bulan, kemalasan semakin menjadi-jadi! So, ini recap sedikit hari guru dan sekarang! Mungkin anda pernah melaluinya, mungkin juga tidak. Terpulanglah~


*************************************************
Aku ingat lagi macam mana sambutan hari guru sekolah rendah! Kain perca potong-potong buat bendera kecik-kecik konon-konon macam ada karnival besar nak berlangsung! Ada acara sukan antara murid dan cikgu! Acara baling selipar, galah panjang, dam haji dan banyak lagi! Persembahan sajak memang wajib. Potong kek besar!!! menari la, joget, nyanyi, bercerita dan banyak lagi!

Hadiah untuk cikgu antaranya gelas, sabun buku, ubat gigi, bunga kaca yang dalam tu ada air berwarna serta wangi dan banyak lagi hadiah yang kita boleh beli kat kedai RM1.99 sen. Tapi semua hadiah ni ikhlas! sebab budak-budak semua memang betul-betul ikhlas dan gigih nak hadiahkan cikgu kesayangan dia orang! bukan sebab nak tunjuk hadiah sapa lagi grand!

Aku ingat lagi hadiah kawan aku ada yang balut guna surat khabar je. aku tanya apa ada dalam, dia kata, mak dia suruh bagi kat cikgu ulam-ulam! :) ada jantung pisang, nangka, rebung, ulam pegaga dan banyak lagi. dia anak orang susah, tapi masih punya hati dan rasa untuk berterima kasih pada cikgu! T_T terharu....

Dalam banyak-banyak hari guru, paling indah ialah sambutan ketika sekolah rendah! Sekolah rendah memang pure punya sambutan! Meriah! Jujur dan ikhlas. Sebab budak-budak tak reti sangat nak menunjuk-nunjuk.. persembahan semua memang kelakar tapi itu semua dari hati yg ikhlas dan murid gigih berlatih untuk persembahan walaupun masa hari kejadian, banyak sangat kesilapan dan defect! hahahahaha.

Apa kenangan indah hari guru anda? Kongsikan diruangan komen... :)

p/s : kepada pendidik Tadika Kemas Tali Air, Sekolah Rendah Morib, Sekolah Rendah Agama Morib, Asrama Yayasan Selangor Klang, SMK Methodist ACS Klang, MRSM Merbok, MRSM POntian, UiTM Kedah, UiTM Shah Alam dan sesiapa yang pernah menjadi pendidik untuk diri kerdil ini. Selamat hari guru saya ucapakan! Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara!

3 Ini akibatnya kalau ....

Salam semua... Just nak cakap it is very hard to get back your determination and spirit to write a blog if you decide to put it aside for a while. A while ke??? Lama kot tak update blog. Ni semua sebab tuntutan nafkah pelajaran. Last paper aku selasa ni. Then Rabu, Khamis dan Jumaat ada kursus teambuilding di Taman Botani, Shah Alam. Pergh! Pack! Then balik rumah beberapa hari and straight gegas ke Johor Bahru untuk attend wedding kakak angkat! :)


beberapa perkara nak jot down :

  • nak buat entry tentang roomate sem ni
  • nak buat entry hotfm dan DS NajibRazak
  • nak buat entry tutorial
  • nak buat entry beli BB (nak ajak semua guna BB)hahahaha
  • nak buat entry....eh banyak entry la!
till then, see ya! :) aku still baca entry kamu semua even aku tak tinggal jejak sebab aku suka membaca, ada yang perlu aku komen, aku click la button komen tu! jangan risau, aku masih membaca karya anda! :) terima kasih yang datang menyinggah sewaktu aku tiada dalam talian! :)

p/s : alhamdulillah traffik maintain sebab anwaribrahin, boboiboy, raja lawak dan banyak lagi! BE bersinar bergaya! :) aku suka masuk blog ni sebab dia guna loghat kedah!menarik yawwwww!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets