10 10 Chef Paling Popular Didunia.

Salam semua. Hari ni kita up entri light-light sikit ye. Kalau Chef Wan pernah dapat anugerah Chef Selebriti Popular. Kita usha pulak siapa chef yang betul-betul popular dan pendapat mereka amatlah membeliakkan bijik mata. Sampai tersembul kalau korang tau earnings dia orang ni. Jadi Chef pun boleh jadi Billionair ye. So, now boleh la berangan-rangan korang ada rancangan memasak sendiri. Smile

#1 – Gordon Ramsay (USD 11 Billion)


#2 – Jamie Oliver – Naked Chef (USD 10 Billion)


#3 - Anthony Bourdain (USD 9.5 Billion)


#4 – Alain Ducasse (USD 9 Billion)


#5 – Bobby Flay (USD 9 Billion)



Seronok betul. Tengok je lah macam Chef Wan sendiri, ke Bali, ke India, ke sana sini untuk memasak dan ada rancangan memasak sendiri. Berjalan ke serata dunia. Melihat pelbagai budaya dan masakan. Ummmph!!! Agak-agak Chef Wan punya kekayaan berapa ye? Tengok rumah dia masa program Astana Idaman memanglah superb! Bilik mandi dia macam bilik utama rumah aku kot! Fulamak wa cakap sama lu!

#6 – Wolfgang Puck (USD 8.8 Billion)


#7 – Mario Batali (USD 8 Billion)


#8 – Emeril Lagasse (USD 7.5 Billion)


#9 – Nobuyuki Matsuhisa (USD 7 Billion)


#10 – Tom Colicchio (USD 6 Billion)



p/s : aku memang minat masak sejak dulu. kalau tak percaya, boleh tanya mak angkat dan nenek aku. hebat ke tak hebat bujang sorang ni didapur. Smile

6 Wordless Wednesday #1

Pertama kali entri wordless wednesday. :)

dimana???

0 Kenapa anda perlu jatuh cinta pada Blackberry Playbook?

Salam semua, kali ni aku nak cerita banyak tentang Blackberry Playbook. Bagi korang semua meleleh dengar, jatuh cinta dan terus teruja nak memiliki Blackberry Playbook. Kalau nak tulis panjang-panjang pun, bukannya korang nak baca semua. Ye dak? So, aku spesifikkan terus apa yang Blackberry Playbook boleh buat korang jatuh cinta. Antara yang cambest tentang Blackberry Playbook ni ialah :



1 – Multitasking yang menakjubkan! Korang boleh guna serentak hampir semua aplikasi yang ada tanpa jammed or hang! Dengan kekuatan 1Ghz Dual Core dan  1GB RAM, ini merupakan satu tablet yang sangat bagus untuk kerja dan bergembira!

2 – Kamera yang power! Diperkuatkan dengan kamera depan 3MP dan belakang 5MP, korang sure boleh rakam saat indah dengan cantik sekali sebab boleh rakam video HD. Nak web cam dengan awek dan pakwe pun boleh nampak jerawat tau!

Terima kasih fazrol untuk gambar bermakna sepanjang program.

3 – Skrin yang menawan. First time aku rasa yang aku betul jatuh cinta dengan screen dia. Smart kot! HD! LCD 7inch dengan pixel 1024x600 pulak tu. Wajiblah clear. Kalau korang tengok video dalam BB Playbook, sure mata tak kelip-kelip!

4 - Ciri-ciri keselamatan yang bagus. Bagi aku, BB Playbook ni sesuai untuk semua golongan sebab yang bekerja dan bekerjaya pun bagus untuk gunakan Tablet ni. Ada fungsi Blackberry Bridge yang korang boleh connect Blackberry Phone korang dengan BB Playbook ni. Nak check email, schedule dan banyak lagi kerja boleh korang gunakan serentak dengan tablet ni. Once korang dah disconnect dengan BB korang, dia akan automatik closed semua application yang yang important seperti emails dan lain-lain lagi.

Terima kasih afrayuri untuk gambar teruja ini.

Disamping tu, Maxis ada sediakan beberapa aplikasi Maxis yang cambest kalau korang subscribe dan beli Blackberry Playbook dari Maxis. Antaranya ialah :


Finder 301 - Aplikasi terbaik untuk mencari dan berkongsi tempat paling menarik berdekatan anda! Mudah dan cepat!

Language Translator - Lebih 70 bahasa untuk anda pelajari.

Currency Converter - Cara paling mudah dan tepat untuk anda membuat dan mengira mata wang asing.

Formula 1 - untuk yang gilakan Formula 1, anda boleh ketahui tarikh dan litar perlumbaan, keputusan perlumbaan, kedudukan pelumba dan banyak lagi mengenai Formula 1.

Masa aku ke Blakcberry Playbook Workshop hari tu, aku cuba main game Need for Speed tau! Aku cakap, awesome gila lah grafik dia! Terjegil bijik mata aku jap. Punyalah cantik paparan skrin dia. Sound system dia pun bagus. Kalau takar bilik korang tu, tak yah nak guna extra speaker pun dah cukup kuat.


Maxis juga ada memperkenalkan plan jimat-jimat untuk anda memiliki Blackberry Playbook ini! Lihat dibawah untuk harga yang memang berpatutan :


Boleh layari Maxis untuk keterangan lanjut.


untuk bukan pengguna BIS 


Seperti yang saya ceritakan dalam entry Maxis Blackberry Playbook Workshop (klik untuk tetingkap baru) tempoh hari, saya telah kongsikan bagaimana terujanya saya menghadiri program berkenaan! Berkenalan dan mencuba gadget terbaru ini merupakan pengalaman bersama Nuffnang dan Maxis yang saya tidak akan lupakan sama sekali.


Exclusive ye kawan-kawan.

table mate yang gila kentang!




punyalah gigih main lumba kereta!

Dimana saya? Ini semua bloggers!


sekitar majlis pelancaran Blackberry Playbook di KLCC


Mari aku listkan sikit spesifikasi Blackberry Playbook untuk korang fikir-fikir sama ada ia merupakan satu gadget yang berpatutan untuk dimiliki atau tidak. 

 - OS - Blackberry Tablet OS
 - Size - 130 x 193 x 10mm
 - Screen - 7inch LCD, 1024 x 600, WSVGA, capacitive multi-touch gesture support
 - Connectivity - WiFi dan Bluetooth
 - Didatangi dengan 16GB, 32GB dan 64GB memori dalaman terbina.
 - Full Adobe®  & Flash®
 - BBM™ using BlackBerry®

 - Bridge™
 - 7 hingga 9 jam batteri.

 - Lain dari yang lain.


Khidmat pesanan Blackberry Playbook ini dibawakan oleh saya; hakimfaridzul untuk anda dengan kerjasama Nuffnang Malaysia, Maxis MY dan Blackberry Malaysia.

p/s : feeling-feeling sponsored post! wakakakaka

4 Gambar Duit Syiling Terbaru Edisi Ketiga -3

(Gambar) Duit Syiling Terbaru Siri ketiga yang mula dilancarkan hari untuk menggantikan duit syiling sedia ada yang telah berusia lebih 20 tahun. Duit syiling yang akan mula diedarkan mulai awal tahun depan itu bertemakan "Keunikan Malaysia" memaparkan motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora fauna di Malaysia.

Gambar duit syiling terbaru siri ketiga

Memetik ruangan akhbar Berita Harian 26 Julai 2011, duit syiling baru ini juga boleh didapati dalam warna perak untuk duit syiling bernilai 5 sen dan 10 sen, kuning keemasan untuk duit syiling bernilai 20 sen dan 50 sen. Gabenor Bank negara juga ada memberitahu pemberita bahawa duit kertas siri baru juga akan dikeluarkan September depan dan akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Duit syiling Malaysia siri ketiga



6 Maxis memberhentikan Blackberry Internet Service (BIS) Bonus RM 20 sebulan.

Salam semua. Semalam aku ada tweet-tweet tentang Maxis yang akan memberhentikan Blackberry Internet Service Bonus berharga RM 20 yang memang sangat menjimatkan dan menguntungkan kepada pelajar macam aku ni mulai 31 Julai 2011. Aku tertanya-tanya kenapa Maxis nak memberhentikan perkhidmatan dengan kadar itu sedangkan ia diterima baik oleh ramai pengguna yang mahukan servis laju dan efisien dalam kadar berpatutan. 



Kadar Blackberry Internet Service (BIS) yang terbaru pula telah diperkenalkan dengan dua plan pilihan iaitu BIS Lite Package dan BIS Social Package:

RM 30 sebulan? Tersedak lah jugak!

 Aku bukanlah nak mengeluh lebih-lebih untuk harga RM30 sebulan tu. Tapi package yang sebelum ni BIS Bonus RM 20 dah cukup bagus dah. Semua boleh walaupun limited untuk 150mb. Dah bebaloi sangat untuk pengguna dan student macam aku ni. So, kalau Maxis bersedia untuk adakan semula BIS Bonus tu, aku antara orang terawal yang gembira sebab Maxis punya servis lagi laju berbanding syarikat telekomunikasi yang lain setakat ni. 


Kalau RM30 pun, letak lah quota juga untuk layari internet. Untuk foursquare, untuk Blackberry Apps World. Kan molek sikit. Quota 150Mb pun dah cukup berbaloi dah. Harap-harap Maxis baca entri aku ni dah adakan semula BIS Bonus tu. Tak pun, pertimbangkan cadangan aku supaya diletakkan quota untuk web browsing... Itu pun kalau tak nak kehilangan pengguna Blackberry Internet Servis.


p/s : kawan-kawan aku dah sibuk nak beralih kepada syarikat telekomunikasi lain. Apa yang bagus dan laju ye selain Maxis ye?

16 Google Page Rank 4 untuk hakimfaridzul.com

Salam semua. Aku tak tahu lah kepercayaan kepada Page Rank (PR) masih boleh dianggap releven atau tak. Ada sesetengah blogger dah tak pandang PR. Dan ada juga yang masih bekerja keras menaikkan PR blog mereka dan tak kurang juga yang sedang berusaha maintain PR mereka. Nak cerita banyak pasal PR ni pun, ilmu aku sikit-sikit je. Sekadar faham apa fungsinya. Apa benda PR tu mungkin dah cukup bagi aku. Aku ada ambil beberapa penerangan dari blogger yang mahir tentang PR ni. Boleh baca sikit apa penerangan mereka.


Dari ariffshah :



Dari KulanzSalleh :


Dari Blog Aduka


Alhamdulillah. Hari ni aku merasa jugak PR4 ni. Pertama kali dalam sejarah. Nak cakap bangga, tak jugak. Lebih kepada kepuasan diri sendiri. Blogger ni, dia orang tunjuk trafik, alexa ranking, earnings dan sebagainya.. Bukan berniat nak menunjuk. Tapi bagi aku, lebih kepada pencapaian peribadi dan motivasi diri untuk lebih berjaya dalam blog arena ni. Kepuasan diri lebih penting daripada cakap-cakap orang. Kalau korang cakap "kalau kepuasan diri, diam-diam, tahu sendiri dah la"... Aku tanya balik, kemana lagi kalau tak di blog sendiri kita tunjukkan pencapaian kita? Mungkin ada yang jadikan perkara itu sebagai suntikan semangat! Bukan berfikir negatif semata.


Pencapaian sendiri untuk aku. Walaupun aku tau dalam beberapa hari lagi status PR4 ni akan hilang, aku tetap berpuas hati sebab atleast, aku dah pernah jejak kaki ke PR4. Alhamdulillah. Kawan baik aku fakrulroslan pun jejak kaki ke PR4 sama-sama dengan aku. Syabas fakrul! Bawah ni, aku tunjuk sikit pyramid PR. Tahap anda dimana. Teruskan berblogging..Puaskan hati sendiri. :)



3 Workshop Blackberry Playbook di Kuala Lumpur Covention Center.

Hi. Salam semua. So, ni latest aktiviti aku hadir Sabtu lepas. Maxis Blackberry Workshop kat KLCC. Tak sangka pun dapat invitation, but then rezeki kan? So, aku terpilih and join event tu. Gambar dibawah menceritakan perjalanan aktiviti disana. :)








Bagi pendapat aku sendiri, aku lebih jatuh cinta sama ini Playbook berbanding I-pad. Bukan sebab loyalty pada Blackberry. Tapi lebih kepada fungsi dan bagusnya gadget ini. Kalau nak tau ape yang betul-betul best pasal gadget ni. Tunggu next review aku tentang Blackberry Playbook ni!

Best sesekali dapat jumpa blogger ni. Ye la, passion kita sama. Lagi-lagi kalau dapat semeja dengan yang gila-gila macam aku punya table mate kan? Thanx to http://www.afrayuri.com , http://www.fazrol.com dan http://www.yeongboon.blogspot.com untuk workshop yang gila-gila punya! 

p/s : alhamdulillah, aku antara yang bertuah menang Bluetooth Headset Jabra hari tu. Insyaallah next rezeki ialah Blackberry Playbook! :)

3 Penulisan Kreatif.

Salam semua. Lama tak bersua. Aku tak kemana. Masih membaca entry kamu, kamu dan kamu. Aku bukan nak mematikan blog ni. Cuma cuti-cuti macam ni aku mula jatuh cinta dengan penulisan kreatif. Cerpen, prosa, sajak, puisi. Ahhhhhh, itu aku sekarang ni. Aku suka. Berimaginasi, perolokkan diri dan bereksperimentasi. At least, aku ada something untuk aku banggakan cuti ni. Kalau bukan untuk tatapan orang, untuk diri sendiri pun aku dah cukup puas.

Dilamun cinta korang fikir? Tak. Cuma aku senang bermain dengan bahasa. Sampai kalau aku ada masalah, aku lebih gemar duduk menung tepi pantai biar akal dan fikiran terbang macam tu je. Nak jadi A.Samad Said? Tak pernah langsung difikir. Sebari, dua baris. Seperenggan, dua perenggan. Lama-lama menebal. Entah mana datang idea. Tapi aku betul suka apa aku buat. Suka sampai aku biarkan hobi aku yang lama bertukar. 

p/s : aku percaya, satu hari nanti aku akan jumpa dengan orang yang betul-betul ikhlas berkawan. :)

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets