5 Wordless Wednesday. #4

sitelink kah???


alhamdulillah.

4 Kasih Sayang Pengikat Hati

Salam semua. Kali ni aku nak berkongsi sikit entri personal dengan semua. Dah lama rasanya aku tak berkongsi entri peribadi. Entri yang aku betul ada sepenuh hati untuk tulis. Maksudnya, aku menulis dengan otak dan fikiran serta perasaaan aku layankan dalam penulisan. Lama dah. 

*****************************************
sumber : google images

Kalau nak di bicarakan soal kasih sayang, semua layak nak bagi pendapat masing-masing. Cuma perbezaannya, sama ada kasih sayang tu dari seorang ayah ibu, rakan-rakan, teman dan kekasih. Berbeza. Rasa yang sama, situasi berbeza. Pernah terlintas ayat "menumpang kasih, meminjam sayang" ? Aku begitu sekarang ni. 

Akhir-akhir ni aku rasa agak tenteram. Tenang. Sebab ramai yang baik hati meminjamkan perhatian. Betul cakap seorang teman, "hakim, orang tak sudi buat apa nak terhegeh-hegeh. Pergi pada yang menanti, yang sudi" Kalau korang merasakan yang meminjam kasih tu memalukan, ahh, sampai bila bahagia nak ada. Selagi kasih sayang mampu ikat hati tak merintih lagi, selagi ada orang sudi, pergilah. 

*********************************
Kenal sehari dua, dah boleh sayang. Perasaan kan. Mana boleh tipu-tipu. Kalau sayang, cakap sayang. Jangan ego sangat. Jangan keras kepala tak nak mengaku, lepas tu diri sendiri merana sunyi. Rasa tersisih. Ah, manusia, suka nak perhatian. Suka nak disayangi. Kalau sayang tu berbeza pun, selagi membahagiakan. Aku akui, aku tak pernah nak tolak. Terima, agar itu jalan bahagia yang aku cari.

p/s : kiasan adakalanya lebih bagus daripada berterangan.


3 Kadar Zakat Fitrah 2011 Tahun 1432 Hijrah

Kadar Zakat Fitrah 2011 Tahun 1432 Hijrah untuk seluruh negara telah ditetapkan kepada mengikut negeri-negeri di seluruh Malaysia adalah seperti berikut : 



zakat fitrah 2011

Negeri-negeri Malaysia
  • Johor = Rm7.50 bagi yang makan beras super dan rm5.00 bagi yang makan beras Nasional
  • Kedah = RM 7.00
  • P.Pinang = RM7.30
  • Sabah = RM7.70
  • Sarawak = RM7.50
  • Selangor = RM7.00
  • Kelantan = RM 7.60
  • Melaka = RM 6.30
  • N. Sembilan = RM6.50
  • Pahang = RM7.30
  • Perak = RM7.00
  • Perlis = RM5.00/RM7.00
  • Terengganu = RM6.00 / RM7.00 / RM8.00
Kadar Zakat Fitrah untuk Kawasan Wilayah Persekutuan
  • Kuala Lumpur = RM5.20
  • Labuan = RM5.20
  • Putrajaya = RM5.20
Syarat Zakat Fitrah
  1. Islam
  2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah :
  1. Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
  2. Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
  3. Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
  4. Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
  5. Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.


semoga Syawal dah hidup ini diberkati oleh Allah SWT.

4 Senaman Abs Paling Mudah | Brandon Carter

Salam semua. Hari ni aku nak kongsikan sikit beberapa video youtube senaman abs yang senang dan mudah. Boleh buat kat rumah je. Tak perlu susah payah nak ke gym. Jimat duit dan jimat masa. Ye la, since cuti semester ni, aku rajin pulak nak jaga badan ni. Bukan bermakna dulu badan aku gebu, cuma nak kasi fit. Baru boleh jalan-jalan tepi pantai pakai beach pants je. Hahahahaha. So, layan lah video bawah ni. Senang je.

ni dia Brandon Carter.






Cukuplah dulu aku kongsikan. Korang boleh try semua exercise ni kat rumah je. Tak yah nak bayar duit gym ke, habiskan masa berjam-jam kat gym. Semua exercise ni simple je. Ingat, kalau dah tak larat tu, jangan memaksa diri. Takut nanti muscle torn. Mula-mula buat memang agak susah. Malam tu, terasa gila sakit kat abs terutamanya. Jangan risau, sebab muscle kita agak terkejut dengan aktiviti yang jarang dilakukan.

Jangan putus asa. Kena keep exercise ni jadikan rutin harian waktu petang. Tipulah kalau ada lelaki kat luar sana tak nak badan cantik. Maksud cantik aku tu fit. Bukan yang macam orang bina badan, itu, aku sendiri pun seram nak tengok badan sendiri. Hahahahaha. Kasi fit sikit, nampak abs, chest tebal dah la. Ye dak? Selamat mencuba. 

7 Wordless Wednesday #3

Wordless Wednesday #3


#innity, come to papa!!!!

17 Gambar - Gambar Rusuhan London 2011

Gambar rusuhan London 2011 yang aku browse di seluruh laman web dunia. Menarik untuk dikongsikan bersama. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan tauladan. Beringatlah, lebih banyak keburukan berbanding kebaikan merusuh ni. Rakyat Malaysia, celik lah mata anda!





















p/s : doa-doalah rakyat dan pelajar Malaysia di London selamat sejahtera. Kesian dengan rakan teman aku yang dirompak semalam.

**gambar akan diupdate dari semasa ke semasa**

6 Pementasan Teater Upin Ipin The Muzikal | Sinopsis | Uji Bakat | Istana Budaya

Salam semua. Semalam aku layan Diva di RTM 1. Keluar cerita pasal Pementasan Teater Upin dan Ipin yang tak lama lagi akan dipentaskan di Istana Budaya tahun hadapan. Dengar kata, mereka juga tengah mencari pelakon-pelakon teater yang nak menyertai pementasan teater itu nanti! Jop layan sinopsis Teater Muzikal Upin Ipin tu nanti :

keletah upin ipin

Sinopsis Upin & Ipin The Musical 

Upin & Ipin The Musical mengisahkan kehidupan kembar anak yatim piatu iaitu Upin & Ipin di Kampung Durian Runtuh. Mereka yang tinggal bersama kakak mereka, Kak Ros dan Opah belajar di Tadika Mesra yang turut disertai Jarjit, Mei-Mei, Ehsan, Mail, Fizi dan rakan-rakan yang lain.

Sebagai rakan baik, mereka selalu membaca dan bermain bersama-sama. Setiap kali membaca mereka telah membayangkan isi kandungan di dalam buku tersebut. Justeru, sebagai kanak-kanak mereka sering berimaginasi berada di setiap tempat dan kejadian yang ditulis di dalam buku tersebut.

Ketika mengayuh basikal, mereka membayangkan yang mereka sedang menaiki kapal angkasa dan melalui pengalaman hebat ketika berada di bulan.

Begitu juga apabila hujan turun tanpa henti, Upin dan Ipin telah membuat kapal kertas. Mereka berimaginasi menjadi pahlawan Melayu lama iaitu Hang Tuah yang bertarung dengan lanun di lautan bagi menyelamatkan rakan-rakan mereka. Mereka juga telah bertemu dengan orang asli ketika ekspedisi mencari harta karun dalam hutan tebal.


sewaktu majlis pengenalan teater Upin Ipin The Muzikal - sumber gambar dari blog.myfriends2u.com

Pelbagai kejadian aneh yang terpaksa mereka lalui sepanjang pengembaraan tersebut yang menguji kesetiaan persahabatan serta kecerdikan akal mereka.

Teater ini menggabungkan dunia angkasa lepas, lautan dan belantara serta menampilkan pelbagai kehidupan flora dan fauna yang terdapat di tempat-tempat tersebut.

Upin & Ipin The Musical bakal diarahkan oleh pengarah dan penulis skrip terkenal, Zaifri Husin dan dibantu Datuk Suhaimi Mohd Zain selaku Pengarah Muzik dan A.Airis Kadir sebagai Koreografer.

p/s :  Ujibakat mencari barisan pelakon Upin & Ipin The Musical bermula dari jam 10 pagi hingga 3 petang di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 13, 14, 20 dan 21 Ogos ini. Syarat penyertaan ialah mereka yang berusia dari 6 hingga 35 tahun, lelaki dan perempuan, boleh menari, menyanyi, berlakon, sihat dan lincah dan semua bangsa. Keterangan lanjut, hubungi 03 61866592/03 55118089/017 8716060/012 2977220 dan 017 2004249.

0 Wordless Wednesday #2

#rindu tempat ni! orang, suasana dan jalinan persahabatan tu.

p/s : teka dimana ini!

24 Resepi Begedil Daging Orang Bujang | Mudah Sangat

Salam. Kalau hari tu aku sharekan air tangan aku buat puding karamel, hari ni aku berkenan pulak nak sharekan kat korang semua resepi begedil orang bujan yang sangat simple. Kalau anak bujang macam aku ni boleh buat, anak-anak dara pembaca pun aku rasa boleh juga. Jop tengok bahan-bahan dan cara membuat begedil daging ni!

Bahan-bahan :
  • 1 kg kentang
  • 1/2 kg daging hancur
  • 1 biji telur atau yg bersesuaian
  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • sedikit garam- agak2 jangan masin sangat.
  • 1 sudu tepung jagung

Begedil daging saya comel-comel jep.

Cara-Cara :

1. Daging hancur tu di masak guna kuali untuk buang air daging tu sampai kering. (letak garam sikit dan serbuk kari untuk tambah sedap). Buat sampai air daging kering dan ketepikan.

2. Kentang dibuang kulit dan di potong ikut suka tipis sebab nak digoreng.

3. Lepas goreng, kentang tadi di tumbuk hingga lumat (sampai hancur).

4. Kemudian daging, bawang goreng dan daun sup di masukkan kedalam kentang yang sudah dihancurkan. Bahan-bahan tersebut diramas-ramas sampai bersatu.

5. Cuba kepal2kan - pastinya begedil tu akan berderaikan

6. Masukkan 1 biji atau 2 biji telur ikut keperluan untuk membantu bahan tadi boleh dikepal.

7. Kepallah sampai habis.. (boleh buat bulat, lonjong, leper. ikut selera)hehehehe

Untuk menggoreng :

1. Telur dan tepung jagung tu dipukul kemudian masukkan begedil tu dalam telur dan goreng hingga kekuningan dan masak....

p/s : kalau nak guna daging ayam pun boleh. resepi sangatlah mudah. ada masalah, boleh tweet saya di sini 

** ni resipi mak angkat aku yang kat JB tu** :)

2 Jadual | Keputusan Kejohanan Badminton Piala Dunia 2011

Kejohanan Badminton Piala Dunia akan menyingkap tirai mulai hari ni. Malaysia yang masih menantikan kemenangan sulung jaguh badminton negara dalam acara perseorangan, kali ni sekali lagi menyandarkan impian dan harapan kepada Dato Lee Chong Wei yang turun selaku pilihan pertama kejohanan.

Kejohanan Badminton Piala Dunia

"Sebaliknya, Malaysia yang menjadi antara gergasi badminton dunia hanya mampu bermegah dengan pingat perak dan gangsa tatkala gergasi lain seperti China, Indonesia, Denmark dan Korea Selatan sudah mengecapi nikmat memenangi mahkota kejuaraan berprestij itu." Berita Harian - 7 Ogos 2011

Jadual perlawanan boleh dilihat disini. Keputusan semasa wakil negara akan dikemas kini dari masa ke masa. Doakan kejayaan wakil negara di kejohanan tersebut. :)

Keputusan pusingan pertama :

1- Mohd Zakry Abdul LATIF & Thien How HOON - Howard BACH & Tony GUNAWAN
21-17 21-14

2- Hui Ern NG & Hui Lin NG - Anna KOBCEVA & Elena PRUS
21-14 22-20

3- Peng Soon CHAN & Liu Ying GOH - Lino MUNOZ & Cynthia GONZALEZ
21-9 21-5

4- Adam CWALINA & Michal LOGOSZ - Peng Soon & CHAN Khim Wah LIM
21-13 21-19 (KALAH)

5- Eei Hui CHIN & Pei Tty WONG - Jenny WALLWORK & Gabrielle WHITE
21-14 21-12

Keputusan Pusingan kedua : 


1- Chong Wei LEE [1] - Tanongsak SAENSOMBOONSUK
21-15 21-17

2- Chieh Min FANG [10] & Sheng Mu LEE - Mohd Zakry ABDUL LATIF & Thien How HOON 
26-24 21-19 (KALAH)


3- Peng Soon CHAN & Liu Ying GOH - Nathan ROBERTSON [10] & Jenny WALLWORK
21-19 21-19

4- Choong Hann WONG - Yu Hsing HSIEH
21-7 21-9

5- Jien Guo ONG & Sook Chin CHONG - Min Chun LIAO & Hsiao Huan CHEN
21-18 21-16

6- Matsutomo MISAKI [15] & Ayaka TAKAHASHI - Hui Ern NG & Hui Lin NG
21-10 21-11 (KALAH)






2 Daisy Dahlia Boutique | Online Blogshop Muslimah Ellegance Trendy (ADV)

Salam semua. Sekarang ni dah trend kalau orang shopping online. Sesiapa yang tak shopping online tu boleh dianggap kuno. Tak in. Kalau budak-budak remaja cakap " ala, tak kelas lah tak shopping online ni ". Penangan shopping online sekarang ni memang berleluasa. Banyak website mahupun bloggers yang memulakan blogshop dia orang. Ada yang boleh kaut untung beribu-ribu sebulan. Ikut rezeki juga tu.

Hari ni, aku nak kenalkan dengan korang semua satu online blogshop yang baru memulakan perniagaan online shopping ni. Dengan slogan Muslimah Elegance dan Trendy. Blogshop ni menawarkan pakaian muslimah dari bawah hingga atas. Meliputi baju, tudung dan perhiasan diri.  Aku boleh bagi jaminan yang korang semua akan berpuas hati nanti. Meh aku show sikit blogshop Dahlia Boutique ni.

eksesori perhiasan diri

Jubah muslimah

Blouse pun ada.

Semua pakaian yang dipamerkan di nyatakan sekali details yang lengkap seperti jenis fabrik, warna yang ada, pemadanan pakaian yang sesuai dan size. Harga juga dinyatakan sekali dengan harga urusan pengiriman. Senang nak berurusan. Meh kita cuci mata lagi.

yang ni nampak menawan!

tudung pun ada.

Selain tu, Daisy Dahlia Boutique ni juga ada menyediakan tawaran 10% kepada ahli yang mendaftar. Kira, kalau anda ni jenis yang suka membeli online, ni satu peluang keemasan dan penjimatan yang amat berbaloi. Selain tu, semua urusan pembelian amatlah mudah. Just drop nama, cara pembayaran dan etc. Mudah!

pendaftaran ahli.


order form pun senang je. tak remeh.

Malas nak cerita panjang sangat dan tatapakan lebih banyak gambar kat korang semua. Nanti tak feel pulak nak browse blogshop ni. Pakaian-pakaian ni pun limited edition tau! Hanya di Dahlia Daisy BoutiqueAku beri jaminan 150% yang barang-barang ni berkualiti dan korang semua takkan ditipu dan hampa. Sebab aku kenal benar pemilik blogshop ni. Aku beri jaminan. 

Muslimah | Elegance | Trendy

create your own banner at mybannermaker.com!

0 Program Pemutihan (PATI) 2011 | Johor Darul Takzim (ADV)

Program Pemutihan pendatang asing tanpa izin atau nama ringkasannya (PATI) yang telah dilancarkan bermula Julai lepas oleh Kementerian Dalam Negeri. Program yang digelar “6P” itu iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran akan mengambil tempoh masa tiga minggu untuk dilaksanakan. Ia merupakan program paling komprehensif yang diperkenalkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini untuk mengurangkan bilangan pendatang tanpa izin.


Objektif pemutihan ini adalah untuk mengumpul data pendatang asing tanpa izin di negara ini termasuk berapa ramai yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing dan memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin untuk pulang ke negara asal tanpa dikenakan tindakan tetapi terhad kepada tempoh yang dibenarkan. 

Kepada majikan ataupun individu yang berada disekitar Johor Darul Takzim dan ingin melakukan proses pemutihan, anda boleh la menghubungi syarikat ini dengan segera. Alamat, nama syarikat dan no telefon adalah seperti berikut :

Pentas Teguh Sdn. Bhd.
(KDN(S)IM03/986/1-SP257)
Rujukan 1M-KDN(S)IM03/986/1(56)

No 17-02, Jalan Mewah Ria 2/1, 
Taman Bukit Mewah, 81200, Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.

No telefon : 07-2323171
No fax : 07-2323402

P/s : tolong sharekan info ini untuk majikan ataupun individu yang ingin melakukan pemutihan di sekitar kawasan Johor Darul Takzim.

3 Resepi Biskut Raya Sepanjang Zaman.

Salam semua. Kali ni aku nak sharekan Resepi Biskut Raya Sepanjang Zaman yang aku pernah tulis di blog ni. Aku nak kumpulkan kat satu entri ni supaya senang korang nak tengok dan pilih. Tak banyak. Adalah sikit nak dikongsikan. Kalau ada lagi, nanti aku update lagi senarai ini.


pelbagai jenis biskut raya ikhsan : google images
  1. Biskut Cornflakes Madu
  2. Biskut Almond London
  3. Biskut Suji
  4. Biskut Dahlia
  5. Biskut Sarang Semut
  6. Kuih Tart Nenas
  7. Biskut Chocolate Chip
  8. Biskut Batang Buruk
  9. Biskut Arab
  10. Biskut Makmur
  11. Kek Batik
p/s : dah cuba nanti, boleh la share di ruangan komen. :)

3 Resepi Puding Karamel | Puding Caramel Orang Bujang.

Hari ni, aku nak berkongsi sikit resepi puding karamel yang aku dah buat semalam. Kak yan  ada bagi resipi, tapi aku pun ada tanya mak angkat aku jugak resipi puding karamel ni. So, aku follow resipi yang mak angkat aku ni bagi. Basically, lebih kurang sahaja resipi yang dikongsi mereka berdua. 

percubaan pertama resepi puding karamel

PUDING KARAMEL

Bahan-bahan :-

  • 10 biji telur
  • 1tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 sudu besar vanila
  • 1 cawan gula - dihanguskan
  • 2 sudu air

CARA-CARA :

1. Masukkan gula kedalam periuk masukkan 1 sudu air...Masak dengan api yg kecil hingga hangus n cair semua. Kemudian masukkan 1 sudu air lg masak sekejap .

2. Masukkan gula hangus ke dalam mangkuk pirac ke loyang ke agak2 besarnya dan biarkan sejuk dan beku.

3. Telur dipukul rata (bukan sampai kembang). Kemudian masukan susu cair, susu pekat dan vanila dan gaul rata.

4. Kemudian masukkan bahan tadi ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit. Klu bole tutup atasnya dengan aluminium foil supaya tidak masuk air.

SELAMAT MENCUBA

pesanan aku : kalau nak guna 5 biji telur, 7 biji telur pun boleh. lepas tu, korang agak-agak lah dia punya sukatan susu tuh!

Resepi ni mudah sangat lah! :)

3 Download percuma Siri Animasi Boboiboy Episod ke 4 dan ke 5.


download episod ke 4 dan ke 5

BoBoiBoy memaparkan kisah seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter yang mempunyai tiga kuasa yang berbeza. BoBoiBoy merupakan penentang keganasan makhluk asing yang turun ke bumi untuk mendapatkan biji koko. Sebagai superhero, dia berupaya menukar dirinya kepada tiga karakter berbeza iaitu Bo, Boi dan Boy yang masing-masing mempunyai kuasa bumi, angin dan kilat.

Download siri animasi ini setiap minggu agar anak-anak dapat menontonnya setiap hari! :)


Download Boboi Boy Episod 4

Download Boboi Boy Episod 5
Mediafire | Part 1

Boleh juga download episod 1, 2 dan 3 disini [klik]


4 1 Tahun 1 Bulan dan 1 hari.

Salam semua. Hari ni alhamdulillah. Puasa macam biasa. Cuma pagi tadi liat sikit nak bangun sahur. Lepas sahur pulak layan twitter sebelum solat suboh. Syukur hari ni diberi peluang dan kesempatan lagi untuk berpuasa. Tak tahulah ini Ramadhan Terakhir atau tidak. Ye la, manusia. Kita merancang, Allah tentukan.


satu ketika dulu.

Hari ni nombor ada bagus! 1 Tahun, 1 Bulan dan 1 Hari! Genap domain hakimfaridzul.com ni. So far, aku bangga jugak dengan usaha aku untuk capai apa yang aku cuba target. Earnings, alhamdulillah. Ada juga walaupun tak lah sejutawan mana. Achievement peribadi pun ada yang aku dah dapat. Syukur.  Yang penting, aku dah banyak kawan online. Yang betul-betul punya! Bukan setakat like status facebook sahaja. Cuma kesempatan bertemu belum ada. InsyaAllah, satu hari nanti. 


p/s : hidup kena ada motivasi dan target, baru kita boleh kedepan.

6 Lafaz niat puasa sebulan dan setiap hari.

Niat puasa tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.


Lafaz niat setiap malam :

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.


Lafaz niat sebulan :





Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:


“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.


p/s : sedih sebab entri ni tak keluar pada waktu yang telah diset! careless sendiri!
sumber : ibadat puasa

6 OPKIM - Operasi Khidmat Masyarakat di Rantau Panjang

Salam semua. Since beberapa hari without entries aku sebenarnya berada di Rantau Panjang untuk follow Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)  anjuran Kelab Fasilitator UiTM Shah Alam. Bermula dari 28 Julai hingga 2 Ogos di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, Kelantan Darul Naim. Sesiapa yang berkawan dengan aku di Facebook dan follow aku di Twitter memang tahu apa aktiviti aku sepanjang disana. So, meh aku cerita serba sikit apa yang aku buat kat sana. 


Perjalanan ke sana menaiki bus UiTM tu memang lah tersangat lama! Nearly 11 jam macam tu! Aku siap cakap yang punggung aku ni dah cramp! Kebas! Sebab lama sangat berjalan. Paling geram kalau stop kat perhentian area Merapoh dan makan mahal menggila! Semangkuk mee sup biasa dan tawar RM 5! Terjegil bijik mata aku ni! Sampai sana dah maghrib, so urusetia terus agih-agihkan kami kepada keluarga angkat! Satu family terima dalam 4-8 orang anak angkat. Bergantung pada kemampuan. So, ini keluarga angkat saya! 


sebelah kiri baju oren, itu abah aku! Dalam family ni, aku yang paling bongsu! :D

Sehari hilang macam tu je. Esok paginya, ada gotong royong. Aku punya group diassign untuk bersihkan kawasan surau dan sekitar. Tapi memandangkan dah bersih. Aku join group lain untuk buat gotong royong! Aku bersihkan area longkang taman tu je.



gambar ni time die orang jumpa belut kat longkang!

Petang tu pulak bergotong royong untuk buat kenduri sekampung! Makan untuk ramai-ramai orang dan malam tu juga ada ceramah dari pihak polis tentang keselamatan. Tapi aku rasa ceramah tu tak ubah macam ceramah politik! Bernanah telinga tunggu lama-lama. Tapi tu diluar kawalan pihak urusetia. So, layan je lah sampai habis. 

Kalau nak cerita perjalanan program seminggu ni dalam satu entri, memang korang semua penat scroll kebawah je lah. Biar aku cerita kasi ringkas, tepat, padat dan mutakhir. Sepanjang kat sana, kita orang buat aktiviti kemasyarakatan. Contohnya sukan rakyat, sembelih lembu, makan durian beramai-ramai, berbuka puasa beramai-ramai, adakan forum perdana hal ehwal islam, ke sekolah memberi kesedaran tentang pentingnya ilmu dan sebagainya.



Kira kita orang ni konon-kononya melakukan amal-jariah dan berkhidmat untuk masyarakat lah. :) Mulia kan? hahahahaha. Paling best kalau dah jalan-jalan kat sekitar pekan Rantau Panjang! Macam-maca aku borong. Ye la, nak beli jersi ORI mana aku mampu, fake pun fake lah! kekekeke. Aku ada shout sesiapa yang nak kirim, tapi aku shout salah timing kot time tu, so x de respond. Atau korang ni memang jenis pakai barang ori je beb? 

Aku ada gak ambik peluang ni untuk berjalan-jalan sekitar kawasan Rantau Panjang ni. Kita orang berjalan ke Empangan Lubok Stol Rantau Panjang. Cantik kawasan sini. Empangan ni untuk tujuanpertanian. Bukan yang besar gajah dok  buat empangan hidroelektrik tuh. :)


time ni tengah lawan siapa baling batu paling jauh. mestilah aku menang, apa guna tangan, lengan besar... :) keh keh keh

Kalau nak cerita pengalaman sebenar apa yang aku lalui disana, aku continue kat entry yang akan datang. Sebab aku just nak bagi gambaran ringkas ape aku buat sepanjang seminggu disana. :)

 yang kiri sekali tu, adik angkat kami! baru form 5. badan besar macam *%#&#%!

muka teruja habis!

p/s : rindu nak usha-usha blog kawan-kawan. Tu yang tak dapat nak tulis banyak-banyak. heh!

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets