5 Selamat tinggal 19 tahun. Alhamdulillah 20 tahun.

Salam semua. Lama tak update entri. Last 2 entri form the gegirl. tu kira invited writers kat blog aku ni. Ye la, since hujung Ramadhan, sampailah dah nak habis Syawal ni baru aku muncul. Ni pun curi-curi masa update selepas siap assignment jam 4.05 pagi. So, rasanya tak lambat nak ucap salam aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Maaf kan salah silap. Terkasar bahasa, gurau tak kena tempat dan sebagainya. 


Oh ye, masa entri ni dipublish, alhamdulillah. Umur 19 selamat bertukar 20 tahun. Perjalanan hidup yang tak seberapa ni mencecah angka 20. Syukur pada Allah sebab bagi peluang nak rasa umur 20 tahun hidup dimuka bumi. Masih gigih teruskan hidup dan mengembara atas dunia ni. 

Alhamdulillah juga, 20 tahun yang singkat ni dah banyak pengalaman pahit manis, pedih jerih, gembira senyum aku lalui. Berkawan, bermusuh, tak bertegur dan banyak lagi InsyaAllah mematangkan aku dari hari ke hari. Pengalaman hidup ni subjektif. Warna warni. Terima kasih untuk semua itu kawan, teman, sahabat, keluarga, manusia sekeliling.

Wish list birthday, rasanya tak perlu, cukup aku dah tweet hari tu. Tapi aku teringin benar nak tengok final tennis ATP Malaysia. :) ya Allah, makbulkanlah permintaan aku ni. ;)

p/s : saya bukan lagi budak belasan tahun! im 20 sistah brotah! :)

3 Insan yang bergelar ayah dan ibu.





Menangis tengok video ni :'(

Pernah tak kita terfikir betapa besarnya pengorbanan insan yang bergelar ayah dan ibu kepada kita? Pengorbanan dari kita kecil seperti tapak tangan hingga lah kita dewasa. Kalau lah ada rakaman video tentang semua pengorbanan mereka dari kita lahir sampai sekarang, aku yakin kita semua pasti menangis bila tengok rakaman video tu kan? 

Masa kecil, ayah dan ibu menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Menyuapkan makanan bila kita lapar, mandikan kita setiap hari, lindungi kita dengan kelambu supaya tak digigit nyamuk, lindungi kita dengan payung supaya tak terkena hujan ataupun panas, berjaga sepanjang malam menjaga kita bila kita sakit dan banyak lagi. Mampu ke kita buat benda yang sama pada ayah dan ibu kita apabila mereka dah tua nanti?

Ayah. Bila kita nak duit, dia tetap bagi kita duit tanpa berkira penat mana pun dia berkerja untuk mencari duit. Tapi kita guna duit tu kadang² untuk sesuatu yang tak berguna. Bila kita nak pergi jalan², dia tetap bawa kita jalan² walaupun duit dalam poket tak seberapa. Tapi kita tetap paksa dia belikan itu ini. Bila kita cakap nak pergi tuisyen dengan kawan², ayah hantar kita pergi tuisyen. Tapi time tuisyen kita main² ataupun ponteng. Bila kita nak kereta atau motor, dia belikan walaupun terpaksa berhutang. Tapi kita gunakan kereta atau motor untuk merempit dan berlumba.

Ibu. Bila kita lapar, ibu masakkan untuk kita walau penat mana pun dia. Tapi kadang² kita marah sebab ibu masak tak sedap. Bila kita nak baju baru, dia selalu belikan. Tapi kita tak pernah fikir berapa kali dalam setahun ibu beli baju baru untuk dirinya sendiri. Bila kita ada ujian atau peperiksaan, ibu selalu suruh kita belajar betul². Tapi kita balas dengan lawan cakap ibu. Bila kita ada masalah, ibu tak pernah lupa beri nasihat. Tapi kita balas dengan " Ah bising lah! ". Bila kita nak keluar sorang², ibu selalu offer diri nak temankan kita supaya dia tak risau. Tapi kita balas dengan " Malu lah, orang kan dah besar, tak payah lah ".  Bila kita dah masuk IPTA / IPTS, ibu selalu rindukan kita. Tapi kita balas dengan lupakan ibu, nak call sekali dalam seminggu pun susah. Bila hari jadi ibu, kita hanya ucap selamat hari jadi. Tapi kalau hari jadi gf / bf, kita sanggup belikan hadiah yang mahal².

Kadang² kita tak sedar yang perbuatan dan perkataan kita mengguris hati mereka. Kadang² kita tak sedar yang perbuatan dan perkataan kita buat mereka menangis. Renungkan balik berapa kali kita dah buat hati mereka terguris, berapa kali kita dah buat mereka menangis.

Tanpa mereka, siapalah kita. Sementara mereka masih hidup di dunia ini, berbaktilah sebaik mungkin. Mereka bersama kita hanya untuk sekali. Seperginya mereka, akan terus pergi, tanpa kembali lagi. Jangan biarkan penyesalan itu terlambat. Mohon lah ampun dari mereka.



By,  
The Gegirl ( ​^.^ʃƪ)

3 Singgah raya di belog si cepit.

Assalamualaikum semua! Haa jawab cepat, tak jawab nanti doce. Hikhikhik v(^.^)v

Fuhh fuhh banyak nau habuk kat blog si cepit ni. *Cekak pinggang, pegang bulu ayam*

Ekceli si cepit sekarang bizi. Bizi ape? Macam-macam dia bizi. Bizi beraye, bizi kutip duit raye dan yang paling penting die bizi study kat UiTM di hatiku. Almaklumlah, sem baru kan dah mula untuk bebudak degree, tu yang die bizi sikit tuh. So sempena masih lagi mood aidilfitri yang mulia ni, maapkan lah die okeh.

Haa mesti uolls tertanya-tanya kite sape kan? Kite ni bukanlah sesape ekceli. Kite on lappy, tetibe ada dekat homepage blogger. Orang kate peluang keemasan ni boleh dapat sekali-sekala je, ape lagi kite pun curik la peluang keemasan ni untuk curik-curik update blog si cepit ni. ( Itupun kalau pecaye la =P )

Okeh la uolls kite takleh lelama sangat ni kang kantoi dengan si cepit habis kite kene marah dengan die. Kang kalau die marah, kite tak dapat duit ghaye. Sobsobsob.

Eh jap jap dah alang² update ni kan kite nak bagitau tak lama lagi kite nak final dah, doa-doakan lah kite dapat DL and pandai macam abang cepit taw. Dah alang² doa kan kite tu doakan lah abang cepit sekali ye. Hikhik.

P/S : Maapkan kite sebab datang tanpa diundang dan TERbuat macam belog sendiri pulak. Nanti kalau ada peluang keemasan, kite datang lagi lepastu kite cecuri update okeh. Byebyeeee! ^.^


By, 
The Gegirl ( ​^.^ʃƪ)

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets