7 To blog or not to blog.

Salam. Sebaris ayat, dua baris, sepatah... *tekan butang delete* Blur. Kosong. Taip lagi... Cuba hubungkan apa jua perkataan yang bagus dan baik untuk sebuah entri. Tapi, tekan delete semula. *tekan backspace* tekan tak nak stop.Tekan lama-lama sebab rasa otak dan idea tak selari. Kucar kacir.


Kalau dah lama sangat tak update entri. Momentum tu dah hilang. Kelaut. Jauh tersasar. Cuba dapatkan semula, tapi sudah pasti ambil masa. Doakan momentum blogging saya kembali. Kembali untuk memeriahkan lagi industri blog negara. 

Doakan juga ayah saya sehat sejahtera... Ayah saya admitted di hospital... Doa anda saya butuhkan. :)

0 Gambar Laman Web FAM di Godam | Dihacked

Isu berkenaan harga tiket final piala Malaysia yang berharga RM50 kini semakin menjadi perbualan hangat di ruangan chat, perbualan harian dan media tempatan. Hari ni, laman web FAM pula digodam dengan jayanya. Tahniah kepada mereka yang berjaya!

laman web FAM digodam

kata-kata yang dilemparkan kepada FAM

sebahagian dari gambar laman web yang dihacked

1 #OctTwtFest - TweetUp besar-besaran untuk pengguna twitter

Korang ada twitter? Kalau ada mesti tahu #OctTwtFest kan. Pada yang tidak tahu, disini saya akan menerangkan secara ringkas apa itu #OctTwtFest.

Apakah twtup (disebut sebagai tweet-up)? Twtup adalah meet-up/gathering bagi orang-orang yang dihubungkan melalui Twitter. Idea twtup adalah untuk bertemu dengan orang-orang baru dan bertemu kawan-kawan baru di seluruh Malaysia. OctTwtFest adalah kesinambungan Oct23rdTwtup yang telah diadakan pada 23 Okt 2010. Oleh kerana mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada tweeps (penduduk Twitter), kami telah memutuskan untuk membuat ini sebagai acara tahunan.




Disini disertakan sedikit perkara mengenai #OctTwtFest.

  1. #OctTwtFest adalah satu perayaan di mana kita berusaha untuk mengumpulkan semua orang yang memiliki Twitter di satu tempat. Anggaran 2000 orang! Ya 2000!
  2. Persembahan secara langsung oleh tweeps dan selebriti tempatan, karaoke, movie, game, bazar dan banyak lagi.
  3. Shuttle bus akan disediakan dari KTM / Komuter Shah Alam Station ke DiGi HQ dari jam 3pm hingga pukul 6pm dan 11pm hingga 12am. Ruang letak kereta yang cukup disediakan bagi mereka yang memandu. Koordinat GPS: 3,0689098253134692,
  4. Anda tidak mempunyai smartphone untuk tweet? Jangan risau. Terdapat 5 PC yang akan disediakan untuk anda pada hari tersebut.
  5. WiFi percuma yang disediakan oleh @DiGi_Telco boleh digunakan semasa event tersebut.
  6. Bilik solat disediakan untuk umat Islam. 
  7. Terdapat beg cenderahati dan cabutan bertuah untuk dimenangi. Hadiah utama iaitu telefon pintar, tablet dan banyak lagi! 
  8. Kemasukan ke #OctTwtFest adalah PERCUMA!
  9. Tiada kod pakaian tetapi anda semua boleh membeli t-shirt rasmi #OctTwtFest dari @ZiccoTees
  10. Semua orang boleh menyertai, tetapi jika anda mahu menunjukkan sokongan anda dengan melakukan RSVP, anda boleh berbuat demikian di RSPV #OctTwtFest


 OctTwtFest akan diadakan di:

DiGi Telecommunications Sdn Bhd,
Lot 10, Jalan Delima 1 / 1
Subang Hi-Tech Industrial Park
40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
GPS: 3,0689098253134692, 101,56967639923096
 
22 Oktober 2011
3pm - 12am


Untuk maklumat lanjut, follow @OctTwtFest atau pergi ke #OctTwtFest official website 

Nampak menarik kan? Apa lagi, jom beramai-ramai ke #OctTwtFest. Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan kawan-kawan twitter anda !


0 Bajet 2012 | Belanjawan 2012 | Hadiah untuk rakyat.

Datuk Seri Najib membayangkan hadiah mengejut menanti rakyat dalam pembentangan Belanjawan Negara 2012 hari ini. Selain kejutan itu, beliau menegaskan teras kepada bajet itu memberi fokus kepada penjanaan kekuatan ekonomi domestik ketika berhadapan suasana ekonomi dunia yang tidak menentu kini.



"Bajet itu mesti memberi keyakinan kepada permintaan dalaman sebab dengan persekitaran luaran yang lemah dan tidak menentu, kita perlu bersandarkan kepada permintaan dalaman, jadi bajet ini mesti merangsang pelaburan."

Belanjawan Negara 2012, akan dibentang di Dewan Rakyat hari ini jam 3 petang yang akan disiarkan secara langsung melalui siaran televisyen RTM. Pembentangan bajet kali ini juga merupakan satu pendekatan terbaru kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam emmacu ekonomi mereka.

YAB Perdana Menteri juga menegaskan bahawa bajet 2012 kali ini juga lebih bersifat inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi negara.

p/s : apa-apa pun, kita tunggu petang ni. adakah Bajet 2012 seperti yang anda idamkan atau, hanya sentimen politk semata. :)

1 Download Ucapan Belanjawan 2012 di Portal Perbendaharaan

Ucapan Belanjawan 2012 di portal Perbendaharaan



KUALA LUMPUR: Ucapan Pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan di Parlimen Jumaat ini akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan portal Perbendaharaan Malaysia. 

Kenyataan Kementerian Kewangan hari ini menyebut ia adalah bagi memudahkan pengguna internet mengikuti siaran langsung ucapan berkenaan yang bermula 4 petang.
Siaran langsung ucapan itu boleh didapati dalam dua versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan melayari portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my.
Teks ucapan belanjawan 2012 dan Laporan Ekonomi 2011/2012 juga boleh dimuat turun dari portal berkenaan sejam selepas Perdana Menteri membentangkan belanjawan. 

Menurut kenyataan itu lagi, ucapan Belanjawan 2012 juga boleh diakses melalui mobile web http://www.treasury.gov.my/bajetmobile, pautan RSS di http://www.treasury.gov.my dan pautan menerusi laman web agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti Kastam DiRaja Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. - BERNAMA 

p/s : agak-agak apa harapan anda untuk Bajet 2012 ini?

1 Roadshow Yes 4G UiTM Shah Alam | Boradband Yes 4G

Salam semua. Setelah lama tidak mengupdate entri, hari ni keluar pula cerita Roadshow YES 4G di UiTM Shah Alam petang ni jam 5 di Dataran Cendekia. Dengar katanya ada Ana Raffali dan Pesawat yang akan membuat persembahan semasa acara ini berlangsung. Jangan lepaskan peluang datang ye.


Selain itu, ada juga tawaran menarik untuk anda membeli broadband YES 4G ni. So, freekan petang Jumaat ini dan datang menyaksikan Ana Raffali sambil membeli broadband baru anda. Boleh klik halaman muka Yes4G di Facebook [klik ini untuk halaman muka Yes 4G]

package promosi berganda yang ditawarkan


"Pesanan khidmat masyarakat Yes 4G ini dibawakan oleh hakimfaridzul.com untuk kebaikan kita bersama"

Mari langgan entri terbaru cepit!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Share

Widgets